NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Saturday, 1 November 2014

SYAITAN-SYAITAN MERESAP DIJIWA INSAN


SYAITAN-SYAITAN MERESAP DIJIWA INSAN
Syaitan adalah sejenis makhluk yang perbuatannya asyik berbuat kedajalan. Bukan sahaja dajal kepada dirinya sendiri tetapi melakukan kedajalan kepada orang lain. Fikiran dan tindakan mereka nakal untuk mencari benda-benda yang mereka hajati. Mereka tidak pernah puas walaupun ditimbun di kepala mereka harta berbukit-bukau. Untuk menambah harta-harta itu, maka dipancarkan aktiviti-aktiviti kerja-kerja kebajikan, kerana ada sesuatu yang disasarkan dan dialihkan perbuatan-perbuatannya, supaya tidak nampak kelibat-kelibatnya oleh umat-umat dungu yang dari hari ke sehari umat manusia semakin bertambah. Umat manusia pula tidak akan menyusut jumlahnya kerana jumlah kelahiran melebihi daripada jumlah kematian. 

Perancang-perancang berlumba-lumba merancang tentang peningkatan pertumbuhan-pertumbuhan dari hasil perancangan yang mereka lakukan.

Perancang-perancang yang berinovasi melakukan sesuatu keutamaan dalam merangka strategi-strategi bagi mendapatkan pulangan membanggakan dan hasil tambah dari aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sepanjang kehidupan.

Ia bukan sahaja kepuasan dari segi perasaan dan barangan tetapi sikap organisasi dan kliennya; bukan sahaja mereka yang hendak ditonton dan ditonjolkan tetapi khalayak yang melihat lakunan-lakunannya segar-bugar dalam dunia realiti; bukan sahaja dilihat oleh kuli-kulinya tetapi diperhati oleh anak-anak dan waris-warisnya kerana penudingan kepada diri sendiri dari kerja-kerja amal yang berselindung itu; bukan sahaja dilihat oleh syaitan-syaitan tetapi turut dicatatkan oleh para malaikat aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan untuk diaudit nanti; bukan sahaja kerja-kerja yang telah dilaksanakan direkodkan oleh pencatat Raqib dan Atid tetapi kedajalan yang hendak dirancang dan difikirkan dirancang akan diangkat  sama ada diluluskan, dibatalkan atau ditangguhkan  kepada suatu tarikh yang belum ditetapkan kerana kerja-kerja amal itu belum selesai dan tidak akan selesai sehingga kiamat. Supaya ada bukti-bukti sejarahnya maka, dokumentasi-dokumentasi difailkan yang sukar dinafikan catatannya. Kerana pihak arkib akan menyimpannya sebagai aset-aset bernilai tinggi.

Untuk catatan melayang-layang, ibarat anak-anak menduduki temuduga kerana  disenarai pendekkan, selepas temuduga itu diberitahu bahawa  jika berjaya akan dihubungi dan jika tiada jawapan dalam tempoh-tempoh tertentu anggaplah ia tidak berjaya. Itulah bisikan-bisikan menyegarkan. Cantiklah.

Kebaikan-kebaikan syaitan itu kerana ia berselindung disebalik kerja-kerja kebajikan yang ia lakukan kerana menipu melalui mainan silap mata dan menyeleweng dengan amanah-amanah rakyat.

Berikut adalah contoh-contohnya:-


1.  Seorang  hamba  dan  kumpulannya   melakukan   rompakan,   mengganas, menghilangkan kapal terbang, kebas duit, godam ATM, peras ugut, menggelapkan seluruh kampong, rancang projek mega untuk dapatkan duit, buat 'faraid' duit-duit amanah untuk kepentingan kelompok.


2.   Dua  hamba  berbincang  tentang  sesuatu  perkara untuk dimuktamadkan supaya kedua belah pihak selesa hidup di alam keduniaan kerana jin-jin tidak akan bercakap dan memberitahu kepada iblis-iblis kerana ketua mereka Azazil tidak diketahui keberadaannya. Tujuannya supaya mereka:

a.   Saling 'untung-untung'.

b.   Tidak 'rugi-rugi'.


3.   Tiga  hamba  merancang bersama kerana ada faedah yang akan diperolehi daripadanya:

a.   Duit tabungan amanah diagih-agih kerana orang-orang dungu terlena.

b.   Perniagaan akan lingkup kerana diasak oleh komplot dajal.

c.   Proksi ‘untung atas angin’ - percuma kerana bayaran berterusan disalurkan melalui akaun-akaun atas nama ‘hubungan ekonomi’.


Melihat kepada perlakuan-perlakuan syaitan-syaitan itu, maka, adalah dinasihatkan supaya para malaikat turun kelapangan untuk melakukan pula kerja-kerja berdakwah membantu kerja-kerja kebajikan, supaya syaitan-syaitan itu walaupun mereka  degil membatu, berkematu dan keras membesi kerana sejarah dakwah para Nabi-Nabi a.s. wajar dijadikan teladan, tidak pernah berhenti sehinggalah golongan-golongan terlaknat itu dihukum seperti mana hukuman-hukuman yang dikenakan kepada kaum Nabi Lut a.s. Termasuk dilaknat itu adalah isteri Nabi Lut a.s. yang bersubahat dan terlibat dengan kerja-kerja kebajikan dajal itu. Mereka semua dajal-dajal dan komplotnya adalah golongan yang rugi. Bantu mereka.

Sesungguhnya tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t. diperingatkan kepada orang-orang beriman

















































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”