MH17 ROH-ROH MELAMBAI-LAMBAI RUSIA |
Jawaban penembakan MH17 memasuki fasa baru. Fasa lama kabur kerana penyiasatan antarabnagsa tentang penembakan MH17 dikuasai oleh pakatan sekutu. Amerika Syarikat menuduh pemisah
Kesan daripada peristiwa penembakan MH17 itu Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah mengenakan sekatan kepada Rusia. Sekatan itu pula dilakukan secara sistematik, peringkat demi peringkat.
Apabila Amerika
Syarikat menuduh pemisah Donetsk menembak MH17; Belanda, Malaysia dan negara-negara
yang rakyat mereka ditembak ketika menaiki pesawat MH17, ketika berada di ruang
udara Grabovo, Donetsk, berdiam diri kerana Amerika Syarikat menjadi proksi
penembak. Kesatuan Eropah dan NATO senyap. Belanda anggota EU dan NATO turut
senyap. Malaysia yang memperkasa bahasa Inggeris bersaing
dengan bahasa jiwa bangsa juga senyap. Mereka semua senyap kerana Amerika
Syarikat adalah proksi penembak MH17.
Mengimbas
kembali Pemerintahan Ukraine
sebelum kejadian penembakan MH17 adalah dari kumpulan prodemontrasi yang
melakukan pemberontakan menggulingkan presiden Ukraine Vicktor Yanakovych yang mengakibatkan puluhan prodemontrasi dan polis keselamatan terbunuh ketika kemuncak demontrasi
di Kiev .
Prodemontrasi disokong oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah manakala
presiden Ukraine Vicktor Yanakovyck
disokong oleh Rusia. Dua proksi yang bertentangan. Demikian imbasan kisah
silam.
Hari ini, Rusia
memecahkan kesunyian dengan mendedahkan imej sebuah pesawat pejuang melakukan penembakan kepada pesawat MH17,
yang disiarkan melalui stesen televisyen Channel One Rusia.
Menyelusuri
penembakan MH17 seolah-olah ia ditembak kerana arahan. Ia disengajakan. Kesian
penumpang-penumpang MH17, seramai 298
orang, semuannya mati. Tiada pembelaan daripada kuasa-kuasa besar.
Negara-negara
anggota PBB senyap termasuk PBB tidak membela insan-insan mulia yang tidak
berdosa mati ditembak itu kerana komplot jahat golongan-golongan dajal.
Termasuk penyiasat antarabangsa yang menyiasat tragedi itu tidak berani
mendedahkannya, sedangkan pelancung-pelancung yang berada di Ukraine dan Belanda ketika
kejadian tersebut mengetahui peristiwa tersebut termasuk mereka yang mengetahui
cerita-cerita penembakan tersebut. Penyiasat antarabangsa belum merungkai
permasalah MH17, antaranya persoalan-persoalan berikut :-
1. Siapakah penembaknya?
2. Kenapa ia ditembak?
3. Bagaimana penembakan dilakukan?
4. Apa jenis senjata yang digunakan untuk menembak?
5. Banyak manakah kesalahan dosa-dosa mereka sehingga ditembak?
Penyiasat
antarabangsa sukar memberi jawabannya kerana Amerika Syarikat berada dibelakang
tragedi tersebut.
Rusia baru
mendedahkan imej-imej kabur ketika ini, ia belum mengemukakan imej-imej yang
jelas dan terang. Ia sengaja memancing siapakah proksi-proksi dajal itu?
Memandangkan
Rusia dikaitkan oleh Amerika Syarikat dengan penembakan itu maka wajar bagi
Rusia mendedahkan pihak yang terlibat
dalam penembakan MH17.
Barangkali jika
Rusia juga dikaitkan dengan tragedi MH370, maka pasti Rusia akan menunjukkan
imej-imej penyorokan MH370. Memandangkan Rusia tidak terlibat maka memadailah
Rusia menyatakan bahawa tentera Marin Amerika Syarikat terlibat dalam melarikan
pesawat MH370.
Kelakuan-kelakuan
penipuan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat dan proksi-proksinya dengan
menuduh orang lain melakukannya telah diketahui oleh masyarakat antarabangsa,
sebagaimana Amerika Syarikat menuduh penganas-pengganas melakukan serangan WTC
pada 11 September 2001 dilakukan oleh kumpulan Al-Qaeda. Dengan menggunakan alasan tersebut Amerika
Syarikat menceroboh Afghanistan
dengan membunuh beribu-ribu penduduk negara itu, tetapi sebenarnya peristiwa
itu dilakukan oleh rakyat Amerika Syarikat sendiri. Amerika Syarikat tidak
boleh menuding orang lain melakukan pengganasan tetapi tudinglah diri sendiri.
Melalui pendedahan
Rusia tentang penembakan MH17 itu, roh-roh penumpang-penumpang seramai 289
orang itu mula senyum kerana ada golongan yang membela mereka dan mendedahkannya,
dalam bahasa Arab diucapkan ‘Jazakumullah
Khairan Kathira’; siapa penembaknya, kenapa mereka ditembak, apa dosa-dosa yang
mereka lakukan, bagaimana PBB senyap sedangkan peristiwa tersebut diketahui
oleh mereka yang mengetahui ketika itu serta wajah-wajah proksi penembaknya. Saat-saat mendatang akan memberikan jawabannya.
Negara-negara
merdeka teragak-agak menjelaskan senario yang berlaku kerana diketahui oleh
individu yang mengetahuinya tetapi disenyapkan. Negara-negara anggota PBB senyap
kerana Amerika Syarikat mengeluarkan kenyataan mendahului siasatan antarabangsa
dan pendedahan sebenar oleh Rusia. Sesungguhnya kenyataan Rusia itu permulaan
kepada pendedahan demi pendedahan nanti.
Belajarlah agama
Islam supaya falsafah Islam difahami sebenar-benarnya.
--------------
KUALA LUMPUR : Rusia terus
memperkukuhkan dakwaannya bahawa pesawat MH17 ditembak jatuh pesawat pejuang Ukraine .
Read
more at: http://www.astroawani.com/news/show/rusia-dakwa-mh17-ditembak-jatuh-pesawat-pejuang-ukraine-48453?cp
--------------
Rusia dakwa MH17
ditembak jatuh pesawat pejuang Ukraine
(Diterbitkan
pada: November 15, 2014 15:46 MYT)
Bukti terbaharu
itu sekali gus menafikan laporan barat sebelum ini bahawa pesawat itu ditembak
peluru berpandu dari darat ke udara didakwa milik kumpulan pemisah pro-Rusia.
Imej satelit
yang menunjukkan peluru berpandu dari jet pejuang disasarkan ke arah pesawat
penumpang ini disiarkan stesen televisyen Rusia.
Stesen
televisyen Channel One Rusia mendakwa gambar itu diambil daripada satelit
Amerika Syarikat atau British.
Imej yang
diberikan oleh sumber misteri itu menunjukkan saat-saat MH17 sebelum ditembak
pesawat pejuang MIG-29.
Laporan media
turut mendakwa Rusia mempunyai bukti bahawa jenayah itu dilakukan pihak yang
sengaja ingin memusnahkan pesawat itu.
Sementara itu,
laman Foxtrot Alpha yang ditulis wartawan perang Tyler Rogoway mendakwa imej
disiarkan adalah palsu dan boleh dipertikai.
Antaranya
kedudukan logo Boeing 777 di pesawat MAS itu berada pada kedudukan yang salah.
Pesawat MH17
yang dalam perjalanan dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di
timur Ukraine pada 17 Julai lalu, mengorbankan kesemua 298 penumpang dan kru.
No comments:
Post a Comment