NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Tuesday, 18 November 2014

KERTAS PUTIH ANCAMAN IS



CONTOH LAPORAN MUKA DEPAN 
KERTAS PUTIH  
Kertas Putih akan menceritakan secara terperinci ancaman IS

Kerajaan Malaysia akan membentangkan Kertas Putih di Parlimen tentang ancaman IS bukan sahaja kepada negara tetapi juga kepada negara-negara lain terutamanya kepada negara-negara penceroboh yang bersekongkol memerangi wilayah IS ketika ini.

Malaysia dalam pengamatannya melihat walaupun IS tidak mengancam kerajaan dan negara tetapi mereka menggunakan kemudahan-kemudahan media sosial dalam melakukan aktiviti-aktiviti dan berinteraksi sesama mereka, mencari pengikut dan merekrut kerana IS ketandusan pengikut, dan IS pula memiliki sumber kewangan dan aset pertahanan yang banyak.

Bagaimana IS memiliki sumber kewangan dan aset pertahanan yang banyak berbanding negara-negara penceroboh dan sekutunya; penceroboh-penceroboh itu pula tanpa sekatan, mengugut negara-negara lemah, bebas menyeludup senjata kepada penentang-penentang IS; jauh lebih kaya dan banyak aset-aset pertahanan, sumber tenaga ketenteraan jutaan orang dan memiliki senjata-senjata canggih tetapi dijuling-julingkan. 

Jadilah manusia merdeka yang dilahirkan oleh ibu-ibu merdeka.

Jawaban kepada IS memiliki sumber kewangan dan aset pertahanan yang banyak kerana mereka berpegang kepada mardatillah, berbelanja berhemah, tiada ketirisan, dalam urusniaga tidak berlaku orang tengah peraih komisen dan pembahagian keuntungan, dan  menyediakan peralatan perang untuk mengerunkan musuh-musuh kamu.  

Apabila Malaysia mengeluarkan Kertas Putih bagi menjelaskan tentang ancaman IS maka kerajaan juga wajar mengeluarkan Kertas Putih tentang pengganasan-pengganasan dan penculikan, penggodaman ATM, penembakan MH17 yang disengajakan dan penyorokan MH370 supaya dapat diketahui golongan-golongan yang terlibat melakukan kedajalan tersebut,

Ancaman-ancaman pengganasan-pengganasan dan penculikan, pengodaman ATM dan IS dapat ditangani tetapi penembakan sengaja MH17 dan penyorokan MH370  belum dimuktamadkan. Ia adalah suatu yang sukar bagi Malaysia sebagai sebuah negara merdeka, mempunyai hubungan diplomatik yang membanggakan, negara kaya, dan menjadikan Amerika Syarikat sebagai rujukannya. Bahkan kerajaan juga memperkasa bahasa negara itu melalui  pendidikan dan Muet.

Maka tiada sebab Malaysia dan Amerika Syarikat sukar menyelesaikan masalah-masalah penembakan sengaja dan penyorokan oleh dajal-dajal.

Bila sesuatu perkara disokong oleh negara sekutu maka perlu ada imbal balik supaya pihak-pihak yang mempunyai hubungan diplomatik saling menang-menang. Tidak kalah-kalah.

Jika penyorokan pesawat MH370 terlalu lama, keyakinan masyarakat akan mulai pudar harapan kerana masa berlalu terlalu lama dan penyelesaian tiada penamatnya sedangkan perkara tersebut diketahui oleh golongan yang mengetahuinya.

Jangan sampai akan ada pihak bersuara mendedahkan segala-galanya yang sukar dinafikan seperti Rusia mendedahkan penembakan MH17 adalah oleh tentera Ukraine menggunakan pesawat MIG-29, walaupun sebelum itu, Amerika Syarikat menuduh pemisah Donetsk menembaknya dengan peluru berpandu dan menyalahkan Rusia kerana membekalkan peluru berpandu tersebut. Rusia menafikannya. Akhirnya Amerika Syarikat dan sekutunya melalui Kesatuan Eropah mengenakan sekatan kepada Rusia. Bagi menjustifikasikan benarnya kenyataan-kenyataan yang dilontarkan itu maka sekatan dilakukan dan dikuatkuasakan. Hebat. Orang-orang politik kena licik dalam membangun bangsanya.

Melaui imej-imej yang terpampang dilaman sesawang kelihatan dengan jelas serpihan-serpihan pesawat MH17 berlubang-lubang disondol dengan pukulan kuat seperti kesan tembakan yang diketahui oleh kanak-kanak sekolah maksud tersuratnya, tetapi dijuling-julingkan oleh golongan dewasa.

Malaysia wajar mengeluarkan Kertas Putih tentang penembakan sengaja MH17 dan penyorokan MH370 sebagaimana bercadang membentangkan Kertas Putih di Parlimen tentang ancaman IS atau menyegerakan memuktamadkan peristiwa itu supaya masyarakat antarabangsa memandang hormat kepada negara ini.  Walaupun penduduknya 30 juta kecil tetapi berbisa, ia pula telah menjadi jawatankuasa tetap PBBkan.

Malaysia mesti buktikan bahawa MH370 bukan disorok tetapi dihimpit  oleh jin-jin Lautan Hindi.

MH370 sedang melambai-lambai minta digamit sebagaimana MH17 roh-roh 298 orang melambai-lambai kepada Rusia minta pembelaan walaupun negara-negara merdeka menjadi pekak.

Jadilah cerdik dengan berkawan dengan semua orang yang tidak memusuhi kita kerana kadang-kadang kawan kita itulah yang akan mengheret kesalahan-kesalahan kita ke sana-sini.

Jadilah manusia yang dihormati bukan mendajal.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”