PERISTIWA DIREKA-REKA BERCAMPUR BAUR; BENAR DAN PALSU |
Tetapi dalam teori isu mengenai perkara direka-reka atau penipuan akan menjadi benar kerana bercampur baur antara kebenaran dengan kepalsuan menurut teori golongan dajal. Mereka memperkatakan tentang kebatilan kerap diulang-ulang dan dipautkan dengan keadaaan semasa bagi membisik-bisikan supaya pendengarnya dari kalangan dungu-dungu terbuai-buai sehingga terbawa di dalam mimpi-mimpi yang mengasyikkan.
Dunia ini sifatnya benda. Ia
diciptakan supaya wujud suatu sistem sosial di antara kelompok-kelompok manusia
yang terpisah-pisah. Mereka pula terpisah-pisah oleh lautan, bukit-bukau, hutan
belantara dan kawasan geografinya yang pelbagai ragam. Manusia pula berkembang
daripada Adam dan Hawa kepada kelahiran anak kembar sepasang setiap kelahiran.
Daripada keturunan Adam itu manusia berkembang biak. Ada manusia bersifat
cerdik atau bodoh, ada yang berani atau pengecut, ada sukar membezakan antara mengutamakan
bahasa asing atau menjulang bahasa jiwa bangsa, ada bersekongkol dengan dajal
membantu dan menyorok MH370, ada meniru skrip-skrip pengganasan WTC diterjemahkan
kepada pengganasan Lahad Datu, dan ramai berpakat memamah khazanah-khazanah
pribumi diagih-agih antara diri dan kroni. Akhirnya mereka yang amanah akan
hidup seperti peribahasa: Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,.
Suatu desa pernah seorang pemuda
asyik menakut-nakutkan penduduk desannya (menggunakan istilah desa sesuai
dengan zamannya) dengan pelbagai kejutan yang dilakukan oleh pemuda desa itu.
Mempermain-mainkan masyarakat desa dengan kehadiran binatang buas. Walau
bagaimanapun, binatang yang dinyatakan untuk menakut-nakutkan masyarakat desa
itu bebas dari binatang tersebut. Tidak pernah wujud di desa tersebut. Tetapi
oleh kerana pemuda desa tersebut kerap mengulang-ulangi peristiwa-peristiwa serupa sehingga
suatu peringkat masyarakat desa itu tidak lagi mempercayainya, dan membiarkan sahaja
pemuda desa itu mengulang-ulangi jeritan-jeritannya. Ia tetap berulang-ulang menjerit-jerit supaya
masyarakat desa mempercayainya.
“Tolong-tolong ada serigala, tolong!”
“Dimana seriga?” jerit orang-orang desa bertanya
sambil berlari kearah pemuda itu untuk memberikan bantuan.
“Kah! Kah! Kah!” sambil ketawa pemuda itu menjawab serigala telah
pergi.
“Tolonggggggg! Tolonggggg! Serigala!” jerita pemuda pada hari lain
pula.
“Dimana serigala?” sampuk seorang penduduk desa itu.
Pemuda itu sambil ketawa memberitahu bahawa mereka kena tipu lagi.
Pada hari lain pula berlaku lagi
jeritan dari pemuda desa itu.
“Tolong! Tolong! Tolong! Serigala! Serigala!”
“Tolong! Tolong! Serigala!”
“Tolong! Serigala!”
“Tolonnnnggggggggg!!!!!!. . . ,” suara jeritaan pemuda itu semakin
senyap dan menghilang di sedut oleh keheningan desa yang aman tenteram itu.
Penduduk desa pula kehairanan.
Kebiasaannya pemuda itu tidak akan berhenti dari melaung-laung meminta tolong kecuali
terdapat dari kalangan penduduk menjenguknya. Memandangkan tiada seorang pun
yang merespon tindakan pemuda itu kerana penduduk desa telah mengetahui fiil
pemuda itu. Mereka pula berpakat tidak terpengaruh lagi dengan jeritan-jeritan
pemuda yang dipenuhi dengan lakunan-lakunan itu.
Desa itu jauh dari hutan
belantara di mana terdapatnya serigala. Dalam ingatan orang desa binatang jenis
serigala memang tidak pernah wujud di kawasan mereka, ditemui atau datang di
desa mereka. Desa mereka bebas dari binatang bergelar serigala.
Penduduk desa saling
berpandangan. Mereka hairan kerana suara pemuda itu hilang bersama hebusan angin
sepoi-sepoi bahasa. Mereka pun bersetuju untuk melihat pemuda itu walaupun
mereka ditipu juga. Sesampai mereka di kawasan pemuda melakun-lakunkan aksi-aksinya
itu didapati pemuda itu tiada di situ tetapi terdapat carikan baju pemuda itu
bertaburan di sana
sini dengan kesan darah dipelbagai tempat, seperti berlaku pergelutan di antara
pemuda itu dengan binatang yang menyerangnya.
Kesan-kesan heretan membawa pemuda
itu boleh dilihat dengan jelas. Mereka mencarinya tetapi tidak menemuinya lagi.
Hilangnya pemuda itu bersama ilusi-ilusi yang diciptanya. Allah s.w.t. akan membenarkan
sesuatu kebenaran itu adalah benar dan sesuatu kepalsuan itu adalah palsu.
Apabila penduduk desa mencari-cari mengekori jejak-jejak, kesan-kesan heretan
itu maka mereka pun menemui mayat pemuda itu dalam keadaan yang tragis tetapi
mereka tidak menemui binatang lain di situ.
Penduduk desa pun memahamai
bahawa sesuatu pembohongan itu apabila diulang-ulang ia akan menjadi suatu
kebenaran. Barangkali Adolf Hitler mengambil pengajaran dari peristiwa pemuda
desa itu bahawa pembohongan yang selalu
diulang-ulang akan diterima sebagai suatu kebenaran akhirnya. Barangkali.
Sebab itu di halaman ini kerap
diulang-ulang sesuatu peristiwa supaya pembaca
menelita mesej yang hendak disampaikan, walaupun mesejnya sama tetapi olahannya
berbeza.
Mesej-mesej yang dikemukakan itu
wajar diteliti tempoh masanya, suasana kejadian, plot-plot ceritanya, perhati
mata dan mulut penuturnya, kebolehpercayaan dengan lakunan-lakunan yang
berlaku, peristiwa yang akan berlaku dalam tempoh sepuluh tahun kehadapan dan
isu yang berlaku dalam jangka masa enam bulan dalam tahun semasa.
Banyak lagi contoh-contoh yang
boleh dikemukakan, memandangkan dajal-dajal dan pengganas-pengganas itu
bertopengkan manusia mulia maka sukacita dipohon supaya bertaubatlah, jangan
mendajal lagi, martabatkan bangsamu, perkukuhkan bahasamu supaya etnik-etnik
yang pelbagai ragam menjadi wargamu itu mengikut nasihatmu dan mereka tidak
menjadi ‘Bughah’ seperti yang difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan kepada
semua mangsa Memali itu, tetapi beberapa ulama
tersohor menyanggah fatwa tersebut dan mereka pula telah kembali
kerahmatullah. Semoga roh mereka dirahmati oleh Allah s.w.t. serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Kepada mangsa-mangsa Memali dan anggota keselamatan yang terkorban, mereka semuanya, marilah kita sama-sama berdoa agar roh-roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang saleh kerana menjadi mangsa keadaan. Al-Fatihah.
Kepada mangsa-mangsa Memali dan anggota keselamatan yang terkorban, mereka semuanya, marilah kita sama-sama berdoa agar roh-roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang saleh kerana menjadi mangsa keadaan. Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment