NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Saturday 23 May 2015

MEMBUNUH, PENJARA 15 TAHUN



Kerana kurang RM5, dipenjara 15 tahun
Kawan hanya bayar RM15, dipukul hingga mati

SUWARNI MOKHTAR  |  19 Mei 2015 12:31 AM
 M. SILVAM dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor,
M. SILVAM dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor, semalam. UTUSAN/KAMAL BASIR WAHAB

SHAH ALAM 18 Mei - Hanya kerana RM5, seorang lelaki terpaksa meringkuk dalam penjara selama 15 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan pilihan menyebabkan kematian rakannya dengan memukul kepala mangsa menggunakan paip besi, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Ahmad Nasfy Yasin turut memerintahkan hukuman terhadap M. Silvam, 44, berkuat kuasa dari tarikh tangkapan iaitu 13 Jun 2012.

Tertuduh yang tidak mempunyai pekerjaan tetap sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Mengikut pertuduhan pilihan yang ditawarkan hari ini oleh pihak pendakwaan, tertuduh didakwa telah menyebabkan kematian T. Saikeran, 50, kira-kira pukul 3.40 petang, 13 Jun 2012 di kaki lima No. 186, Jalan Langat 3, Taman Sri Langat, Kajang dekat sini.

Dakwaan bagi pertuduhan baharu itu dikemukakan mengikut Seksyen 304(a) kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Menurut fakta kes yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Faten Hadni Kamaruddin, tertuduh dan mangsa serta dua lagi rakan mereka telah berjumpa pada kira-kira pukul 1 petang, hari kejadian untuk minum arak.

Kira-kira pukul 3 petang, Silvam dan Saikeran telah pergi ke kedai telefon bimbit berhampiran sebelum kembali ke kaki lima terbabit. Tiba di tempat kejadian, tertuduh telah menyerahkan telefonnya kepada mangsa dan meminta bayaran sebanyak RM20.

Bagaimanapun, mangsa hanya menyerahkan RM15 menyebabkan tercetusnya pergaduhan.

Berang dengan tindakan mangsa, tertuduh yang menggunakan sebatang paip besi di kawasan sekitarnya telah memukul kepala Saikeran sehingga terjatuh. Silvam yang diwakili peguam, K. Viknesvaran, kemudian meninggalkan kawasan itu selepas membuang paip besi terbabit.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”