NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Wednesday 13 May 2015

PAS SETUJU WAN AZIZAH JADI KETUA PEMBANGKANG



PAS SETUJU WAN AZIZAH JADI KETUA PEMBANGKANG

May 11, 2015
by Super Admin

(Sinar Harian) – Pas bersetuju untuk menyerahkan jawatan ketua pembangkang kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berdasarkan prinsip parti yang mempunyai kerusi majoriti.

Ketua Whip Pas Parlimen, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, perkara itu dicapai selepas dipersetujui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempengerusi mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat, pada Sabtu.

“Kami sebulat suara… dan cadangan Datuk Seri Hadi untuk menyerahkan (ketua pembangkang) kepada parti yang punyai majoriti.

“Sudah tentu adalah DAP adalah parti yang mempunyai kerusi majoriti, oleh kerana DAP telah bersetuju serahkan kepada PKR iaitu Wan Azizah, maka kami bersetuju memilihnya untuk jadi ketua pembangkang,” katanya pada sidang media di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas status kekosongan jawatan ketua pembangkang yang masih kosong selepas penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara lima tahun dalam kes liwat II.

Sebelum ini, pemimpin PR sepakat untuk menangguhkan pelantikan jawatan itu bagi memberi tumpuan kepada PRK Rompin dan PRK Permatang Pauh dahulu.

Pada PRU13 lalu, DAP memperoleh kerusi Parlimen terbanyak iaitu 38 manakala PKR kekal dengan 30 kerusi Parlimen dan Pas dengan 21 kerusi Parlimen.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata lagi, keputusan itu sebagai menghormati pendirian DAP yang menyerahkan jawatan itu kepada PKR.

“Pas menghormati keputusan DAP itu selaku parti yang mempunyai kerusi majoriti dan DAP berhak untuk tentukan siapa ketua pembangkang seterusnya.

“Kalau ikut prinsip majoriti itu, DAP mempunyai hak untuk jawatan itu,” katanya lagi.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”