Presiden Amerika Syarikat (AS),
Barack Obama dalam satu kenyataannya di Washington, DC, semasa persidangan
AS-pemimpin-peminpin Afrika (US-Africa
Leaders Summit) 2014 Washington DC, telah melontarkan pandangan bahawa Israel berhak mempertahankan
diri dari serangan pejuang-pejuang Hamas terutama apabila pejuang-pejuang Hamas
bertindak balas menggempur tentera Israel yang menceroboh Gaza Palestin, bermula pada 8
Julai 2014, beralasan kerana 3 rakyat Israel telah dibunuh. Siapa pembunuh
rakyat Israel itu tidak diketahui tetapi Israel membuat tuduhan bahawa kematian
rakyatnya itu angkara musuh-musuhnya lalu Israel mengarahkan kekuatan angkatan tenteranya
menceroboh Gaza Palestin, dengan dimulakan pengeboman udara dan melancarkan
peluru berpandu ke Gaza Palestin.
Persoalannya mengapakah Israel
menggunakan alasan 3 rakyatnya terbunuh untuk menceroboh Gaza Palestin?
Jawapannya kerana Israel sombong.
Alasan yang tepat ialah
pemerintah Israel tidak selesa tenterannya bersembang-sembang di kem tentera,
makan sedap-sedap, tidur lena, boleh menziarahi keluarga di luar kem, berjumpa
dengan couple, cium pasangan, berpeluk-pelukan, tidur, bawa makan dan bersiar-siar, dan perasaan tentera
Israel tenang kerana aman damai tiada peperangan. Ketidakselesaan pemerintah
Israel kepada tenteranya itu, lalu diarah untuk menceroboh Gaza Palestin, supaya
rakyatnya yang hidup aman damai itu dibunuh oleh pejuang-pejuang Hamas. Kesian tentera Israel mati.
Dalam tempoh pertempuran selama
28 hari peperangan, Israel menceroboh Gaza Palestin, maka tersebar di laman
siber satu batalion tentera Israel kena ’ambush’ oleh pejuang-pejuang Hamas
yang gagah berani itu, pejuang-pejuang yang tidak takut mati, panggilan syahid
memanggi-manggil mereka, roh-roh syuhada bersama pejuangan mereka. Itu
faktanya.
Menurut rekod Israel dan Hamas; tentera
Israel mati hampir 500 orang. Manakala orang awam Gaza Palestin, hampir 2,000
orang terkorban. Ini menunjukkan bahawa nisbah tentera Israel mati berbanding
orang awam Gaza Palestin, terkorban, bernisbah pada kedudukan 1:4. Suatu angka yang besar
bagi tentera Israel, yang kaya sombong.
Manakala, jumlah korban kepada
pejuang-pejuang Hamas tiada maklumat dilaporkan sama ada oleh pihak Hamas atau
pemerintah Israel. Ada khabar menyatakan bahawa pejuang-pejuang Hamas syahid
kurang dari 100 orang. Jika benar perkhabaran di medan peperangan itu, menunjukkan bahawa nisbah syahid pejuang-pejuang
Hamas berbanding dengan tentera Israel yang mati dengan kedudukan nisbah, 1:5, jauh
lebih tinggi daripada yang difikirkan oleh penganalisis-penganalisis ketenteraan jika
dibandingkan peralatan persenjataan yang dimiliki oleh kedua-dua belah pihak; pejuang-pejuang
Hamas dan tentera Israel.
Maka benarlah kenyataan Barack Obama
bahawa Israel menceroboh Gaza Palestin, mempertahankan diri daripada dibunuh oleh pejuang-pejuang Hamas,
yang merindui kesyahidan itu. Semoga Allah s.w.t. menganugerahkan kepada pejuang-pejuang Hamas apa
yang mereka hajati.
Perbandingan persenjataan antara
tentera Israel dengan pejuang-pejuang Hamas:-
- TENTERA ISRAEL
- Peralatan canggih dan terkini.
- Pesawat tempur udara dan helikopter.
- Peluru berpandu berkuasa tinggi.
- Kereta kebal.
- Logistik terbaik.
- Satelit pengintipan pelbagai negara terutamanya milik AS.
- Talibarut memberi arahan dari daratan.
- Alat komunikasi terkini.
- Mendapat nasihat ketenteraan dari AS.
- Geran tahun percuma dari AS.
- Bebas membeli senjata tanpa sekatan.
- Makan sedap-sedap.
- Tentera dipaksa berperang.
- Disokong oleh pemimpin negara penjajah.
- Semangat perang tentera rendah.
- PEJUANG-PEJUANG HAMAS
- Peralatan canggih M16, AK47 dan RPG.
- Tiada - Pesawat tempur udara dan helikopter.
- Peluru berpandu ciptaan sendiri.
- Tiada - Kereta kebal.
- Tiada - Logistik terbaik.
- Tiada - Satelit pengintipan.
- Tiada - Talibarut.
- Alat komunikasi ciptaan tersendiri.
- Mendapat nasihat daripada para syuhada.
- Geran tahunan sumbangan orang ramai.
- Disekat ekonomi dan persenjataan.
- Makan sekadar menguatkan ibadah.
- Pejuang-pejuang mengintai peluang.
- Disokong oleh masyarakat antarabangsa.
- Semangat perang tinggi melangit.
No comments:
Post a Comment