NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Saturday 16 May 2015

NASIB PEKERJA MAS TERBELA



ARKIB : 30/08/2014
Nasib pekerja MAS terbela

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah), akan menyediakan latihan pekerjaan kepada kakitangan Malaysia Airlines (MAS) yang akan diberhentikan menerusi memorandum persefahaman (MoU) dengan Scicom (MSC) Bhd. (Scicom) dan Sutherland Global Services.

Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, pihaknya dan MAS komited untuk membantu pekerja yang akan diberhentikan.

Jelas beliau, meskipun sebuah entiti baharu akan dibentuk bagi menggantikan MAS sedia ada, tetapi keperluan pekerja untuk entiti baharu hanya membabitkan 14,000 orang pekerja sahaja.

"Khazanah turut akan melabur ke atas Pusat Latihan Semula Korporat yang terletak di Subang, Selangor bagi menempatkan baki kakitangan MAS yang dihentikan," katanya pada sidang akhbar di majlis pengumuman Pelan Pemulihan MAS di sini hari ini.

Semasa pengumuman Pelan Pemulihan MAS hari ini, seramai 6,000 atau 30 peratus daripada keseluruhan 20,000 tenaga kerja MAS akan diberhentikan sebagai usaha yang dibuat bagi mengurangkan kos syarikat penerbangan itu. Pembuangan itu akan membabitkan semua bahagian di dalam syarikat penerbangan itu.

Khazanah membelanjakan kira-kira RM1.6 bilion untuk melaksanakan pemberhentian pekerja MAS melalui latihan semula kemahiran serta penempatan semula kakitangan. Peruntukkan itu juga akan digunakan untuk penstrukturan semula kos-kos yang ditandatangani sebelum ini.

MoU ditandatangani itu membolehkan pekerja yang dibuang mendapat pekerjaan di dalam Scicom, syarikat tempatan dan multinasional yang lain. MoU dengan Scicom itu membabitkan 2,000 pekerja MAS yang dihentikan.

Mou dengan Sutherland pula akan menyediakan latihan kepada 1,500 pekerja yang dihentikan. Sutherland merupakan syarikat perkhidmatan pengurusan teknologi dan perniagaan.
  


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”