Al-Ikhwan al-Muslimin
melahirkan ramai tokoh-tokoh yang hebat berwibawa bukan sahaja sejak
penubuhannya oleh As-Syahid Hassan al-Banna tetapi sehingga hari ini, di bawah
pimpinan Mursyid Am, Muhammad Badi’ Al-Majid Sami, yang kini di penjarakan oleh
penguasa rampasan kuasa tentera Mesir. Ketokohan al-Ikhwan al-Muslimin
mengepalai kepimpinan kerajaan Mesir terbantut apabila berlaku komplot merampas
kuasa dengan menggunakan kuasa tentera yang dilantik oleh Presiden Mesir, Dr.
Muhamed Mursi, Kepada Abdel Fattah al-Sisi, belot dan bersekongkol dengan
dajal. Hampir semua pimpinan al-Ikhwan al-Muslimin ditangkap, dipenjarakan dan
dikenakan hukum kerana menjalankan pentadbiran telus dan bertanggungjawab
termasuklah Presiden Mesir, Dr. Muhamed Mursi.
Manakala al-Sisi dan komplotnya termasuk Amerika Syarikat (AS), Arab Saudi, Emiria Arab Bersatu (UAE) dan Kuwait yang menyokong dengan menyalurkan bantuan kewangan secara terbuka, belum menerima balasan di atas kedurjanaan mereka itu.
Manakala al-Sisi dan komplotnya termasuk Amerika Syarikat (AS), Arab Saudi, Emiria Arab Bersatu (UAE) dan Kuwait yang menyokong dengan menyalurkan bantuan kewangan secara terbuka, belum menerima balasan di atas kedurjanaan mereka itu.
Manakala ahli-ahli al-Ikhwan
al-Muslimin bukan sahaja diperlakukan sebagai rakyat kelas dua, tetapi pengikut-pengikutnya
dimusuhi dan ditembak mati oleh penembak tepat ketika
berlakunya demontrasi aman di seluruh Mesir yang mengorbankan ramai mangsanya.
Scenario seperti itu tidak
akan berlaku dan berulang lagi di Mesir pada masa akan datang. Ia mesti
dihentikan. Golongan bertamadun tidak akan melakukan pembunuhan membuta tuli
seperti yang dilakukan oleh Israel menyerang Gaza Palestin, secara membabi buta termasuklah mengebom tandas-tandas
awam, jalan-jalan raya, bangunan-bangunan kosong, bilik-bilik tidur, ruang
rehat orang tua-tua, dan taman-taman permainan kanak-kanak. Itu menunjukkan
bahawa Israel tidak memiliki kemahiran berperang, membazir peluru kerana dapat
geran tahunan percuma dari AS.
“Tabur
sahajalah peluru itu, begitu ya kerana percuma.” Jika itulah yang ditonjolkan oleh Israel
kepada pejuang-pejuang Hamas dan ditonton oleh warga antarabangsa dengan
menyatakan bahawa Israel telah menyasarkan kawasan yang sewajarnya, sebenarnya
ia tersilap. Israel kena belajar lagi dari AS bagaimana cara-cara bertempur
kerana ‘anak jantan’ yang berada di sekitar Palestin belum melakukan rentas
sempadan, termasuk untuk melangkah kaki memasuki Tel Aviv. Israel tunggu
sahaja. Kalau nak mencabar lagi.
Israel jangan takut. Jangan
takut kerana anak jantan tidak akan merentas sempadan, dan selepas ini, jika
dicabar lagi, Insya Allah, Israel akan melihat dengan dua biji matanya, tidak
terfikir oleh akalnya dan mendengar dari dua cuping telinganya. Ia akan menjadi
igauan selama-lamanya.
Hari ini, Mesir diperintah
oleh komplot dajal dengan menonjolkan
tentera yang merampas kuasa dan digimikkan pula dengan pilihanraya persiden
seolah-olahnya merai sokongan minoriti, dari contengan kertas-kertas yang
ditokok tambah untuk meningkatkan
peratusan nombor-nombornya. Meletakkan diri sebagai penguasa yang menerima
sokongan dari Amerika Syarikat, Arab Saudi, Emiria Arab Bersatu (UAE) dan
Kuwait yang menyalurkan bantuan
berbilion dolar untuk mengaktifkan ekonomi yang kurang memuaskan. Tak apalah,
bagi ia makan dahulu. Makan kenyang-kenyang ya.
Kini pengganas-pengganas,
militant-militan dan ekstremis-ekstremis seperti mara menuju meruntuhkan
komplot-komplot dajal dan kemunafikan. Ia seperti kemestian bukan sahaja di
Palestin, Iraq dan Afghanistan tetapi merebak ke selatan Ukraine sehingga
pesawat MH17 menjadi mangsa tembakan puak-puak berkomplot di sana. Itu adalah
kisah insan mulia menjadi mangsa golongan dajal.
Demikian juga, pesawat
MH370, disorok dajal. Semua pesawat-pesawat yang terlibat dan mengalami
kemalangan dalam tempoh 8 Mac 2014 hingga 6 Ogos 2014, seperti pesawat TransAsia
di Taiwan, pesawat Air Algerie di Algeria, pesawat MH17 di Donetsk, dalam
tempoh 24 jam dapat dikesan. Bukan sahaja dapat dikesan tetapi serpihan dan
cebisan-cebisan rangkanya juga turut ditemui termasuk kotak berwarna merah keramat
dikenali: ‘Kotak hitam’, tetapi pesawat MH370 disorok. Kenapa disorok? Apa
motifnya? Dajal sebenarnya pengecut, lelaki pondan. Main sorok-sorok, sembunyi
dan lari.
Malaysia mesti
pandai berurusan dengan AS kerana pengalamannya, pernah sebagai Pengerusi
Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pengerusi Pergerakan Negara-Negara
Berkecuali (NAM).
Gunakan kecerdikan dan
diplomasi: ‘Melayu Tidak Akan Hilang Di Dunia’.
No comments:
Post a Comment