NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Thursday 10 December 2015

MH370 HILANG, PESAWAT PARKIR DI KLIA SUKAR DIKENALPASTI



MH370 terbang pada waktu malam pada 8 Mac 2014, melayang-layang di atas awan, suasananya gelap-gelita tetapi disinari oleh bintang-bintang bergemerlapan memancar-mancar ke seluruh alam terperosok dalam minda individu yang sempat melihat bintang-bintang pada malam tersebut. Bintang-bintang itu pula kekal berada pada galaksinya kerana ketentuan tuhan meletakkan ia berada pada paksi-paksinya itu. Subhanallah.


“ Ya Allah sinari hati kami dengan cahaya keimananMu sebagaimana alam ini disinari oleh kegemerlapan bintang-bintang menghiasai kebesaranMu.

Ya Allah hancurkan golongan yang melakukan makar-makar dan onar-onar dimuka bumi ini sebagaimana  dihancurkan golongan Lut dari muka bumi.

Ya Allah kami berlindung kepadaMu sebagaimana seorang hamba memohon keampunan kepadaMu.”


Jika diajukan soalan, bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit itu;


  1. MH370 hilang, siapakah yang menghilangkannya?
  2. Pesawat Boeing parkir di KLIA, siapakah pemiliknya?

Sukar juga menjawabnya kerana golongan dajal selalu mendajal. Bukan itu sahaja tetapi turut berkolaborasi dengan dajal-dajal merentas sempadan. 

Dajal-dajal.


------------------



MAS Nafi Miliki Boeing Tidak Dituntut Di KLIA       

Posted on Wednesday, December 09 @ 09:32:33 MYT by paklang


PETALING JAYA: Malaysia Airlines (MAS) menafikan memiliki mana-mana pesawat yang tidak dituntut dan diparkir di tempat letak pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut seorang pegawai perhubungan media MAS, syarikat tersebut tidak pernah memiliki mana-mana tiga pesawat Boeing 747-200F berkenaan."Sekiranya ia milik kami, kami akan menuntutnya," kata pegawai tersebut.

Pakar penerbangan mengaitkan dua daripada tiga pesawat tersebut dengan MAS selepas satu carian secara dalam talian mendapati MasKargo telah menyewakan dua pesawatnya kepada Air Atlanta Icelandic.

Bagaimanapun, Air Atlanta Icelandic menegaskan mereka 'tiada kaitan' dengan tiga pesawat yang tidak dituntut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Malah menurut syarikat penerbangan itu, pesawat berkenaan telah dibatalkan nombor pendaftarannya dan dikembalikan kepada pemiliknya.

Naib Presiden Kanan Jualan dan Pemasaran Air Atlanta Icelandic, Baldvin M.Hermannsson memberitahu The Star dalam satu e-mel bahawa tiga pesawat tersebut bukan milik syarikat penerbangan itu tetapi dikembalikan kepada pemiliknya pada 2010.

"Pesawat tersebut yang menggunakan nombor pendaftaran TF-ARM, TF-ARN, TF-ARH, yang diletakkan di Malaysia, dikendalikan oleh Air Atlanta Iceland sehingga 2010 apabila ia dikembalikan kepada pemiliknya.

"Air Atlanta Icelandic tidak mengetahui siapa pemilik pesawat itu pada hari ini dan tiada kena-mengena dengan pesawat tersebut," kata Hermannsson.

Hermannsson tidak mendedahkan siapa pemilik pesawat tersebut pada 2010.

Katanya, ketiga-tiga pesawat itu dibatalkan pendaftarannya daripada Pejabat Pendaftar Jabatan Penerbangan Awam Icelandic.

Pesawat tersebut dengan nombor pendaftaran TF-ARM dan TF-ARN dibatalkan pendaftarannya pada 3 Januari 2012 manakala TF-ARH pada 9 Jun 2011.



----------------


Park Kapal Terbang Setahun Tak Mahu Ambil Semula: MAB Bagi Notis 14 Hari  

Posted on Tuesday, December 08 @ 09:44:26 MYT by paktam


PETALING JAYA: Biasanya hanya kereta yang sering dilihat tersadai, berkarat dan akhirnya menjadi besi buruk, tetapi siapa sangka pemilik kapal terbang juga tergamak melakukan perkara serupa terhadap pesawat milik mereka tanpa rasa bersalah.

Situasi ini berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang di mana tiga buah pesawat jenis Boeing 747-200F diparkir di situ dan ditinggalkan sendirian tanpa sebarang operasi dalam tempoh yang lama.

Apa yang berlaku ini menyebabkan Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd terpaksa mengeluarkan notis di akhbar, menggesa pemilik ketiga-tiga pesawat berkenaan tampil dan mengambil pesawat itu yang telah lama ditinggalkan.

Pengurus Besar Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) Zainol Mohd Isa berkata kes pesawat mendarat dan dibiarkan dalam tempoh yang lama adalah perkara biasa yang berlaku di lapangan terbang.

Katanya, sebelum MAHB mahu membuat tindakan susulan terhadap pesawat tersebut, iklan atau notis perlu dikeluarkan sebagai satu prosedur bagi menggesa pemilik menghubungi MAHB dan menuntut pesawat milik mereka.

"Kita tahu pesawat itu telah datang ke tempat kita, tidak meneruskan penerbangannya dan parkir di sini dalam tempoh yang lama.

"Jadi kita iklankannya sebagai satu proses perundangan penerbangan. Ia adalah satu prosedur untuk uruskan pesawat. sebelum kita buat tindakan susulan seperti mendapatkan surat kuasa mahkamah untuk sama ada kita nak melelongnya, memilikinya, menjualnya atau lain-lain lagi," katanya kepada mStar Online, Isnin.

Menurut Zainol setiap pesawat yang diparkir di tempat letak pesawat di bawah kendalian MAHB tertakluk kepada beberapa peraturan termasuklah dikenakan bayaran. Kadarnya ditetapkan mengikut jam dan saiz pesawat.

Dalam kes ini, ketiga-tiga pesawat yang ditinggalkan bukanlah calang-calang pesawat sebaliknya menjadi antara pesawat penumpang yang terbesar di dunia.

Zainol menganggarkan ketiga-tiga pesawat itu - dua buah daripadanya berwarna putih dan sebuah lagi berwarna ‘off white’  telah berada di situ lebih kurang satu tahun.

"Ia adalah milik syarikat antarabangsa. Sebelum mengiklankannya kita ada hubungi mereka tetapi mereka masih tidak hadir. Saya anggarkan ia telah berlanjutan selama setahun.

"Tempat parkir berkenaan kebetulan tidak digunakan dan tak ada keperluan untuk tiga pesawat ini dialihkan segera, cuma bila ia lama ditinggalkan ia nampak tak cantik," katanya.

Katanya setakat ini MAHB kini mempunyai lebih 100 ruang letak pesawat yang digunakan oleh pesawat kargo dan komersial.

Sementara itu, berdasarkan iklan itu yang dibuat di akhbar The Star bertarikh 7 Disember, ia menyatakan bahawa MAHB berhak untuk menjual atau melupuskan ketiga-tiga pesawat itu jika pemiliknya gagal mengambil pesawat berkenaan dalam tempoh 14 hari dari notis dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 1996.

"Kalau mereka datang mereka tetap kena bayar. Kita ada semua rekod, bila mereka masuk…kita ada kadarnya.

Tetapi seperti kereta yang lama kena tinggal, sebelum pesawat ini dialihkan ia perlu dibaiki dan menjalani pemeriksaan khusus bagi membolehkannya terbang semula," katanya.

Zainol berkata MAHB pernah membuat iklan yang sama pada tahun lepas dan pemiliknya telah datang membuat tuntutan dan membayar kadar parkir tertunggak.

Tambahnya, sekitar tahun 80-an sebuah pesawat telah dilelong selepas ia lama ditinggalkan di lapangan terbang di Subang dan tiada yang datang menuntutnya walaupun selepas iklan dibuat.-Mstar




 





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”