NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Friday, 14 November 2014

MH370 ANTARA SOALAN OBJEKTIF DAN SUBJEKTIF



MH370 ANTARA SOALAN OBJEKTIF DAN SUBJEKTIF
MH370 telah dihapuskan kodnya mulai 14 Mac 2014, penerbangan KUL-Beijing, China. Kod itu dihapuskan bersama kod pasangannya, pergi dan balik, iaitu kod MH370 dan MH371. Ia ditukar daripada kod MH370 dan MH371 kepada kod MH318 dan MH319. Penukaran  kod-kod tersebut supaya mudah dilupakan kod-kod lama oleh umat zaman ini dan menjadi kabur kepada generasi-generasi selepas itu. Itu pun jika mereka yang terlibat dapat memahami komplot dajal-dajal yang mendungukan dirinya sendiri sehingga masyarakat tidak respek kepadanya.

Memandangkan dunia ini bukan sahaja dihuni oleh golongan-golongan insan mulia tetapi juga dihuni oleh golongan-golongan dajal. 

Maka, berlakulah persoalan-persoalan tentang soal jawab kehidupan sama ada soalan berbentuk objektif atau subjektif. Soalan-soalan tersebut bergantung kepada isu yang dibangkitkan dan maksud yang hendak disampaikan.

Solan-soalan objektif yang biasanya  diajukan oleh cikgu-cikgu kepada murid-muridnya, berbentuk jawaban kepastian bagi menjelaskan sama ada murid-murid yang menjawab soalan tersebut dapat mengenal pasti jawaban yang tepat atau mencari-cari jawaban, walaupun kelihatan seperti meyakinkan ketika menyatakan jawaban yang diberikan. Antara soal jawab berbentuk objektif itu adalah memilih salah satu daripada jawaban yang disediakan; seperti ya, atau tidak atau tidak pasti.

Manakala soal jawab berbentuk subjektif pula lebih kepada soalan-soalan yang menguji minda, mendapatkan jawaban menurut pandangan pendapat dan menghujahkan secara ilmiah jawaban yang dikemukakan dengan menghuraikannya, seperti:-

  1. Setuju dengan pilihan berdasarkan alasan-alasan
atau

  1. Tidak setuju dengan pandangan kerana fakta-fakta berikut.

Soalan-Soalan Objektif

Di sini dikemukakann tiga soalan yang boleh membantu menjernihkan fikiran supaya dapat pencerahan umum, antara soalan-soalan objektif, ialah:-

1. Pesawat MH370 telah disorok oleh golongan dajal pada pagi 8 Mac 2014 (Sabtu) ketika penerbangan antara KUL-Beijing, China. Sebelum disorok MH370 disahkan hilang dari pengawasan radar pada jam berikut:-

a.      Pada pukul 1241 pagi.
b.      Pada pukul 0107 pagi.
c.      Pada pukul 0119 pagi
d.      Pada pukul 0121 pagi.


2. Pencarian fasa lama MH370 telah dihentikan, kini pencarian memasuki fasa baru. Fasa lama kabur kerana dajal pandai main sorok-sorok. Bilakah bermulanya pencarian fasa baru?

a.      September 2014.
b.      Oktober 2014.
c.      November 2014.
d.      Disember 2014.


3. Kos-kos pencarian MH370 fasa lama dibiayai oleh anggota-anggota yang terlibat dalam kehilangan insan-insan yang disayangi sehingga bebanan tersebut menjadi ringan kepada kerajaan Malaysia. Manakah di antara berikut jawaban yang tepat:-

a.      Benar.
b.      Tidak benar.
c.       Kos dibiayai oleh Malaysia.
d.      Tidak pasti.


Soalan-Soalan Subjektif

Di sini dikemukakan pula tiga soalan yang berbentuk subjektif, bagi mengasah minda supaya dapat meleraikan masalah-masalah yang tersimpul di dalamnya. Soalan-soalan subjektif itu ialah:-


1 Pencarian fasa lama telah dihentikan, manakala pencarian fasa baru sedang merangkak digerakkan untuk pencarian MH370 yang dihimpit oleh jin-jin Laut Hindi. Persoalannya ialah, bagaimanakah anggota-anggota pencari merungkai menghadapi jin-jin tersebut? Huraikan.

2  Dalam menghadapi keadaan ekonomi yang senentiasa berkembang, maka berlakulah hubungan dua hala di antara dua pihak yang berkaitan; melalui pakatan ekonomi, keselamatan dan diplomatik, bagi maksud supaya kedua belah pihak saling untung-untung. Apakah manfaat yang diperolehi melalui hubungan dua hala yang menjual barangan kelas dua kepada rakan dagang sedangkan mereka berkemampuan membeli barangan kelas pertama, tetapi tidak dijual kepada mereka? Beri pandangan anda.

3  Bolehkah kita meyakini agensi berteknologi memperkukuh 'survival' mereka membantu rakan dagang merdeka membangunkan prasarana yang diperlukan berdasarkan perkhidmatan yang dibayar, tetapi dibekalkan dengan barangan bermutu rendah? Sila  jelaskan dengan  contoh-contoh yang munasabah.


Kepada murid-murid, soalan-soalan berbentuk objektif dan subjektif itu bukan hanya kepada persoalan MH370 sahaja tetapi boleh juga dikemukakan soalan-soalan tersebut tentang TNB - kenapa bergelap satu kampong?, KTM - kenapa jual harta tapi makin miskin?, MAS - Kenapa kegemilangan mercu semakin kabur?, RTM - dimana perginya hebahan rakyat?, KASTAM - menjulang martabat umat?, dan pelbagai soalan yang memerlukan jawaban sama ada soalan berbentuk objektif atau subjektif bagi percambahan fikiran. 

Semoga Allah s.w.t. mencerahkan fikiran individu yang tidak tidur selepas salat Asar.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”