NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Saturday, 2 August 2014

BALA




Bala yang dimaksudkan di sini adalah musibah. Musibah yang terkena kepada seseorang atau individu sahaja. Bala terkena kepada sekelompok manusia sahaja. Bala yang terkena kepada masyarakat yang tinggal di kawasan atau kawasan yang berhampiran sahaja. Ia kadang-kadang merata kepada suatu kawasan dalam masa yang tertentu, kepada golongan-golongan tertentu, disebabkan oleh tangan-tangan jahat golongan-golongan tertentu, yang bertopengkan muka manusia dan berperangai syaitan. Adakalanya bala itu berlaku hanya beberapa saat, beberapa minit, beberapa jam, beberapa hari, dan kadangkala berlaku dalam suatu jangka masa tertentu, dan kadangkala ia berlaku dalam jangka masa yang panjang. Ia bergantung kepada keadaan musibah tersebut. 

Sesuatu bala sukar untuk dijangkakan. Bila akan berlaku dan kepada siapa ia diturunkan, tetapi manusia boleh menjangkakan bala datang tanpa diundang. Seperti kematian ia akan datang bila tiba masanya. Ia datang secara spontan dan berlalu dengan meninggalkan kesan yang amat dahsyat dan memilukan kepada diri, waris dan individu kawasan sekelilingnya. Pengetahuan tentang bala itu telah diterangkan oleh Islam, Allah s.w.t. menjelaskan di dalam al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.

Beberapa contoh bala yang boleh dinyatakan di sini, walau bagaimanapun kadangkala kita  memahami bahawa ia bukan suatu bala, tetapi ia adalah fenomana alam,  perkisaran alam, bencana semula jadi. Ada juga menyatakan bahawa peristiwa-peristiwa tersebut adalah perulangan kerana ia perkara yang dirancang - ia ada pelan-pelan modus operandinya yang akan diplotkan. Secerdik-cerdik manusia mendajal zaman ini, cerdik lagi manusia-manusia yang mendajal pada ketika zaman nabi-nabi dan rasul-rasul a.s. 

Mengapakah penafsiran tersebut berbeza-beza di antara seseorang dengan seseorang yang lain,  sedangkan hidup di kawasan yang sama dan kadang-kadang tinggal di rumah yang sama?  Jawapannya kerana seseorang itu dididik oleh pelbagai aliran pendidikan dan cara berfikir. Maka kaedah pemahaman mereka juga berbeza. Mereka berfikir dan menafsir menurut pendidikan yang mereka pelajari. Aliran pemikiran pula pelbagai pendekatan. Ia bergantung kepada teori yang mereka pelajari. Sebagai contoh:-


1. Seseorang memiliki jati diri mengadakan sidang akhbar menggunakan bahasa rasmi negaranya.
2. Seseorang memiliki jati diri mengadakan sidang akbar menggunakan bahasa asing.
3. Seseorang memiliki jati diri mengadakan siding akhbar menggunakan bahasa asing walaupun merangka-rangka.
4. Seseorang memiliki jati diri mencampuradukkan sidang akhbar antara bahasa asing dengan bahasa rasmi negaranya.
5. Seseorang memiliki jati diri mencampuradukkan sidang akhbar antara bahasa rasmi negaranya dengan bahasa asing.


Bala secara umum mudah difahami, antaranya, ialah:- 

1. Tsunami.
2. Puting beliung.
3. Tanah runtuh.
4. Negara aman lalu menjadi huru-hara.
5. Wabak penyakit.
6. Bot karam.
7. Merompak senjata di kem tentera Grik, Perak.
8. Pengganas di Lahad Datu, Sabah.
9. MH370 disorok.
10. MH17 ditembak. 


Bala yang melibatkan individu, antaranya, ialah:- 

1. Psikiatri.
2. HIV.
3. Merompak senjata di kem tentera Grik, Perak.
4. Pengganas di Lahad Datu, Sabah.
5. Mengisytiharkan orang hidup telah mati.


Bala yang melibatkan kelompok tertentu, antaranya, ialah:- 

1. Pergaduhan.
2. Kebakaran.
3. Tanah jerlus.
4. Perampasan tanah 
5. Kemalangan.
6. Bot karam.
7. Merompak senjata di kem tentera Grik, Perak.
8. Pengganas di Lahad Datu, Sabah.
9. MH370 disorok.
10. MH17 ditembak. 


Bala yang melibatkan kawasan, antaranya, ialah:-

1. Gempa bumi.
2. Jerebu.
3. Kemarau.
4. Banjir.
5. Taufan.


 Bala yang melibatkan masa panjang, antaranya, ialah:-

1. MH370 disorok, penumpang-penumpangnya belum dibebaskan.
2. Pengganasan di Lahad Datu, Sabah (sehingga kini 6 kawasan perintah. berkurung).
4. Wabak penyakit.
5. Peperangan. 
6. Lumpuh. 


Bala yang berlaku tidak datang secara  mendadak, tetapi ia berlaku disebabkan oleh pengaruh persekitaran dan pengaruh luar yang mengakibatkan perubahan iklim dan sikap individu. Manusia asalnya baik, tetapi apabila terdesak ia pun mendajal.  Kalau setakat mendajal seorang diri tiada masalah, tetapi masalahnya berkomplot mendajal. Masalah yang dahsyat lagi apabila berlaku komplot mengakibatkan kematian orang yang disayangi. 

Maka ramailah manusia bermasalah.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”