NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Friday 15 May 2015

HELIKOPTER 9M-IGB SENGET



Pemandu-pemandu yang diupah untuk membawa kenderaan VVIP sama ada kenderaan jenis kereta, motorboat, kapal mewah, helikopter atau kapal terbang, kebiasaannya  pemandu-pemandu yang mengendalikan kenderaan-kenderaan tersebut, mereka sebelum berlepas akan mempastikan bahawa kenderaan-kenderaan  tersebut  berada dalam kondisi yang terbaik dan menurut prosedur yang ditetapkan terutamanya  helikopter dan kapal terbang.

Walau bagaimanapun, wajar dikenal pasti tentang pemandu-pemandu yang ditempah dan disewa khas itu semasa akan membawa kenderaan-kenderaan yang bukan dibawah seliaan mereka  tetapi dikehendaki memandu kenderaan tersebut dengan bayaran yang berpatutan dengan melakukan pemeriksaan yang teliti.

Persoalannya ialah, bolehkah pemandu-pemandu yang diupah itu membawa penumpang-penumpang luar menaiki kenderaan yang disewa khas digunakan oleh VVIP?

Apakah istimewanya seseorang pemandu yang dibayar dengan helikopter yang disewa khas membawa bersamanya perempuan jalang menaiki helikopter bersama dengan pahlawan negara di samping bersembang-sembang ketika menaiki helikopter bergerak di udara?

Apakah misterinya dan istimewanya gadis tersebut?

Apakah misterinya dan aktiviti persundalan itu?

Apakah misterinya dan lumpur selut menyebabkan helikopter senget?

Sesungguhnya kebenaran itu kerap ditutup oleh unsur-unsur yang misteri sebagaimana misterinya kem tentera dirompak dalam tempoh 5 minit sehingga selori senjata canggih dilarikan, atau misterinya Pengganas Lahad Datu membunuh 6 orang prajurit negara ketika azan salat Isyak berkumandang di seluruh negeri Sabah termasuk di Lahad Datu, Kampung Sri Jaya, Siminul, dan misterinya pengganas itu kerana sifatnya halimunan, atau misterinya ATM digodam sehingga wang tunai RM30 juta mencurah-curah keluar memasuki karung puaka, atau misterinya MH370 disorok oleh dajal dicari-cari di kawasan kosong-kosong, atau misterinya pejuang-pejuang Daulah Islamiyah yang sukar dikenal pasti kerana memakai ninja, atau dan misterinya 1MDB yang kini menjadi isu polemik kontemporari.

Yang pastinya Amerika Syarikat akan menjadikan sekutu-sekutunya yang dungu-dungu menjadi penampan-penampan baginya.

Menjadilah manusia yang dilahirkan oleh ibu-ibu ikhlas yang menyusukan bayi-bayinya dari tetek-tetek yang suci bersih itu.

Tolong jangan mendajal.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”