NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Friday 8 August 2014

KOTAK HITAM MH17




Kota hitam milik pesawat MH17, telah dianalisis data-datanya oleh Badan Penyiasat  Kemalangan Antarabangsa (AAIB), di sebuah makmal dekat Farnborough, Britain, setelah diserahkan oleh pihak berkuasa Malaysia kepada Lembaga Keselamatan Belanda (OVV) yang mengetuai siasatan antarabangsa di Kiev. Pakar dari beberapa negara termasuk OVV membawa kotak hitam itu ke Farnborough di Britain,  di bawah pengawasan  Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) bagi membantu siasatan, setelah pihak pemisah Ukraine menyerahkan kotak hitam kepada pihak berkuasa Malaysia yang menjadi perantara perundingan untuk mendapatkan kotak hitam MH17.

Pada  28 Julai 2014 (Selasa), telah dikeluarkan hasil bedah siasat ke atas data-data analisis kota hitam MH17. Secara amnya,  hasil daripada pemeriksaan, bedah siasat, analisis data-data dan pencambakan minda daripada beberapa negara pakar telah  membuat kesimpulan bahawa pesawat MH17 ditembak. Ditembak dimana? Di ruang udara pertempuran di Donetsk.

Maklumat-maklumat lain yang dimuat turun dianalisis data-datanya dalam kotak hitam MH17 belum didedahkan lagi kerana dikhuatiri akan mengganggu proses penyiasatan pihak PBB atau pihak Eropah ( AS dan NATO) yang akan membawa pihak-pihak terlibat dalam penembakan pesawat MH17 itu. Kita berharap pihak berkuasa menyerahkan polemik dan pendakwaan tersebut kepada PBB,  atau Mahkamah Jenayah antarabangsa (ICC) atau kerajaan Belanda. Kerana  kita kekurangan sumber bukti yang tulen bagi menjelaskan perkara tersebut di mahkamah.

Gajah sesama gajah bertanduk, semut mengelaklah, jangan tunggu.

Siasatan lanjut masih dilakukan untuk mendapatkan bukti-bukti, contoh-contoh (simpel-simpel), punca kejadian, jarak tembakan, senjata yang digunakan dan banyak lagi maklumat-maklumat diperlukan terutama dilokasi kejadian.

Barangkali akan berbangkit perkara-perkara berikut atau unsur-unsur berikut punca penembakan berlaku:-

  1. Tembakan disasarkan khusus di bahagian belakang MH17 sahaja.
  2. Tembakan dikendalikan secara manual atau berfungsi secara outomatik.
  3. Tembakan menghadkan jumlah peluru dilancarkan atau peluru berpandu yang berangkai hanya berfungsi sebuah sahaja.
  4. Tembakan dilancarakan oleh pesawat anti pesawat disasarkan dibahagian belakang MH17.
  5. AS menuduh pemisah menembak dengan peluru berpandu dibekalkan oleh Rusia. Kecerdikan akan memenangi isu penembakan MH17 kerana bila isu dibangkitkan nanti, apabila bukti-bukti didedahkan.

Pelbagai lagi bukti-bukti akan dikemukakan dan dipertunjukkan untuk pengukuhan tuduhan. Penting, adalah kecerdikan mengendalikan kes. Orang benar boleh dipersalahkan dan orang yang salah memenangi kes.

AS memaklumkan bahawa Rusia telah mencabuli perjanjian peluru berpandu. Maka, untuk membenarsahkan maklumat tersebut, pihak AS-EU bertindak memperluaskan sekatan tambahan kepada Rusia melalui urusan kewangan, pertahanan dan tenaga. Yang pastinya: AS telah melontarkan tuduhan kepada Rusia bersalah sebelum proses mahkamah untuk diadili. Selepas ini kita akan lihat dendam berterusan kedua-dua negara: AS dan Rusia.

Ada tiga persoalan yang memerlukan pencerahan untuk menjelaskan kemusykilan dan kronologi pesawat MH17 Amsterdam-Kuala Lumpur, bagi memudahkan pengamatan jelas, sehinggalah kotak hitam MH17 telah dibedah siasat dan dianalisis data-datanya oleh pakar-pakar yang berwibawa, berautoriti dan boleh dipertanggungjawabkan, antaranya:-

  1. Mengapa AS dan sekutunya (NATO-EU) membuat tuduhan secara rambang tanpa mengemukakan bukti-bukti bahawa Rusia dipertanggungjawabkan berkaitan penembakan MH17? Membunuh semua penumpangnya. Manakala, Israel membunuh pendudk Palestin di Gaza secara jelas didiamkan. Apakah ia ada kaitan antara pro dan kontra?

  1. Tanggungjawab untuk membedah siasat dan menganalisis data-data kotak hitam MH17 oleh pakar-pakar berwibawa adalah tepat. Walau bagaimanapun, wajar juga dilibatkan pihak-pihak yang terlibat terutamanya pihak yang dipersalahkan dengan tuduhan melakukan sehingga tembakan kepada pesawat MH17. Bagi menentukan ketelusan, integriti dan tidak dieksploitasi oleh sekutu (AS-EU) bagi mengesahkan tuduhan-tuduhan sebelum ianya dibicarakan, dihujah dan diputuskan oleh mahkamah. Bukan menghukum dahulu kemudiaan membicarakannya.

  1. Ia adalah rentetan isu yang membengkak yang sedang meletup kerana tahun 2014 adalah tahun kecemerlangan bagi Rusia. Pihak lain tidak boleh menerima hakikat tersebut.

Susulan daripada analisis data-data kota hitam MH17, 12 buah negara bersetuju menubuhkan pakar pendakwaan khas membincangan isu MH17 dan berkaitan penembakannya.

Menyelusuri tahun 2013 dan sehingg pesawat MH17 Amsterdam-Kuala Lumpur, terhempas pada 17 Julai 2014 (Khamis) kerana ditembak (sasaran) atau tertembak kerana melalui ruang udara pertempuran, antara pemerintah Ukraine dengan rakyat Donetsk dan Luhansk, yang ingin berpisah daripada Ukraine dan bergabung dengan Rusia. Mereka mengangkat senjata kerana pemerintah Ukraine telah menghantar tentera menggempur kedua-dua negeri tersebut.

Bagi berlaku adil dalam sesuatu isu, apabila pihak yang bersengketa melakukan tindakan agresif, maka pihak yang bertahan akan berusaha mendapatkan bantuan untuk ‘survival  diri’ bagi mengelak disembelih dan menyerah kalah kepada penyerang mereka. Tidak seperti pemerintah Ukraine mengambil alih pemerintahan daripada presiden Viktor Yanakoyick hanya melalui demontrasi ganas dan bertumbuk di parlimen, ugut menggugut untuk menjatuhkan lawan. PBB tidak mencampuri urusan mereka kerana panjang ceritanya. Para demontrasi pro AS-EU. Pemerintah ketika itu pro Rusia. Pertembungan dua proksi.

Rentetan daripada peristiwa 2013 sehinnga kini, berlaku kecerdikan politik di sana, tiga negeri mengisytiharkan  kemerdekaan dan berpisah daripada Ukraine dan bergabung dengan Rusia. Rusia untung,  meraikan harta karun yang tinggi nilainya. Pemuda lain mesti cemburu.  Negeri-negeri tersebut, ialah:-

  1. Crimea.
  2. Donetsk.
  3. Luhansk.

Menjadi sasaran penggempuran pemerintah yang memenangi melalui prodemontrasi di Ukraine adalah Donetsk. Donetsk digempur kerana ia berada dibarisan hadapan dan ramai panglima di sana. Ia juga menjadi sejarah hitam bagi MAS, pesawatnya MH17 ditembak di sana. Segala sumber boleh digarap termasuklah isu MH370, kerana di situ ada diagendakan dan dikaitkan. Ia adalah cerita panjang dan plot ceritanya akan bertemu pada akhir episode.

Beruntunglah mereka yang cerdik menanganinya. MH370 jangan disenyapkan.











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”