As-Syahid Imam Hassan al-Banna bin Ahmad Abdurrahman al-Banna adalah pengasas jemaah al-Ikhwan al-Muslimin di Mesir. Beliau lahir di kota Mahmudiyah, kota Iskandariah pada tahun 1906 bersamaan 1324H. Beliau seorang guru di Darul Ulum, Mesir. Kerap berpindah ke pelbagai kota, mengenali masyarakatnya dan memahami watak serta adat kebiasaan mereka. Hassan al-Banna juga pernah menjadi guru di kota Ismailiyah. Jawatan terakhir beliau sebagai Mursyid Am al-Ikhwan al-Muslinin.
Selaku Mursyid Am, beliau acapkali melakukan kunjungan ziarah ke pelbagai tempat dan kawasan, kota atau desa, taman dan perumahan. Setiap tempat pelusuk yang dikunjungi oleh beliau, akan wujudlah di sana cawangan-cawangan al-Ikhwan al-Muslimin. Ibu pejabat al-Ikhwan al-Muslimin di Ismailiyah.
Di samping kerja-kerja dakwah, al-Ikhwan al-Muslinin turut mendirikan pusat pendidikan: “Ummahat al-Muslimin” di Ismailiyah, khusus untuk mendidik kaum wanita.
Apabila beliau ditukarkan sebagai guru dari Ismailiyah ke Kaherah, ibu pejabat pusat al-Ikhwan al-Muslimin dipindahkan bersama pertukaran beliau itu. Pergerakan dakwah di sana mendapat sambutan yang memberangsangkan. Pergerakan al-Ikhwan al-Muslinin, amat aktif sehingga pihak pemerintah berusaha menjauhkan al-Ikhwan al-Muslimin dari kancah politik dan melakukan provokasi terhadap mereka.
Al-Ikhwan al-Muslinin menerbitkan akhbar harian. Terbitan harian Al-Ikhwan al-Muslimin, mengutarakan pandangannya dan pimpinan al-Ikhwan al-Muslinin, melalui akhbar tersebut; menjelaskan misi dan visi mereka. Dalam penulisan khutbah Mursyid Am lebih menjurus penekanannya kepada Islam dan kehidupan.
Al-Ikhwan al-Muslimin pernah beraksi menghadapi gabungan tentera kuffar di Sinai Mesir dan Palestin termasuk menyediakan sukarelawan-sukarelawan dan merekrut mereka menghadapi musuh-musuh Mesir dan Palestin. Kegagahan pahlawan-pahlawan al-Ikhwan al-Muslimin beraksi di medan pertempuran memang diakui dan sukar ditewaskan. Sehingga satu peringkat mereka diajak supaya melakukan gencatan senjata kerana musuh keletihan dan menerima pukulan maut yang dahsyat.
Kehebatan dan pengaruh al-Ikhwan al-Muslimin pada satu peringkat di Kaherah dan Iskandariah, mengusarkan pemerintah membendung pengaruh mereka, sehingga pemerintah mengambil langkah-langkah drastik mengharamkan al-Ikhwan al-Muslimun, mengusir pemimpinnya, memenjarakan ramai tokoh-tokohnya dan menyekat pergerakan Mursyid Am, sehingga gerakan al-Ikhwan al-Muslimun berubah menjadi sel-sel rahsia yang bekerja secara rahsia.
Daripada berjasa kepada pemerintahan Mesir kerana memperolehi kemenangan dalam peperangan melawan golongan kuffar di Sinai dan Palestin, bertukar menjadi musuh kerana pengaruh al-Ikhwan al-Muslimin yang amat besar dalam negara. Satu sikap al-ikhwan al-Muslimin, mereka tawaduk. Ikut arahan, tidak bertindak agresif. Semasa kepimpinan Hassan al-Banna sehingga hari ini. Sebab itu mereka menjadi mangsa kerakusan komplot dajal. Mereka selesa dalam keadaan hari ini.
Pemerintah Mesir meneruskan dasar-dasar permusuhannya terhadap jemaah al-Ikhwan Muslimin hingga kepada pembunuhan Mursyid Am, Hassan al-Banna, pada bulan Februari 1949. Komplot membunuh Mursyid Am, dilakukan dengan penyekatan laluan, untuk menghalang Mursyi Am ketika beliau berada di pejabat Jam’iyyah asy-Syubban al-Muslimin di Kaherah pada malamnya. Pengkhianatan itu dilakukan ketika meninggalkan pejabat dan diserang dalam perjalanan tanpa menerima bantuan dan rawatan. Kesan daripada kecederaan yang parah itu, beberapa jam selepas itu telah memberi kesan kepadanya sehinggalah beliau meninggal. Namun, kematianya menyuburkan al-Ikhwan al-Muslinin sehingga kini.
Hassan Al-Banna adalah seorang pemidato hebat, faktanya sukar ditepis, hujahnya tajam dan tepat dengan ayat-ayat Al-Quran dan Hadith menjadi sandarannya. Menjadikan musuh-musuhya cemburu dan berniat jahat kepadanya kerana kehebatannya itu. Beliau perancang yang teliti dan tenang. Selepas kewafatan beliau, terdapat catatan harian yang beliau rekodkan dan telah diterbitkan dengan tajuk: “Mudzakkarat ad-Dakwah wad-Da’iyah.”
Kini, singa-singa al-Ikhwan al-Muslimin belum bangkit lagi, walaupun beribu-ribu ahli al-Ikhwan al-Muslinin di bunuh semasa demontrasi aman semasa rampasan kuasa tahun 2013 oleh tentera ke atas pemerintah Mesir yang diterajui oleh al-Ikhwan al-Muslimin. Barangkali singa-singa al-Ikhwan al-Muslimin masih tidur lagi, kerana belum dikejutkan, sebagaimana peristiwa menghadapi golongan kuffar di Sinai Mesir dan Palestin memperoleh kejayaan. Sehingga, berlakunya komplot memburuk-burukkan mereka daripada peristiwa merai kejayaan di medan pertempuran bertukar kepada pemerintah memusuhi mereka.
Peristiwa pengkomplotan jahat itu berulang semula ketika puak-puak berkomplot rampasan tentera dengan menonjolkan Al-Sisi sebagai idolanya.
Bilakah singa-singa al-Ikhwan al-Muslimin akan bangkit merai bersama ‘anak jantan’ di Iraq? Menghancurkan perancangan jahat musuh-musuhnya. Atau perlukah saya kejutkan mereka untuk perkara itu?
Sama-sama kita lihat dan tunggu perkembangan semasa.
No comments:
Post a Comment