NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Wednesday 13 August 2014

ALKISAH ITIK GEMBO ...



DPP Malaysia [Official]
Semalam

Alkisah itik gembo ...
Oleh: Dr Man




Zaman ambo sekolah rendah dulu, orang tua ada pelihara itik gembo. Itik ni memang banyak telur. Cuma masalahnya ia spesis itik yang tak suka mengeram telur. Kalau kita nak anak itik maka taktik yang biasa digunakan oleh orang tua ambo, telur itik ni ditumpangkan dengan ibu ayam yang sedang mengeram.

Bila telur tersebut menetas, keluarlah anak ayam, anak kandung kepada ibu ayam tersebut dan keluar juga anak-anak itik yang merupakan anak angkat. Kesian si ibu ayam sebab dia tak tahu nak beza mana anak sendiri dan mana anak angkat dari spesis lain yang dinamakan itik. Anak itik pun ingat ibu ayam ni ibu kandung dia.

Satu ketika kebetulan telur menetas masa musim bah. Pesen itik suka main air, ayam pulok takut ko air. Kesian ibu ayam tu, basah kuyup tengah hujan duk turut anak angkat dia nak main air. Tapi demi kasih sayang diturutnya juga. Anak itik ni pun mungkin rasa pelik, sebab apa mak dia tak turut main air sama.

Bila kita tak kenal siapa ibu kita yang sebenar dan ibu yang tak kenal siapa anak kita yang sebenar, memang akan timbul konflik. Begitu juga dalam jemaah. Ramai orang yang tak kenal siapa ketua dia tapi lebih berminat nak turut ketua orang lain. Jangan jadi anak itik sudahlah…











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”