Israel telah membuktikan
bahawa mereka boleh menggunakan kekuatannya untuk menceroboh menyerang paksi kejahatan
dengan alasan membunuh 3 rakyatnya sebagai matlamat menghalalkan cara menyerang
Gaza Palestin. Amerika Syarikat (AS) pula melihat dari udara kawasan-kawasan
yang wajar disasarkan dengan dibantu oleh talibarut yang beraksi di daratan
sebagai penunjuk arah. Israel sengaja membom sekolah PBB untuk menunjukkan
bahawa mereka menghamburkan tembakan secara rambang dengan alasan semua kawasan
dipenuhi oleh pejuang-pejuang Hamas termasuk tandas tahi, penjana elektrik dan
pili-pili air. Hebat taktik serangan Israel.
Pejuang-pejuang Hamas baru 'warming up'
Apabila Israel membelasah
Gaza Palestin tanpa henti dengan bom berkuasa tinggi yang geran tahunannya
disedekahkan oleh AS seperti tidak berupaya menghadapi pejuang-pejuang Hamas
yang disekat ekonomi dan potensi mereka itu. Anak cucu-cicit syuhada telah
bangun dari tidur. Mereka sedang ‘warming up’ - memanaskan badan, berlatih
untuk mengeluarkan peluh, belum bertindak agresif.
Apabila Israel menggunakan
segala potensinya termasuk serangan udara, peluru berpandu dan artileri, pun
tidak menjejaskan kekuatan pejuang-pejuang Hamas, bahkan pejuang-pejuang Hamas
telah menyusup masuk melakukan ‘ambush’ sehingga ramai tentera Israel mati.
Bagaimana Israel akan beraksi seterusnya.
Orang awam Palestin ramai mati, tetapi tentera Israel hampir seperempat
daripada orang awam Palestin mati.
Ingatkan kuat tetapi lembik.
Dicadangkan, untuk memenangi peperangan pada masa akan datang, saya fikir Israel mesti mengarahkan lebih ramai tentera daratnya menyerang paksi kejahatan itu seperti yang diuar-uarkan oleh Israel, supaya mudah untuk memenangi peperangan. Biar bersikap anak jantan. Jangan menyorok seperti kura-kura. Ayuh jangan lari. Kalau boleh panglima-panglima perang Israel berada di barisan hadapan memberi semangat kebersamaan kepada prajurit-prajurit yang tercinta. Biar panglima-panglima mati dahulu. Baru betul.

Masa rehat main bola sepak diperlukan mengatur strategik
Ibarat bermain bola sepak,
apabila masa permainan tamat 90 minit, tetapi masih seri. Berihat dahulu. Dalam
tempoh bertenang itu fikirkan strategik menyerang pintu gol lawan. Selepas itu
diberi masa tambahan, untuk kedua-dua pihak meneruskan perlawanan. Pun tidak
mendatangkan hasil sebaliknya pasukan penyerang Israel di barisan hadapan
digempur oleh pejuang-pejuang Hamas sehingga ramai tentera Israel mati. Ia
suatu yang tidak boleh diterima. Hiba seluruh Israel. Untuk meraikan kehibaan
itu wajarlah tenteranya berundur dahulu untuk mencari idea melakukan
penggempuran pada masa akan datang setelah trauma kematian tenteranya yang
ramai.
Untuk masa akan datang,
Israel wajar belajar daripada kesilapan-kesilapan yang terdahulu, menggunakan alasan-alasan
3 rakyatnya dibunuh untuk mengajak pejuang-pejuang Hams berperang. Bagaimana
Israel menghadapi peperangan akan datang kerana AS terpaksa menguruskan banyak
komitmennya, takkanlah Israel berperang bersendirian, mampuslah.
Komitmen AS berhadapan dengan situasi semasa
Antara komitmen AS, ialah:-
- Masalah
menyelesaikan penyorokan MH370.
- Menghadapi
ketegasan pemisah di selatan Ukraine lalu dilibatkan Rusia.
- Provokasi
di Laut China Selatan.
- Korea
Utara yang menyediakan peluru berpandu berpeledak nuklear untuk ditaburkan.
- Kebangkitan
pejuang-pejuang Libya.
- Penantian
kebangkitan pejuang-pejuang FIS yang dipenjarakan di Algeria.
- Al-Qaeda yang bertempur dengan Perancis di Mali.
- As-Shabaab yang kini menggempur di Somalia.
- Taliban
yang sukar ditumpasakan di Afghanistan.
- Anak
jantan yang membina kekuatan di Syria dan Iraq, dikenali sebagai:
Khilafah Islamiyah.
- Yang
penting China tetap unggul.
Ringkasnya
negara-negara terlibat, memiliki sumber-sumber seperti berikut:-
1.
Iraq - Minyak.
2.
Libya - Minyak.
3.
Syria - Minyak.
4.
Afghanistan - Strategik.
5.
Algeria - Strategik.
6.
Donetsk - Strategik.
7.
Mali - Strategik.
8.
Somalia - Strategik.
Pejuang-pejuang Hamas mewarisi semangat para syuhada
Pejuang-pejuang Hamas hari
ini adalah warisan para syuhada dan datuk nenek mereka yang dihalau oleh Israel
melalui pakatan AS dan kuffar. Mereka adalah benih-benih yang lahir dari jiwa
merdeka, ikhlas, dan mengharapkan syahid kerana para suhada sedang
melambai-lambai mereka. Lambaian-lambaian kerinduan yang mendambakan. Rindu seorang
bapa kepada anak-anaknya. Kelahiran mereka dari perit jerih perut-perut ibu-ibu mengandung di atas kedajalan Israel dan komplot pengusiran dan menyekat
keperluan-keperluan yang sewajarnya mereka miliki.
Palestin disekat sebagaimana
Rusia disekat, Iraq disekat, Syria disekat, Iran disekat, Afghanistan disekat,
Korea Utara disekat, Cuba disekat dan ramai lagi negara-negara paksi kejahatan
yang ingin hidup tetapi disekat.
Marilah belajar memahami agama Islam
Walaupun mereka disekat,
tetapi Islam tidak menyekat jika nak masuk Islam lagi baik, silakan, termasuk
Israel kena memahami agama Islam supaya tidak berperangai dajal. Islam akan
menjadikan Israel menghargai nyawa tentera-tenteranya yang nak hidup, makan
makanan sedap seperti; makan burger, KFC, McDonard's, jus oren dan epal, air botol, buah-buahan, sayur-syuran, daging salai dan banyak
lagi makanan sedap-sedap di dunia ini. Bila dah mati sudah tidak boleh makan. Kesian mereka mati, semalam makan sedap-sedap.
Dah macam mana, Israel mendedahkan tenteranya kepada kematian untuk dibunuh oleh pejuang-pejuang Hamas keranah dikerah menceroboh Gaza Palestin, sebagaimana ratusan tentera Israel mati kerana kena ‘ambush’ oleh pejuang-pejuang Hamas. Ia sukar untuk dijelaskan di sini. Yang penting pemerintah Israel membunuh tenteranya.
Rakyat Israel mesti dakwa pemimpin pembunuh tenteranya sendiri
Rakyat Israel mesti meminta penjelasan daripada pemerintah Israel dan AS kenapa tenterannya ramai mati berbanding dengan pejuang-pejuang Hamas. Bahkan senjata-senjata pejuang-pejuang Hamas sukar dilihat di kalayak ramai dalam tempoh bertempur selama 28 hari ( 8 Julai 2014 hingga 4 ogos 2014) termasuk pejuang-pejuang Hamas tidak kelihatan dikhalayak umum. Rakyat Israel perlu meminta penjelasan tersebut.

Israel menggunakan
persenjatan canggih, terkini, geran percuma dari AS, ada satelit pengintipan, talibarut yang beraksi di daratan, mendapat restu AS, dipersetujui oleh
PBB, diakui oleh NATO dan disokong oleh negara-negara munafik yang
berwarna-warni wajahnya di sekitar sana.
Selepas ini Israel mesti
berfikir banyak kali sebelum memulakan peperangan dengan alasan remeh. Yang
penting heret pemimpin Israel kemuka pengadilan kerana jenayah perang. Atas
alasan 3 rakyatnya mati. Siapa pembunuhnya tidak diketahui. Pemerintah Israel
bertanggungjawab di atas kematian tenteranya yang ramai itu, tidak berdosa dan
dipaksa berperang.
Israel menyerang lagi kerana belum kehabisan peluru
Ketika catatan ini dilakukan,
hari ini Israel mula menyerang Gaza Palestin semula setelah kegagalan dalam rundingan
di Mesir yang dipimpin oleh pemerintah rampasan kuasa berkomplot dan menyingkirkan Presiden Mesir, Dr. Muhamed Mursi Isa al-Ayyat, yang digulingkan pada 3 Julai 2013.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSubhanallah bencana apakah ini? Adakah kiamat berlaku? Betul ataupun tidak.
ReplyDelete