Nouri al-Maliki, Perdana Menteri Iraq, pernah
memohon secara rasmi kepada Amerika Syaraikat (AS) supaya membantu negaranya
menyerang pejuang-pejuang ISIS sebelum mereka melakukan pengisytiharan daripada ISIS kepada Khilafah Islamiyah di utara Iraq, tetapi ia seperti tidak diendahkan oleh AS kerana terkejut dan trauma,
bagaimana pejuang-pejunag ISIS boleh menebas bersih pos-pos tentera,
sekatan-sekatan tentera, kawasan-kawasan barisan hadapan yang dikawal oleh
tentera dan negeri-negeri yang berpotensi dengan kekuatan tentera yang dilatih
oleh AS. Ia seperti sukar digugat tetapi tiba-tiba diberitakan tumbang satu
demi satu kawasan-kawasan tersebut, disentap oleh ISIS terutamanya di kawasan
utara Baghdad. Ibarat api membakar kawasan lalu merebak selangkah demi
selangkah, melebarkan kawasannya sebelum sampai ke titik pusat di kawasan
pertemuan pembakaran, atau ia akan hanya terhalang oleh pemadaman api, terhadang
oleh ampangan air atau kawasan yang memang tiada lagi perkara hendak dibakar di padang pasir kecuali kalau ada
minyak terpancut di atasnya.
AS trauma melihat kebangkitan Khilafah Islamiyah
Kesan dari trauma AS itu, diaplikasikan oleh
Israel dengan menyuntik dan memulihkan semangat semula AS melalui pencerobohan
Israel ke atas Gaza Palestin dengan alasan 3 rakyatnya dibunuh. Siapa pembunuhnya
tidak diketahui, itulah alasan Israel. Remeh! Dan itulah deskripsi untuk mengobati luka-luka
yang sukar diobati di Iraq.
Sebelum pencerobohan Gaza Palestin, Israel
mencadangkan supaya kaum Kurdis di utara Iraq dimerdekakan untuk menjadi sebuah
negara mereka. Hebat Israel.
Mungkin selepas ini, pengisytiharkan bahawa
Khilafah Islamiyah di Iraq secara mutlaknya memerintah Iraq dan Nouri al-Maliki
dikehendaki berundur secara terhormat dari jawatannya sebelum AS meneruskan mengebom
kawasan-kawasan strategik ketenteraan di Iraq dan Syria.
AS boleh membimbing menyelesaikan krisis yang diketahuinya
AS adalah negara yang boleh membimbing negara-negara
yang sedang membangun seperti Malaysia; cara-cara menyelesaikan isu MH370 yang
disorok oleh dajal, menyelesaikan pencerobohan Israel ke atas Gaza Palestin,
mengarahkan Al-Sisi menyerahkan semula pemerintahan Mesir kepada pemerintahan
Presiden Mesir, Dr. Mohamed Mursi dan banyak lagi yang boleh difikirkan.
Apabila isu-isu yang kecil itu dapat di atasi
dan diselesaikan oleh AS, maka AS akan terus dihormati, ditatang dan disokong
oleh pejuang-pejuang di pelbagai medan yang kini sedang mara meruntuhkan
kedajalan dan kemunafikan.
AS membuat helah dan menyerang musuh semasa tidur
AS mesti belajar daripada strategi menangani
masalah-masalah serantau. Zaman AS menggunakan bom-bom berkuasa tinggi seperti
bom yang digugurkan semasa menyerang Taliban di Afghanistan, membom Iraq semasa
pemerintahan Presiden Saddam Hussein, pengeboman Israel ke atas Gaza Palestin
bermula pada 8 Julai 2014, atau
menggunakan bom atom pada 6 dan 9 Ogos 1945 kepada Hiroshima dan Nagasaki di
Jepun, sudah tidak lut, tidak berkesan dan tidak relevan.
Semua itu tidak memberi kesan kerana waris-waris
yang kena bom bangkit bertindak balas kerana balas dendam. "AS tahu, rakyatnya sendiri menyerang WTC di Washington DC, tetapi disalahkan
adalah pemerintah Taliban di Afghanistan, negara miskin. Dengan alasan penyerangan WTC itu, Afghanistan diceroboh"
Diramal AS akan diserang oleh rakyatnya untuk kali kedua
Jika AS kena serang untuk kali kedua, pada masa akan datang, jangan salahkan orang
lain, salahkan diri sendiri ya, kerana AS ramai panglima-panglima perang, sama
ada yang kini sedang berkhidmat atau telah bersara. Semangat panglima-panglima itu
kekal pada diri mereka.Filem-filem berkaitan khayalan pengarah filem tentang serangan ke atas AS telah diterbitkan dan telah ditonton oleh orang ramai.
Jangan sampai warga antarabangsa menuding dan
melabelkan AS dan Isreal adalah penceroboh dan pengganas, walaupun ramai lagi negara-negara
pengganas tapi mereka berdiam diri seperti yang dinyatakan oleh AS sebagai
paksi kejahatan.
AS mesti menunjukkan kehebatannya sebagaimana
Rusia dan China menunjukkan ketenangannya dalam isu-isu serantau. Bahkan negara-negara
Eropah dan negara-negara Islam respek kepada mereka kerana kurang mencampuri
urusan negara-negara lain..
AS mesti membuktikan bahawa ia lebih hebat
kerana bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pakar-pakar
antarabangsa duduk di AS. AS mesti buktikan, bukan dengan cara membom di sana
sini lalu dilaporkan oleh koresponden-koresponden antarabangsa untuk
cerita-cerita edisi paparan peperangan terutamanya di Iraq. Ia akan merugikan
AS, bukan menguntungkan. Analisis-analisis merugikan AS itu akan dibuktikan kemudian
nanti.
Untuk AS kekal unggul beberapa petua dikemukakan
Untuk AS kekal sebagai kuasa unggul; beberapa
cara, kaedah, pendekatan, langkah-langkah, strategi-strategi dan pelan-pelan rancangan; sama ada dilakukan secara langsung
atau secara tidak langsung, menggunakan proksi-proksi atau duduk diam-diam dihadapan
permainan catur tetapi setiap saat wang akan mengalir ke akaun AS sebagaimana
Israel menerima sumbanagan, setiap saat sumbangan dimasukkan terus ke akaunnya.
AS mesti menyelesaikan masalah-masalah kecil dahulu sebelum terlibat menangani
masalah-masalah yang besar.
Antara masalah-masalah kecil itu, ialah:-
Antara masalah-masalah kecil itu, ialah:-
- AS mesti
membantu menyelesaikan isu MH370 yang disorok oleh dajal. AS boleh
selesaikan.
- AS mesti
menasihati Israel supaya menghargai nyawa rakyat/tenteranya sebagaimana AS
menghargai rakyat/tenteranya supaya tidak melakukan pencerobohan kepada negara
lemah yang dikenakan sekatan. AS mesti berhenti mengebom Iraq untuk kali
ketiga. Dalam mana-mana teori, selepas kali ketiga AS akan berada dalam
keadaan bahaya. Jangan lakukan?
- AS mesti membatalkan
sekatan-sekatan ekonomi dan potensi negara-negara anggota PBB yang pernah
dikenakan sekatan melalui penyeliaan AS di PBB. Manusia ada akal. Mereka akan
bertindak bijak dan akhirnya AS akan rugi.
Merancanglah untuk kebaikan dan jangan
merancang untuk memerangkap orang lain. Mana-mana isu yang ‘genuine’ (asli) atau
isu yang direka-reka akan diketahui juga akhirnya.
No comments:
Post a Comment