Tahniah kepada
Tuan Presiden Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, kerana teliti dalam
membuat keputusan, bukan sahaja menurut saluran jamaah tetapi juga difikirkan
munasabah dan wajar ditunggu oleh rakan-rakan PR dan pihak-pihak yang berminat
dalam isu jawatan Menteri Besar Selangor Darul Ehsan, untuk mendapatkan
kenyataan tepat daripada jamaah.
Isunya:
Jawatan.
Dalam isu yang
bertaraf nasional, apatah lagi bertaraf negeri, banyak perkara-perkara yang
jamaah terpaksa menahan diri daripada serangan-serangan rakan-rakan kerana
tidak serasi dengan dasar jamaah walaupun telah dimaklumi oleh mereka.
Sekali-sekala
gigitan seperti sengatan semut dan nyamuk itu, seakan terasa juga, tetapi oleh
kerana telah dipersetujui terpaksalah bersabar, kerana kesabaran itu ada keimanan
padanya.
Walau
bagaimanapun, kesabaran itu ada pula had-hadnya.
Jika kita
perhatikan jamaah-jamaah yang bercita-cita mendaulatkan Syariah Islam bukan
sahaja di negara kita tetapi di seluruh dunia, pelbagai tribulasi yang mereka
hadapi; ada yang menurut cara pemerintah, ada yang bersabar, ada yang bertegas,
ada yang menentang, dan ada bertindak
balas. Semua itu adalah asam garam dalam dakwah.
Melalui kemelut
isu jawatan Menteri Besar Selangor Darul Ehsan itu, akan terpampang di sana
sifat keikhlasan, ketelusan, integriti dan pertanggungjawaban jamaah khususnya
kepada Negeri Selangor Darul Ehsan dan peringkat nasional amnya.
Jika senario
menyelesaikan kemelut jawatan Menteri Besar Selangor Darul Ehsan dapat
ditangani sebaik-baiknya, maka, rakyat Malaysia akan melihat di sana
kehebatan jamaah mendepani isu-isu semasa
berprofail tinggi. Setelah itu tidak sukar bagi masyarakat memahami, meneliti
dan ingin tahu lebih dekat untuk akrab bersama PAS.
Kenapa? Kerana
rahmat untuk semua.
Tahniah kepada
Tuan Presiden. Tahniah.
No comments:
Post a Comment