RTM
adalah ringkasan dari Radio dan Televisyen Malaysia. Operasinya di
Bukit Putra, Kuala Lumpur, dikenali sebagai Angkasapuri, di kawasan
Pantai, saya pernah dua kali menjejaki kaki di sana pada tahun 1985
dan tahun 1993. Mengambil sempena nama tersebut maka wujudlah nama:
Parlimen Pantai, dan wujudlah juga nama: Perkim Pantai yang tuan
puan tatapi sekarang. RTM diwujudkan oleh golongan ikhlas untuk
menjulang martabat umat setanding dengan badan-badan penyiaran
antarabangsa yang ada pada hari itu supaya dasar-dasar kerajaan dapat
dipancarkan terus kepada rakyat. Menjiwainya dan memandang dengar
dengan mata kepalanya sendiri. Semoga Allah merahmati
golongan-golongan yang suatu ketika dahulu memercu kegemilangannya
untuk Islam. Didik kasih kepada Perdana Menteri yang telah mendahului
kita, iaitu; Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein On.
Al-Fatihah.
RTM
pada tahun 70an dan 80an amat dikenali dan senentiasa ditunggu-tunggu
siarannya oleh orang kampong terutamanya tentang siaran-siaran yang
mereka minati, antaranya; filem Melayu, luar negara, Hindustan, berita
dunia dan kanak-kanak pula suka kepada cerita-cerita fiksyen -
kartun. Berita luar negara yang digemari dan senentiasa ditunggu-tunggu melibatkan negara Palestin yang dikeroyok oleh
golongan kuffar. Sehingga hari ini aksi-aksi mereka mengepung
Palestin, berkomplot masih aktif di sana. Ketika itu siaran TV adalah hitam
putih.
Perubahan
mengubah persepsi hidup
Apabila
siaran TV berubah daripada TV hitam putih kepada TV berwarna, maka
peningkatan penontonnya juga turut meningkat dan
pengunjung-pengunjung pawangan-pawagan semakin menurun. Video-video
berkembang pesat cetakan keluarannya. RTM badan penyiaran turut berkembang. Selepas
itu wujudlah permohonan lesen baru yang dilesenkan atas nama TV3.
Apabila dua siaran ke udara serentak dan dalam masa yang sama
keluarga serumah hanya memiliki sebuah TV, citarasa selera menonton pula berbeza-beza, maka yang abang akan memenangi untuk
dipusingkan pemancar siaran TVnya, menetapkan siaran yang
dikehendakinya.
Keistimewaan
RTM pada ketika itu, ia memiliki kuasa ‘de facto’ ke atas
pengeluaran lesen-lesen penyiaran, walaupun pada ketika itu tiada
pesaing RTM. Ia adalah pemilik tunggal.
Walau
bagaimanapun teknologi dunia berkembang. Duit terpampang di hadapan
mata.
Agensi
kerajaan cemerlang merudum dipukau dajal
Pemilik
tunggal itu maksudnya memonopoli sesuatu perniagaan yang telah
dipatenkan kepadanya oleh pihak penguasa. Jika hendak berniaga
perkara yang sama hendaklah berunding dengan pemilik tunggal kerana
lesen itu telah menjadi hak mutlak baginya. Pemilik tunggal itu pula,
bukan jenis perniagaan khusus lesen sementara, bukan jenis perniagaan
bergerak ke sana sini jualan langsung, bukan jenis pernigaan tetap peruncitan,
bukan pula jenis perniagaan trading enterprise, bukan juga jenis
perniagaan sendirian berhad atau jenis perniagaan berhad. Tetapi
pemilik tunggal itu milik negara, kerajaan.
Pemilik-pemilik tunggal yang telah dikhaskan oleh kerajaan, sewajarnya berkembang maju, berinovasi, proaktif dan setanding dengan negara-negara atau badan yang aktif mengusahakan perniagaan tersebut, kerana ia adalah badan rasmi kerajaan, disokong sepenuhnya seratus peratus oleh kerajaan, sumber dananya dari kerajaan dan pegawai-pegawainya juga penjawat-penjawat awam kerajaan. Mercu negara. Penanda aras kerajaan. Hak mutlak negara. Semua sumber termasuk pemikir-pemikir, perancang-perancang cemerlang dan tersohor berada dalam penguasaan agensi kerajaan. Anak-anak watan apabila dipanggil membantu menjayakan sesuatu projek kerajaan akan bersegera dengan semangat membara menyahut panggilan tersebut kerana cintanya kepada negara, Malaysia.
RTM
dipimpin oleh menteri yang berhormat berinovasi melangit
Pada
suatu peringkat RTM dipantau oleh seorang menteri dengan
pegawai-pegawai yang cerdik-cerdik beribu-ribu orang daripada
pelbagai peringkat bertugas di sana. Dengan struktur pentadbirannya
kukuh, RTM sewajarnya telah distrukturkan semula, dinaik taraf,
dilebarbesarkan agensi-agensi dan jabatan-jabatannya, dinilai semula
konsep penyiarannya, kursus-kursus wajib diwujudkan untuk
mengembangkan potensinya, supaya akan ramai lahir daripadanya
produksi-produksi, penerbit-penerbit, juru kamera-juru kamera,
krew-krew, pelakun-pelakun, pemberita-pemberita dan
koresponden-koresponden dalam dan luar negara yang berwibawa menjadi
duta-dutanya dan sekaligus mewakili suara negara, Malaysia.
Filem-filem
pula boleh di sewabeli daripada negara-negara luar di samping
mengutamakan penayangan hasil-hasil karya penerbit-penerbit tempatan,
berunsur budaya setempat, pemudahcara kepada cara-cara pembikinan
filem, drama dan dokumentari, memperbanyakkan siaran kehidupan masyarakat dari
segi realitinya, menolak cerita-cerita tahyul dan rekaan khayalan
merosak akhlak masyarakat, menghadirkan pemikir-pemikir Islam
membantu mengelokkan penghasilan karya dan penapisan filem-filem bagi
mengurangkan cerita-cerita ilusi khayalan menguasai pasaran
perfileman negara.
Merangkaikan
siaran-siaran langsung antarabangsa dengan RTM yang akhirnya
menjulang konsep Malaysia yang hendak ditonjolkan dalam bidang
penyiaran nanti bertaraf dunia (walaupun sebenarnya kita memang hidup
di dunia). Jika wajar diwujudkan 5,000 saluran sebagai merai hari
kemerdekaan yang ke-57. Sebagai menyokong penuh dan meraikan kehadiran lebih 5,000 pegawai-pegawai awam memeriahkan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dan kempen mengibar serta mempamirkan Jalur Gemilang 2014 di Dataran Putrajaya, pada 18 Ogos 2014 (Isnin), yang dilancarkan perasmiannya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Maka, dengan itu menyatakan kedewasaannya, menjelaskan matlamatnya, membuktikan keunggulannya dan itulah dia cita-cita memartabkan bangsanya. Visi dan misinya. Anak jantan yang mengetuai badan penyiaran itu mesti buktikan bahawa RTM boleh, Malaysia lagilah boleh.
Maka, dengan itu menyatakan kedewasaannya, menjelaskan matlamatnya, membuktikan keunggulannya dan itulah dia cita-cita memartabkan bangsanya. Visi dan misinya. Anak jantan yang mengetuai badan penyiaran itu mesti buktikan bahawa RTM boleh, Malaysia lagilah boleh.
Penyusunan
penstrukturan wajar dilakukan sebagaimana agensi-agensi lain
berkembang seperti Polis, Imigresen, Kastam, LHDN dan tentera.
Antara
pemilik-pemilik tunggal aset-aset negara
Ada
beberapa pemilik tunggal di negara kita yang kerajaan telah tetapkan
untuk memiliki ‘de facto’ ini, seperti lesen yang
diberikan secara mutlak kepada RTM. Pada ketika ini, antara
nama-nama pemilik tunggal tersebut, nama-nama terkini mereka,
adalah:-
- RTM: Radio dan Televisyen Malaysia.
- MAS: Sistem Penerbangan Malaysia.
- TNB: Tenaga Nasional Berhad.
- TMB: Telekom Malaysia Berhad.
- KTMB: Keretapi Tanah Melayu Berhad.
RTM
mesti berkembang sejajar dengan penyiaran antarabangsa
Apabila
teknologi dunia berkembang, lesen pemilik tunggal sewajarnya juga
berkembang; mengeluarkan lesen-lesen, sama ada untuk tujuan
pengembangannya, pertambahan operasinya, perstrukturan agensi-agensi
dan jabatan-jabatannya, mempertingkatkan kualitinya, mencari ruang
dan peluang-peluang baru dalam dan luar negara, menambah baik dan
menaik taraf kapasiti-kapasiti yang sewajarnya dilakukan olehnya. Membuktikan bahawa tanah air tanah tumpah darahku. RTM untuk semua.
Jika
dalam bidang perniagaan diistilahkan sebagai anak-anak syarikat atau
syarikat-syarikat berhad, subsidiarinya di bawah satu pengawasan
induk, yang lesennya dikeluarkan olehnya.
Sebagai contoh; sepatutnya RTM telah memiliki rangkaian penyiaran antarabangsa dengan koresponden-korespondennya berada dilokasi-lokasi seperti Palestin, Syria, Iraq, Libya, Mesir, Ukraine, Liberia dan di serata dunia, yang mereka beraksi di sana dan menyiarkan secara langsung berita-berita kejadian terkini untuk maklumat penduduk Malaysia, berjumlah 30 juta itu di samping perkembangan-perkembangannya dapat diikuti oleh warga luar yang berada di negara ini dengan jumlah jutaan orang juga. Bagi memudahkan mereka menekan punat siaran RTM yang mereka percayai dan yakini kredibilitinya berbanding siaran oleh penyiaran luar, untuk merai sokongan pendapat umum atau masyarakat di negara mereka.
Maklumat
yang dipaling-palingkan untuk digula-gulakan kepada umum
Contoh
penyiaran dipersoalkan, yang difokuskan di utara Iraq, kononnya
penduduknya berlarian kerana disembelih oleh pejuang-pejuang Khalifah
Islamiyah yang hebat itu, daripada kaum Yazidis mencari perlindungan
di kawasan bukit-bukau atau pergunungan Sinjar:-
- Beberapa kerat pelarian-pelarian (untuk menunjukkan ramainya mereka) membawa tilam bantal dengan memimpin anak kecilnya tetapi orang ramai yang berada di sekitarnya melihat telatahnya.
- Pelaraian-pelarian berbaris melalui jambatan tidak lebih 50 orang dengan berjalan berlenggang-lenggok manakala penumpang-penumpang/pemandu kenderaan yang melalui jambatan yang sama menegok perangai mereka.
- Pelarian-pelarian berjalan kaki dan sekali-sekala berlari seperti ada mengarahkan mereka berbuat sedemikian, seolah-olah di padang pasir tetapi kenderaan yang berhenti di tepi jalan pemandunya berada di situ memerhati lakunan mereka.
Tuan
punya paten, dirai alih oleh tangan-tangan lembut nakal
Persoalan
di sini, mengapakah pengeluar-pengeluar lesen pemilik-pemilik tunggal
negara itu, seperti bukan lagi pemilik tunggal, berkuasa mengeluarkan
lesen dan memansuhkan lesen-lesen yang tidak mematuhi piawaan
antarabangsa atau standard negara, sebagaimana SPAD berkuasa mengeluar
dan memansuhkan lesen-lesen yang diluluskan oleh Parlimen melalui menteri memberi
kuasa kepadanya?
Senario
1:
Pernah
suatu ketika dahulu, pemohon lesen penyiaran kerap berulang-alik
menemui menteri dan pegawai-pegawai atasan RTM untuk tujuan melobi
mendapatkan lesen penyiaran, sehingga satu peringkat mereka yang
hendak berurusan diarah oleh pengawal-pengawal meletakkan kenderaan
di bawah bukit bangunan Angkasapuri. Maka mendakilah mereka dengan
semangat untuk mengharapkan mendapat lesen bernaung di bawah RTM.
Bukan menelan RTM.
Tetapi
kini keadaan telah berubah, RTM terpaksa berpaut di bawah ASTRO,
kerana jika tidak melanggan ASTRO siaran-siaran yang dipancarkan oleh
RTM yang gagah hebat dahulu itu, kini, menyakitkan mata memandang
siarannya. Kabur. Termasuklah TV3, siaranya juga kabur. Dimanakah
silapnya perkara tersebut? Badan penyiaran yang suatu ketika dahulu
disegani dan dihormati bukan sahaja pengawal-pengawalnya dihormati
tetapi pegawai-pegawainya yang cerdik-cerdik dan ramai menerima
anugerah pingat-pingat sebagai pengkhidmat cemerlang memimpin RTM,
termasuklah menteri yang berhormat sebagai ketuanya, merudum
siarannya?
Adakah
itu suatu penunjuk aras bahawa pentadbiran yang diketuai oleh
menteri yang berhormat kurang menyegat berbanding dengan konsep
penswastaan merai keuntungan duit di sana sini, yang mereka itu
mengharapkan sokongan menteri yang berhormat, lebih menyerlah? Dua
soalan dengan maksud berbeza.
Walaupun
asalnya pemilik tunggal yang menjaminnya adalah kerajaan Malaysia.
Bezanya pertukaran pengurusan. Menteri yang mengawasinya adalah orang
yang sama.
Senario
2:
Bagaimana
negara luar akan respek kepada kita, untuk mengurus aset-aset
negara pun terpaksa diswastakan? Dajal merancang dari dalam,
kerana para cerdik pandai, anak-anak watan tersembunyi kecerdikan
kehebatan mereka, bersifat tawaduk, patuh, taat, senyap, buntu sehingga boleh
dipergunakan oleh dajal seperti pesawat MH370 disorok oleh mereka.
Amerika Syarikat tidak menganggap negara kita hebat, jika golongan-golongan berkomplot dengan dajal menyorok
MH370.
Itu
adalah dua contoh gagalnya penswastaan.
Agensi-agensi
kerajaan berpotensi difaraid, swastakan
Apabila
agensi-agensi kerajaan yang berpotensi difaraidkan, manakala
pemilik-pemilik tunggal dipaksa bersaing bukan lagi sebagai perai
keuntungan daripada anak-anak syarikat, subsidiari-subsidiarinya dan
pelabur-pelabur yang ditentukan olehnya atas persetujuan yang
menguntungkan kedua-dua belah pihak seperti KWSP, kerajaan
terlibat secara langsung dengan pelaburannya.
Walau
bagaimanapun, agensi-agensi pemilik tunggal itu seperti bersaing
dalam perniagaan ‘terikat dan diikat’ dengan syarikat-syarikat
yang lesen diberikan olehnya, kerana dajal berperanan di sana,
menjadikan RTM tercorot.
Sesungguhnya
RTM, di sini lahirnya sebuah cinta.
No comments:
Post a Comment