NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Wednesday 9 December 2015

KELUARGA 69 DAN PAU DISINARI OLEH SURAT TERBUKA KEPADA RAKYAT MALAYSIA



Filem ‘Keluarga 69’ yang dipersembahkan oleh allahyarham Tan Sri P. Ramlee, dengan meletakkan 69 apabila dipusing-pusingkan atau berpusing-pusing ia kekal pada kedudukan yang sama kerana ia adalah nombor-nombor dan angka-angkanya serupa kedudukannya walaupun diterbalikkan; yang atas di bawahkan dan yang bawah di ataskan. 

Apabila UMNO meraikan ulang tahun ke-69 dengan menutupi akhir tahun 2015 dengan mengadakan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) terpahat secara jelas di sana filem arahan allahyarham tentang angka 69 itu. Comel angkanya.

Angka 69 itu istimewa kerana ia sama bentuk dalam pelbagai dimensi apabila ia digerak-gerakkan.

Tiba-tiba pada 8 Disember 2015 suatu perutusan: Surat terbuka kepada rakyat Malaysia – Noor Farida Ariffin dan 24 yang lain memberi respons kepada ambang Perhimpunan Agung UMNO ke-69.


Menurut perkembangan semasa kumpulan 25 atau G25 semakin bertambah yang ingin menyertai mereka. 

Barangkali bilangan itu akan sampai ke angka 69 dan tidak berhenti di situ kerana ia menongkah seterusnya.

Jika menyusut angka itu, tentulah ada sesuatu yang merudumkannya kerana usianya telah berada di penghujung senja. 

Apabila matahari melepasi paras bumi ia mula malap dan hilang bersama ilusi-ilusi semalam. 

Istimewanya angka 69 yang diilhamkan oleh allahyarham Tan Sri P. Ramlee itu mengimbau kembali nostalgia semalam tentang kehidupan, filem 'Keluarga 69' dan Perhimpunan Agung UMNO ke-69, kini sedang bersidang.


Sedutan surat terbuka kepada rakyat Malaysia – Noor Farida Ariffin dan 24 yang lain


…..


Apabila Islam disampaikan kepada Nabi Muhammad SAW pada kurun ketujuh di tanah Arab, ia sememangnya bersifat revolusi dan progresif. Sepanjang zaman berlalu, agama ini telah membimbing penganutnya melalui tempoh yang sukar dan mencabar.

Kami amat yakin bahawa Islam akan terus relevan dan universal sifatnya. Pemahaman, perincian dan implementasi ajaran kepercayaan itu perlu terus berevolusi.


Yang ikhlas,


1. Tan Sri Datuk Abdul Rahim Haji Din, bekas Setiausaha Agung Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
2. Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar, bekas Setiausaha Agung Kementerian Luar
3. Tan Sri Dr Aris Othman, bekas Setiausaha Agung Kementerian Kewangan
4. Tan Sri Dr Ismail Merican, bekas Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan
5. Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim, bekas Setiausaha Agung Kementerian Kewangan
6. Tan Sri Dr Mustaffa Babjee, bekas Ketua Pengarah Jabatan PerkhidmatanVeterinar
7. Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid, bekas Setiausaha Agung Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia
8. Tan Sri Dr Yahya Awang, pengasas Institut Jantung Negara
9. Datuk Seri Shaik Daud Md Ismail, bekas Hakim Mahkamah Rayuan
10. Datuk' Abdul Kadir Mohd Deen, bekas duta
11. Datuk Anwar Fazal, bekas penasihat kanan, Program Pembangunan PBB
12. Datuk Dali Mahmud Hashim, bekas duta
13. Datuk Emam Mohd Haniff Mohd Hussein, bekas duta
14. Datuk Faridah Khalid, wakil suara wanita
15. Datuk Latifah Merican Cheong, bekas Penolong Gobenor Bank Negara
16. Lt Jen (B) Datuk Maulob Maamin, bekas Leftenan Jeneral
17. Datuk Noor Farida Ariffin, bekas duta
18. Datuk Ranita Hussein, bekas Pesuruhjaya Suhakam
19. Datuk Redzuan Kushairi, bekas duta
20. Datuk Dr Sharom Ahmat, bekas Timbalan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia
21. Datuk Syed Arif Fadhillah, bekas duta
22. Datuk Zainal Abidin Ahmad, bekas Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
23. Datuk Zainuddin Bahari, bekas Timbalan Setiausaha Agung Kemeneterian PErdagangan Domestik, Koperasi dan Konsumer
24. Datin Halimah Mohd Said, bekas pensyarah Universiti Malaya dan Presiden Persatuan PCORE
25. Puan Hendon Mohamad, bekas Presiden Majlis Peguam Negara.










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”