NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Tuesday 19 May 2015

KES CULIK: WANG TEBUSAN BELUM DITUNTUT



Kes culik: Wang tebusan belum dituntut, ‘orang dalam’ mungkin dalang

16 MEI: Polis belum dapat mengesahkan identiti kumpulan yang menculik seorang lelaki dan seorang wanita di Restoran Ocean King di Sandakan tetapi percaya ia dilakukan oleh ‘orang dalam’.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, polis percaya kumpulan militan Abu Sayyaf dari Filipina turut terlibat.

“Setakat ini, belum ada panggilan atau tuntutan wang tebusan daripada pihak penculik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Penyampaian Anugerah Pingat Kedaultan Negara kepada kakitangan Jabatan Penjara Sarawak dan Sabah di ibu pejabat Jabatan Penjara Sarawak di Jalan Puncak Borneo pada Sabtu.

Wan Junaidi berkata, polis masih menjalankan siasatan dan mengumpul maklumat perisikan mengenai kes itu.

Katanya, bukan mudah bagi pihak berkuasa keselamatan untuk mengawal pantai Sabah sepanjang 1,400 kilometer.

“Namun, markas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bekerja keras untuk meningkatkan keselamatan di sepanjang kawasan pantai,” katanya.

Kelmarin, empat lelaki bersenjata menyerbu Restoran Ocean King dan menculik lelaki dan wanita itu dengan disaksikan kira-kira 100 pelanggan termasuk kanak-kanak.

Thien Nyuk Fun, 50, kakak ipar pengurus restoran itu adalah seorang daripada mangsa culik dalam kejadian 7.45 malam itu.

Seorang lagi mangsa ialah Bernard Ghen Ted Fen, 39, dari Sarawak yang bekerja sebagai perunding elektrikal di Kemboja.

Penculikan itu adalah yang pertama dilaporkan di Sabah tahun ini dan ia berlaku semasa perintah berkurung dikuatkuasakan dari senja ke subuh yang meliputi 10 daerah dalam kawasan ESSCOM termasuk Sandakan.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”