NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Monday 18 May 2015

'ORANG DALAM' DISYAKI DALANG PENCULIKAN’



'Orang Dalam' Disyaki Dalang Kes Culik Di Sandakan - Pesuruhjaya Polis Sabah

KOTA KINABALU, 17 Mei (Bernama) -- Kes penculikan seorang lelaki dan seorang wanita di Restoran Ocean King di Sandakan tiga hari lalu berkemungkinan besar didalangi 'orang dalam', kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Beliau berkata disyaki 'orang dalam' telah bersekongkol untuk memberikan maklumat mengenai sasaran yang bermutu tinggi dan perkara itu sedang disiasat.

"Polis telah menerima maklumat berkenaan penculikan akan berlaku di Sabah dan salah satu lokasi itu adalah Sandakan.

"Pihak ESSCom yang diketuai oleh Datuk (Abdul) Rashid Harun telah membuat Operasi Bersepadu di kawasan Sandakan yang menumpukan kawasan panas dan juga pendatang asing tanpa izin. Malangnya ia berlaku di tempat yang tidak diduga," katanya dalam kenyataan menerusi aplikasi WhatsApp pada Ahad.

Katanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kawasan Keselamatan Khasa Pantai Timur Sabah (ESSCom) sedang berusaha untuk mengkaji dan mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan supaya kes penculikan sedemikian tidak berlaku lagi.

Jalaluddin turut mengesahkan kedua-dua keluarga mangsa menerima panggilan telefon daripada pihak yang mendakwa sebagai penculik dan meminta wang tebusan yang tinggi nilainya dan tidak boleh diberitahu kepada umum.

Katanya, sehingga kini, keluarga kedua-dua mangsa juga enggan membuat laporan polis meskipun telah dinasihatkan oleh polis supaya berbuat demikian.

Beliau turut menafikan dakwaan kononnya keluarga mangsa diugut berikutan keengganan mereka membuat laporan polis.

Katanya kedua-kedua mangsa culik dilaporkan dalam keadaan selamat dan kini berada di salah sebuah pulau di perairan Filipina.

Pada Khamis, empat lelaki bersenjata menyerbu Restoran Ocean King dan menculik lelaki dan wanita itu dengan disaksikan kira-kira 100 pelanggan termasuk kanak-kanak.

Thien Nyuk Fun, 50, kakak ipar pengurus restoran itu adalah seorang daripada mangsa culik dalam kejadian 7.45 malam itu. Seorang lagi mangsa ialah Bernard Ghen Ted Fen, 39, dari Sarawak yang bekerja sebagai perunding elektrikal di Kemboja.

BERNAMA




-----------------


`Orang dalam’ disyaki dalang kes culik di Sandakan-Pesuruhjaya Polis Sabah

17 Mei 2015 1:16 PM

KOTA KINABALU 17 Mei - Kes penculikan seorang lelaki dan seorang wanita di Restoran Ocean King di Sandakan tiga hari lalu berkemungkinan besar didalangi ‘orang dalam’, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Beliau berkata, disyaki ‘orang dalam’ telah bersekongkol untuk memberikan maklumat mengenai sasaran yang bermutu tinggi dan perkara itu sedang disiasat.

“Polis telah menerima maklumat berkenaan penculikan akan berlaku di Sabah dan salah satu lokasi itu adalah Sandakan.

“Pihak Esscom yang diketuai oleh Datuk (Abdul) Rashid Harun telah membuat Operasi Bersepadu di kawasan Sandakan yang menumpukan kawasan panas dan juga pendatang asing tanpa izin. Malangnya ia berlaku di tempat yang tidak diduga,” katanya dalam satu kenyataan menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kawasan Keselamatan Khasa Pantai Timur Sabah (Esscom) sedang berusaha untuk mengkaji dan mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan supaya kes penculikan sedemikian tidak berlaku lagi. – BERNAMA




---------------------


‘Orang dalam’ dalang kes culik di Sandakan

Details Created On Sunday, 17 May 2015 18:00          
Published Date Written By Admin         Category: News Print   Email

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengesyaki 'orang dalam' mendalangi kes penculikan dua orang rakyat Malaysia di sebuah restoran di Sandakan tiga hari lalu.

Menurutnya, 'orang dalam' tersebut telah bersekongkol untuk memberikan maklumat mengenai sasaran yang bermutu tinggi dan hal ini sedang disiasat.

Tambah Jalaluddin, pihak polis telah menerima maklumat berkenaan penculikan akan berlaku di Sandakan dan pihak Esscom telah membuat Operasi Bersepadu di kawasan tersebut yang menumpukan kawasan panas dan pendatang asing tanpa izin.

Malangnya ia berlaku di tempat yang tidak diduga, ujarnya.

Beliau turut mengesahkan kedua-dua keluarga mangsa culik menerima panggilan telefon daripada penculik dan meminta wang tebusan yang tinggi nilainya.

Pada masa yang sama, kedua-kedua mangsa culik dilaporkan dalam keadaan selamat dan kini berada di salah sebuah pulau di perairan Filipina.

Jalaluddin turut menegaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kawasan Keselamatan Khasa Pantai Timur Sabah (Esscom) sedang berusaha untuk mengkaji dan mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan supaya kes penculikan sedemikian tidak berlaku lagi.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”