NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Sunday 13 December 2015

TAK SALAH KHALWAT DALAM RUMAH SENDIRI?




pelanduk
Lans Koperal



Assalamualaikum,

Pada keseluruhannnya rumusan kepada hujah Datuk Noor Farida Ariffin ialah perenggan ini -

Beliau selain itu berkata, perlaksanaan undang-undang syariah menajdai masalah kerana ia adalah bercanggah dengan Perlembagaan sehingga menjadikan dosa peribadi seseorang sebagai satu kesalahan jenayah.

Semua bentuk maksiat (eg zina, berjudi, minum arak) adalah bentuk-bentuk dosa peribadi dengan kerelaan individu dewasa (consenting adult). Jadi selagi mana ia tidak mengganggu gugat orang lain maka ia bukan satu kesalahan jenayah kerana ia urusan antara si pembuat dosa dan Tuhan.

Dari segi logik akal pun hujah ini tidak boleh diterima kerana -


1. Istilah "tempat awam" dan "tempat peribadi". Kita kena faham bahawa "tempat peribadi" yang kita semua diami adalah sebahagian dari "tempat awam". Selagi mana apa yang kita lakukan di tempat peribadi kita boleh menimbulkan kemarahan dan kebencian masyarakat setempat, maka hak masyarakat akan mengatasi hak individu.

Tak percaya cuba pasang stereo sekuat-kuatnya dan ganggu orang lain atau biarkan rumah berbau busuk hingga mengganggu jiran. Jika di negara barat (yang sudah tentu menjadi model Datik Farida), kereta peronda polis akan tiba untuk mengambil tindakan.

Saya ambil contoh skuad AMRU kelantan. Mereka hanya meronda di tempat-tempat awam dan serbuan di tempat-tempat peribadi hanya dilakukan jika ada aduan. Kenapa ada aduan? Sudah tentu perbuatan maksiat yang dilakukan sedikit sebanyak terdedah kepada masyarakat sekeliling.

Sepanjang PAS memerintah belum pernah saya dengar cerita pasukan pencegah maksiat meronda di kawasan-kawasan perumahan dan menyerbu masuk ke dalam rumah orang secara rawak. Tak pernah!

Pokoknya sangat mudah. Kepentingan awam jauh lebih mengatasi kepentingan peribadi. Seseorang tidak ada hak berkata "aku mahu bawak balik perempuan setiap hari kat rumah" jika beliau tinggal di tengah-tengah komuniti Islam. Jiran mereka akan marah dan buat aduan.


2. Semua bentuk maksiat berpotensi bertukar menjadi aktiviti jenayah yang mampu mengancam individu, masyarakat dan negara. Sebab itu boleh dikatakan semua polis di dunia mempunyai unit anti maksiat termasuk negara barat (yang sudah tentu menjadi model Datik Farida).

a. Zina berpotensi membawa kepada pelacuran dan paling dahsyat sindiket penculikan dan penyeludupan manusia. Sumber wang kepadas sindiket jenayah dan akhir sekali pembunuhan.

b. Judi berpotensi menggalakkan aktiviti penjudian haram, aktiviti along, sumber wang kepadas sindiket jenayah dan akhir sekali pembunuhan.

c. Mabuk arak. Memandu mabuk langgar orang, bergaduh dan mencederakan orang, keganasan rumah tangga (semuanya banyak berakhir dengan kematian). Bila dah mabuk jangankan orang awam, polis pun kena serang sebagaimana yang berlaku di India -

Three cops, including a woman police inspector, were assaulted and manhandled by a drunk mob during a Ganpati procession at Kandivli (E) on Wednesday night. The volunteers in the procession attacked the police after they were told to stop playing music as they had breached the deadline.



Kesimpulannya kita tidak boleh mendakwa "aku nak zina ke, nak judi ke, nak mabuk ke, aku punyer pasal lah. Bukan kacau orang pun."

Masalah kedua ialah bagi orang seperti Datuk Farida. Semua peraturan syariah adalah dari golongan "agamawan" untuk mengekang manusia, sebagaimana Vatican Rum pernah mengekang bumi Eropah selama beratus tahun dulu. Ini mungkin kerana beliau lebih berminat belajar sejarah tamaddun orang puteh dari sejarah tamaddun Islam.

Tidak pun Datuk Farida melihat nasib Malaysia akan jadi seperti Afgansitan di bawah Taliban, Nigeria di bawa Boko Haram dan Syria/Iraq di bawah ISIS.

Tetapi istilah "agamawan" atau "priesthood" tidak wujud dalam Islam. Dalam Islam tidak ada golongan manusia suci seperti pendeta atau rahib yang mentadbir keseluruhan masyarakat.

Abu Bakar RA, Umar RA, Othman RA, ALI KWJ tidak pernah memakai atau diberi gelaran pendeta atau rahib. Mereka hanya digelar "para sahabat."

Empat pengasas Mazhab iaitu Maliki, Hanbali, Hanafi dan Syafie pula tidak pernah memegang apa-apa jawatan kekuasaan sepanjang hayat. Kena tangkap, dipenjara dan diseksa adalah.

Faham-faham jihad ekstremis seperti ISIS pula InsyaAllah Taa'la tidak akan akan berleluasa di Malaysia kerana masyarakat Islam negara ini tidak akan berminat dengan ideologi asobiyah tribalis Arab dan Pakistan jahiliyah, walaupun mereka suka nasi mandy dan nasi biryani. Para pendukung ISIS/jihad ekstremis di negara ini boleh buat promosi bagi handphone free sebijik sorang bagi yang berminat sertai kumpulan mereka, tetapi rakyat Malaysia tak akan berminat.

Wassalam dan wallahua'lam.

Wassalam







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”