NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Saturday 19 December 2015

PENGARAH 'THE GODFATHER' PERTAHAN ISLAM SEBAGAI AGAMA KEAMANAN



Pengarah 'The Godfather' pertahan Islam sebagai agama keamanan

Diterbitkan pada: Disember 13, 2015 20:30 (MYT) | Durasi: 1 min, 32 saat


Facebook  Twitter  Email  Google  Whatsapp loading...


Pengarah filem the Godfather, Francis Ford Coppola menegaskan Islam sebagai agama keamanan. Coppola yang merupakan ketua juri bagi Festival Filem Antarabangsa Marrakesh menjawab soalan wartawan tentang situasi semasa yang sering mengaitkan Islam dengan keganasan.


  

-----------------------


Pengarah 'The Godfather' Pertahan Islam Sebagai Agama Keamanan

Posted on Sunday, December 13 @ 15:36:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
  
Luar Negara


Francis Ford Coppola memetik ayat al-Quran dan menegaskan Islam sebagai agama keamanan ketika diminta mengulas tentang perkembangan semasa di Festival Filem Antarabangsa Marrakesh minggu lalu.

Coppola yang merupakan ketua juri bagi festival filem tersebut menjawab soalan wartawan tentang situasi semasa yang sering mengaitkan Islam dengan keganasan.

Selepas mengulas tentang sejarah keganasan berkaitan Islam yang perlu dikaji seawal Perang Dunia Pertama, Coppola mengkritik kumpulan pengganas yang memberi tafsiran songsang terhadap kitab suci mereka sendiri.

“Tetapi jika kamu tahu tentang Quran, ayat pertama di dalam Quran ialah: dengan nama Tuhan, yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”

Coppola terus menyatakan terjemahan surah Al-Fatihah sehingga ayat keempat, lancar dan tegas tanpa merujuk sebarang catatan kemudan menyambung komentarnya, “Maha pemurah dan maha mengasihani. Tuhan malah mengulang ayat ini dua kali dalam satu muka surat yang sama.”

Bicara Coppola tidak terhenti di situ. Dia menyambung dengan menyebut baki terjemahan surah tersebut hingga ke ayat terakhir dan kemudian berkata:

“Sesiapa yang tahu tentang agama ini (akan tahu bahawa agama ini) mencapai kegemilangan pada kurun ke-13, tamadun yang memberikan kita sains dan matematik. Semua orang tahu akar umbi agama ini, dua perkataan paling penting, bahawa Tuhan itu pemurah lagi mengasihani. Kita percaya pada Tuhan itu agar membebaskan kita dari segala salah faham yang menyakiti ramai orang ini. Tuhan tidak mahu sesiapa disakiti.”

Francis Ford Coppola yang dilahirkan di Detroit pada tahun 1939 merupakan pengarah tersohor Hollywood yang telah mengarahkan beberapa filem terbaik sepanjang zaman seperti trilogi The Godfather dan Apocalypse Now.

Beliau juga merupakan antara enam orang dalam sejarah anugerah Academy yang pernah memenangi Oscar bagi kategori penerbitan, arahan, dan lakon layar.


--Awani
  



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”