NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Sunday 27 December 2015

ARAB SAUDI UMUM MALAYSIA ANTARA 34 NEGARA SERTAI PERANG MELAWAN KEGANASAN



Arab Saudi umum Malaysia antara 34 negara sertai perang melawan keganasan

TERAKHIR DIKEMASKINI: 15 DISEMBER 2015         
BY WARTAWAN AGENDADAILY


Arab Saudi mengumumkan pembentukan pasukan tentera 34 negara Islam untuk memerangi keganasan, menurut kenyataan bersama yang disiarkan agensi berita SPA.

"Negara yang disebut di sini memutuskan pembentukan pakatan tentera diketuai Arab Saudi untuk memerangi keganasan, dengan pusat operasi bersama berpangkalan di Riyadh bagi menyelaras dan membantu operasi tentera," menurut kenyataan itu.

Senarai panjang negara Arab seperti Mesir, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), bersama-sama negara Islam lain termasuk Turki, Malaysia, Pakistan dan negara di Teluk Arab serta Afrika dinyatakan.

Pengumuman itu menyatakan 'tugas melindungi negara Islam daripada kejahatan semua kumpulan dan pertubuhan pengganas tidak kira mazhab dan nama yang menyebabkan kematian dan kemusnahan di muka bumi dan bertujuan menakutkan orang tidak bersalah.'

Iran, yang bermazhab Syiah, musuh utama Arab Saudi yang berfahaman Sunnah, tidak disebut sebagai peserta, ketika konflik proksi antara dua kuasa serantau itu merebak dari Syria ke Yaman.

Sementara itu, Reuters melaporkan seorang veteran tentera Israel dari minoriti masyarakat Arab Israel menyertai kumpulan militan IS di Syria, kata seorang pegawai keselamatan Israel.

Terdapat salah seorang rekrut IS sebelum ini berkhidmat dalam pasukan infantri Givati Israel, sebuah unit yang sering beroperasi di Gaza

Agensi berita itu hanya mengatakan bahawa dia adalah seorang Muslim dari sebuah kampung di utara Israel, terasing dari keluarganya dan telah dibenarkan keluar daripada tentera pada Januari 2014.

Ketika ditanya mengenai laporan itu, seorang pegawai keselamatan Israel memberitahu Reuters: “Kita sudah biasa dengan kes ini,” kata pegawai itu tanpa mengulas lanjut.

Kebimbangan Israel memuncak pada Oktober lalu, selepas dua video muncul mengancam untuk menyerang Israel di mana terdapat militan yang menggelarkan diri mereka sebagai ahli IS dalam video tersebut dan bercakap bahasa Arab yang berloghat Ibrani

Hal ini meningkatkan kebimbangan penduduk tempatan bahawa mereka yang menyertai ISIS itu berkemungkinan kembali dengan pemikiran radikal dan dilatih untuk melakukan serangan bersenjata di rumah.

Israel berkata, berpuluh-puluh rakyat Arab Muslim telah secara haram mengembara ke pangkalan ISIS di Syria atau Iraq.-15/12/2015

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”