Psikiatri adalah satu ilmu yang mempelajari rawatan gangguan fikiran dan tingkah laku yang yang terhasil daripada gangguan-gangguan yang menimpa seseorang. Banyak punca yang menyebabkan seseorang itu terjebak dalam psikiatri. Ada kalanya disebabkan oleh keluarga, persekitaran, kehidupan, pengambilan ubatan yang berlebihan, tekanan dalam pembelajaran dan pekerjaan, ugutan, truma dan yang menimpa secara tiba-tiba disebabkan oleh perubahan angin dan cuaca. Psikiatri biasanya didefinisikan sebahagian daripada diri seseorang yang merangkumi:-
1. Bisikan
2. Fikiran
3. Fungsi kemahuan
4. Perasaan
5. Ragu-ragu
Oleh itu, gangguan psikiatri terjadi apabila terdapat gangguan-gangguan di atas, sama adan satu daripadanya atau gabungan di antara perkara-perkara tersebut itu, yang membawa kepada perlakuan dan tindakan negatif pesakit.
.
Maka pesakit psikiatri, boleh dikenali melalui gejala berikut:
1. Pada paranoid menjelaskan bahawa pesakit tersalah fikir yang ia sentiasa dihantui oleh perasaan bahawa setiap orang sentiasa mengancamnya, berniat buruk terhadapnya, kecenderungan mengesyaki dan tidak mempercayai orang lain dengan berlebih-lebihan, cuba mencederakan dan menjahanamkan dirinya.
2. Pada psikosis depresif menyatakan bahawa pesakit menggalami gangguan teruk, menjadi tidak berjaya oleh perasaan murung yang berterusan, ketidakpekaan terhadap persekitaran, enggan berinteraksi dan menyendiri.
3. Pada skizofrenia menghuraikan bahawa fikiran pesakit yang bercelaru, tidak aktif, lesu, senyap, halusinasi, tidak berkesan, emosi tidak stabil dan kurang kemahuan.
4. Pada skeptikal menyebutkan bahawa individu yang terlibat senentiasa bersifat was-was, kurang keyakinan tentang pekerjaan yang dibuat, ragu-ragu, mengulang-ulang pekerjaan itu, dan sehingga satu peringkat kurang percaya kepada diri dan orang lain.
5. Pada orang awam, bertanggapan bahawa pesakit meluahkan perkataan dan tindakan berdasarkan pengalaman silamnya, melontarkan fikirannya tanpa keraguan di antara kebenaran, khayalan dan tereka-reka cerita serta akan bertindak agresif jika tiada kawalan.
Bidang psikiatri ini bukan hanya diambil berat oleh ahli psikiatri sahaja, tetapi kemahiran tersebut wajar dimiliki oleh para doctor, di samping pengetahuan asas diketahui oleh orang ramai terutamanya kepada waris mangsa, bagi mengelak daripada musibah yang lebih dahsyat, yang kadang-kadang boleh membawa kepada pembunuhan, sama ada oleh pelakuannya, atau tindak balas daripada warisnya, atau orang awam yang bertembung dengannya ketika berkelakuan agresif.
Para doktor yang berkemahiran perlu mengambil berat berkaitan dengannya. Daripada pengalaman, hanya sebahagian kecil daripada pesakit dalam masyarakat mendapat rawatan ahli psikiatri. Bukan sahaja doktor berkemahiran, tetapi waris yang kerap mengadap pesakit wajar didedahkan tentang gejala-gejala yang akan meningkatkan keagresifan pesakit. Kadang-kadang jika diabaikan kerana telah lali dengan perangai pesakit adalah suatu yang amat mendukacitakan.
Pesakit yang mengalami gangguan emosi lebih cenderung kerap bertemu dan berunding dengan doktor mereka, berbanding dengan pesakit fizikal. Mereka mengadu berbagai-bagai simptom penyakit. Kesannya, mereka akan dirujuk ke berbagai klinik pakar untuk disiasat, diperiksa dan sering terpaksa mengalami pembedahan kecil atau pembedahan besar tanpa menghasilkan apa-apa faedah. Perkara ini menyebabkan kerugian masa kepada kedua-dua pihak: doktor dan pesakit yang sepatutnya dapat dihindari jika gangguan psikologi telah dikenal pasti pada tahap awal. Para doktor dan orang awam perlu mengetahui dan mempunyai kemahiran dalam bidang psikiatri, ialah kerana sering gangguan fizikal dan psikiatri terjadi kepada pesakit yang sama.
Menjadi keutamaan kepada para doktor untuk mengetahui, berkemahiran dan sikap profesional yang sesuai untuk menyediakan perawatan psikiatri yang mencukupi merupakan sebahagian daripada kelengkapan klinikal mereka.
Antaranya, mereka mestilah mengetahui dan memahami sifat pesakit:-
1. Mereka-reka personaliti untuk mendapatkan simpati.
2. Rawatan fizikal yang berkesan.
3. Rawatan psikologi farmakologi
4. Simptom-simptom
5. Sindrom dalam psikiatri
6. Tanda-tanda
Kepada orang awam dan terutamanya para doktor, kemahiran asas adalah untuk mendapatkan rawatan pesakit dan dapat memeriksa keadaan mental. Kemampuan teknikal ini membolehkan doktor itu menenangkan ciri-ciri klinikal gangguan psikiatri pesakit dan boleh merubah keadaan. Maka penelitian kepada pengidap sakit tersebut wajar diberi perhatian serius dan bersifat kawan kepadanya.
Siapa dirawat, mengapa dirawat, bagaimana merawat, di mana dirawat dan kenapa dirawat adalah beberapa persoalan. Yang penting ialah jangan mengambil masa yang lama untuk bertindak. Aset yang berharga dan terbiar jika tidak dimanfaatkan amat merugikan. Ambil inisiatif untuk memulihkannya. Bertindak segera sebelum terlambat.
Adakah kita perawat atau dirawat? Kita nantikan jawabannya ya.
No comments:
Post a Comment