NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Sunday 20 December 2015

DUA KEM 
IS REKRUT 
KANAK-KANAK



Dua kem IS rekrut kanak-kanak

SOFIAN BAHAROM DAN ADLINAHANI KHALIL  |  14 Disember 2015 12:55 AM

KUALA LUMPUR 13 Dis. - Pihak polis hari ini mendedahkan kewujudan dua kem kumpulan militan Negara Islam (IS) yang merekrut kanak-kanak di Syria khusus untuk warga Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia serta sebuah lagi untuk warga Kazakhstan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kanak-kanak seawal umur dua tahun telah dibawa ke kem-kem tersebut untuk dilatih sebagai pelapis kepada perjuangan mereka.

Kata beliau, kem untuk warga Asia Tenggara yang menggunakan bahasa Indonesia sebagai bahasa perantara itu menumpukan kepada usaha-usaha mendedahkan kanak-kanak dengan asas penggunaan senjata serta menerapkan mereka dengan doktrin kumpulan militan berkenaan.

“Kem ini telah beroperasi dua hingga tiga tahun lepas. Mereka ini terdiri daripada anak-anak anggota IS sendiri yang dilatih sejak mereka mula berjalan. Kanak-kanak ini telah dilatih untuk cekap dalam penggunaan senjata bagi mempertahankan diri.

“Kita tidak menolak kemungkinan kem-kem ini diperkembangkan ke lain-lain negara. Tetapi di Malaysia, saya rasa sukar mereka hendak membuat kem ini di sini, kemungkinan itu tipis,” katanya kepada pemberita selepas menjadi pembentang dalam Seminar Negara Islam: Jihad vs Militan anjuran Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) di sini hari ini.

Terdahulu, ketika membentangkan kertas kerjanya, Ayob Khan berkata, ancaman fahaman militan di rantau ini bermula dengan perkembangan ideologi salafi jihadi berdasarkan pandangan-pandangan Ibnu Taimiyah dan tokoh-tokoh sealirannya yang ekstrem.

Beliau turut menyiarkan klip video tentang operasi kedua-dua kem tersebut dalam merekrut kanak-kanak termasuk babak kanak-kanak tersebut melafazkan sumpah setia kepada pemimpin IS, Abu Bakr al-Baghdadi.

Kata beliau, antara pandangan yang diguna pakai golongan militan itu ialah demokrasi dan Perlembagaan adalah perkara yang syirik dan wajib diperangi.

Melalui penemuan buku-buku milik anggota-anggota IS yang ditangkap, beliau memberitahu, sumber bacaan itu telah menjustifikasikan tindakan keganasan demi merealisasikan matlamat kumpulan tersebut.

Sehubungan itu, katanya, polis akan sentiasa peka terhadap proses keluar masuk rakyat Malaysia ke negara-negara terbabit.

“Kita tidak akan melepaskan walau seorang pun. Kita tidak akan kompromi dalam soal ini,” katanya.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”