NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Thursday 10 December 2015

KESUNYIAN MH370 DIDENGARI OLEH PENGLIPUR LARA AUSTRALIA



Australia meuar-uarkan lagi tentang intipan-intipan kepada MH370 yang dilakukannya di Lautan Hindi yang nun berada di kejauhan kawasan yang luasnya saujana mata memandang.

Sifat-sifat Lautan Hindi itu; ombaknya besar, arusnya deras, kawasan pencarian luas sehingga meliputi keluasannya 120,000 kilometer persegi, dan jangan lupa jin-jin Lautan Hindi yang suka menyedut duit-duit amanah bangsa pun tinggal di sana.

Kini hasil penyedutan duit-duit itu seakan-akan longlai anak-anak bangsa.

Hebat ya Lautan Hindi itu.

Golongan dajal ada sahaja makar-makar dan onar-onarnya mengulas percambahan minda perkara-perkara tentang kedajalan supaya golongan dungu-dungu meyakini akan sifat-sfat yang terperosok dalam akal mereka itu menjadi suatu realiti dalam hidup mereka.

Kerana sifatnya, itulah begitu.

“Ya Allah Ya Tuhan kami, hindari kami dari kedajalan golongan yang mendajal kerana pejuang-pejuang Daulah Islamiyah masih memanaskan badan dan mereka pula diasak oleh gerombolan kekufuran di pelbagai penjuru yang akhirnya akan dimusnahkan oleh mereka. Hebat! pejuang-pejuang itu ya. Amin.”


---------------------


MH370: Australia kesan lokasi penting pencarian di Lautan Hindi

04 Disember 2015 1:20 AM


Warren Truss menjelaskan lokasi pencarian baharu MH370 di Parlimen
Warren Truss menjelaskan lokasi pencarian baharu MH370 di Parlimen Australia di Canberra, semalam. REUTERS

CANBERRA 3 Dis. – Kerajaan Australia hari ini mengumumkan, pasukan pencari kini semakin hampir dengan kawasan yang berpotensi tinggi sebagai kedudukan terakhir pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang pada Mac tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Warren Truss berkata, analisis terkini menunjukkan kawasan seluas 44,000 kilometer persegi di Lautan Hindi akan diberi tumpuan yang lebih selepas dikenal pasti sebagai lokasi penting pencarian.

“Kawasan ini terletak di hujung selatan zon carian seluas 120,000 kilometer persegi yang ditetapkan sebelum ini.

“Kami berharap, ca­rian akan menemukan pesawat itu,” katanya kepada pemberita, merujuk kepada analisis yang dikeluarkan menerusi laporan laman web Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).

Tiga kapal buah kini berada kira-kira 1,200 kilometer ke barat Perth bagi mencari petunjuk MH370 menggunakan sonar laut dalam, manakala kapal keempat yang disediakan oleh China akan menyertai misi pencarian bulan depan.

Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang dari radar pada 8 Mac tahun lalu semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Analisis data satelit mendedahkan pesawat itu bertukar haluan ke barat dan kemudian selatan sebelum terbang selama enam jam di kawasan perairan terpencil di selatan Lautan Hindi sebelum dilaporkan hilang.

Satu-satunya bahagian pesawat yang telah dijumpai adalah fla­peron yang terdampar di Pulau Reunion di Lautan Hindi pada bulan Julai lalu.

Menurut Truss, pencarian tersebut dijadual berterusan sehingga pertengahan tahun depan apabila seluruh zon seluas 120,000 kilometer persegi itu diperiksa sepenuhnya. – DPA














No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”