Oleh: ismaweb.net
August 21, 2014
GAZA,
21 Ogos – Sayap tentera kerajaan Hamas Briged Izzuddin Al-Qassam
telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi lewat malam tadi dalam
suasana peperangan Al-’Asful Ma’kul (Dedaun hancur dimakan ulat)
yang masuk hari ke-45.
Kenyataan
bertarikh 20 Ogos yang disiarkan di laman web rasmi Al-Qassam itu
mengandungi kata-kata ancaman terhadap Israel yang menyifatkan Israel
telah berterusan dalam posisi orang yang kalah dan gagal dalam
peperangan.
Mengulas
mengenai serangan beberapa roket Israel ke atas rumah keluarga
Al-Daloo di Kampung Syeikh Redwan yang mengorbankan isteri dan anak
Ketua Tertinggi Al-Qassam Muhammad Deif, Al-Qassam berkata bahawa
Muhammad Deif masih lagi hidup dan sedang menyaksikan kehancuran
Israel serta akan memimpin tentera Al-Qassam membebaskan Masjid
Al-Aqsa.
Berhubung
sesi rundingan yang dijalankan di Kaherah, Al-Qassam menyifatkannya
sebagai ‘tarian iblis Ifrit’ yang tidak akan menghasilkan
keputusan yang baik untuk Gaza.
Katanya,
Hamas telah menjelaskan syarat yang mereka mahukan semenjak awal,
namun ia tidak dituruti malah gencatan senjata telah dilanggar oleh
Israel.
Oleh itu,
Al-Qassam meminta kumpulan perunding Palestin agar keluar dari meja
rundingan dan tidak perlu kembali semula jika diajak berunding pada
masa akan datang.
Sebanyak
lima arahan dikeluarkan antaranya memberi amaran kepada
syarikat-syarikat penerbangan antarabangsa agar menghentikan
penerbangan masuk atau keluar dari Lapangan Terbang Ben Gurion
bermula jam 6 pagi waktu Gaza bersamaan 12 tengahari waktu Malaysia
21 Ogos 2014.
Al-Qassam
melarang penduduk Israel berada di kawasan-kawasan lapang seperti
padang bola manakala warga Israel yang tinggal di sekitar Gaza pula
tidak dibenarkan kembali ke rumah mereka dan perlu berada di
pusat-pusat perlindungan pelarian dan tempat-tempat yang selamat.
Rakyat Gaza
juga diminta mengikuti arahan dari semasa ke semasa oleh Al-Qassam
dan tidak mempercayai janji pemimpin musuh yang tidak
bertanggungjawab.
Kenyataan
itu juga meminta Israel dan masyarakat dunia memahami apa yang
diingini oleh rakyat Gaza, iaitu pembebasan mutlak Gaza daripada
penjajahan Israel.
No comments:
Post a Comment