NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Saturday 22 November 2014

AIR FORCE ONE



Hero Pelakun Presiden AS
Sebuah Filem Amerika telah mendokumentasikan sebuah cerita bertajuk: Air Force One yang menampilkan lakonan kononnya Presiden Amerika Syarikat bersama rombongannya menaiki pesawat telah dirampas oleh rakyat Amerika Syarikat sendiri yang bertopengkan sebagai pengganas-pengganas Rusia. Mereka pula, pengganas-pengganas itu adalah pejuang-pejuang ninja yang dilatih khusus untuk merampas kapal terbang untuk tujuan membebaskan ketua pengganas mereka yang telah ditangkap dan dipenjarakan oleh pihak pemerintah.

Tetapi yang menjadi kemusykilan dalam cerita lakonan tersebut ialah pengganas-pengganas yang asalnya pejuang-pejuang ninja menjadi lembik apabila bertemu dan bertarung dengan Presiden Amerika Syarikat, manakala pejuang-pejuang ninja pemerintah pula menjadi lembik apabila berhadapan dengan pejuang-pejuang ninja daripada pihak pengganas-pengganas.

Suatu yang menarik dalam cerita tersebut, pada peringkat awal perancangan perampas pesawat presiden itu, dikuasai oleh pengganas-pengganas yang terleka dalam permainan diplomasi oleh perancang-perancang ‘White House’. 

Kelekaan-kelekaan yang berlaku itu, telah dimanipulasikan peluang-peluang tersebut oleh perancang-perancang ‘White house’ untuk merancang melalui kelicikan presiden yang beraksi melalui keberaniannya.

Aksi-aksi yang berlaku selepas itu menunjukkan bahawa dalam apa jua situasi, presiden adalah seorang individu hero yang boleh melumpuhkan pihak musuh-musuh negara, walaupun ia mempunyai pengikut-pengikut yang ramai berada diluar dan dalam pesawat itu tetapi terpaksa menurut arahan dalam menangani sesuatu isu yang berprofil tinggi. Presiden terpaksa menghadapi pengganas-pengganas seorang diri sebelum mendapatkan bantuan daripada pihak keselamatan.

Presiden pula terpaksa bertempur menghadapi musuh-musuh negara kerana pengganas-penggans itu telah menguasai dan mengawal struktur pentadbiran melalui ugutan-ugutan dan beberapa individu bersifat munafik yang beraksi dipelbagai tempat yang strategi.

Senario yang berlaku dalam filem tersebut menunjukkan bahawa Presiden Amerika Syarikat tidaklah sehebat mana sehingga kawalan keselamatan kepada presiden boleh dibolosi, seperti presiden itu sifatnya sukar mempunyai pengawal-pengawal hebat, memaksa presiden mempertahankan diri berhadapan dengan pengganas-pengganas yang bersenjata yang telah merampas pesawat.

Keistimewaan lakonan Presiden Amerika Syarikat dalam filem ‘Air Force One’ tersebut, menjelaskan bahawa presiden adalah bekas seorang anggota tentera dan memahami selok-belok teknologi dan pertahanan diri.

Adalah dicadangkan kepada pengarah-pengarah filem supaya merangka sesuatu filem yang memaparkan bahawa presiden-presiden yang hendak ditonjolkan itu tidaklah terlibat seperti dalam aksi filem ‘Air Force One’ sehingga kredibeliti seorang presiden digambarkan seolah-olah kawalan keselamatan kepadanya sangat lemah dan pengganas-pengganas rakyat Amerika Syarikat pula hebat-hebat dalam apa juga provokasi yang mereka lakukan, mereka-reka lakonan pengganasan, mewujudkan suasana lemah kepada masyarakat umum dan ketidakyakinan masyarakat antarabangsa tentang kecerdikan pengarah-pengarah filem mempersembahkan arahan-arahan filem-filem mereka.

Mempromosikan bahawa Presiden Amerika Syarikat hanya boleh ‘diganggu’ melalui perancangan komplot dalaman, mereka yang mengetahui pergerakan presiden dan oleh rakyat Amerika Syarikat sendiri.

Walaupun pengarah-pengarah filem menunjukkan bahawa dalam apa juga situasi, kedudukan presiden adalah selamat, tetapi dalam filem ‘Air Force One’ penonjolan pejuang-pejuang ninja pemerintah yang mengawal keselamatan presiden tidak menyegat untuk mempertahankan keselamatan presiden. Keselamatannya lemah.

Kepada pengarah-pengarah filem, pada masa akan datang tolong jangan aibkan mana-mana presiden dengan aksi-aksi kelompongan kawalan keselamatn kepada mereka, kecualilah yang berlaku kepada Presiden Anwar Sadat di Mesir.

Binalah imaginasi-imaginasi yang membina, jangan mengaibkan mereka.


Lakonan-lakonan yang mengaibkan Tuan Presiden

Jangan dilakonkan untuk tontonan awam bagi menjatuhkan martabat presiden 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”