Posted on Monday, May 04 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Ekonomi PETRONAS, singkatan untuk Petroliam Nasional Berhad, adalah sebuah
syarikat minyak dan gas Malaysia
yang ditubuhkan pada 17 Ogos 1974. Ianya dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia ,
perbadanan ini mendapat hak keseluruhan dari sumber minyak dan gas di Malaysia
dan diamanahkan dengan tanggungjawab membangunkan dan menambah nilai kepada
sumber-sumber ini.
PETRONAS menyediakan sumber besar pendapatan untuk negara Malaysia,
dengan 45% daripada bajet kerajaan bergantung kepada dividen PETRONAS, Pada 26
Februari 2015, Petronas memotong perbelanjaan modal bajet 2015 selepas
melaporkan kerugian suku keempat $ 2 bilion, kerugian pertama syarikat itu
sejak ia mula melaporkan keputusan suku tahunan lima tahun yang lalu.
Baru-baru ini seperti yang dilaporkan dalam akhbar tempatan Sarawak,
pengerusi Dap Sarawak mencadangkan kerajaan Sarawak agar perlu membatalkan
permit kerja bagi semua kakitangan PETRONAS dari Semenanjung yang memegang
jawatan eksekutif dan pengurusan dalam usaha untuk memaksa kerajaan persekutuan
untuk tunduk kepada permintaan kerajaan negeri untuk mendapatkan 20 per peratus
royalti minyak dan gas.
Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa), yang membuat cadangan ini, berkata
langkah ini akan menghentikan operasi PETRONAS, Malaysia Gas Cecair Asli (MLNG)
dan semua anak-anak syarikat di negeri ini.
Kenyataan Chong memang tidak masuk akal dan tidak realisitik kerana
sekiranya operasi PETRONAS dihentikan ianya akan mengakibat kerugian besar
kepada syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan
juga kepada pendapatan negara. Setiap minit pengeluaran minyak dan gas operasi
ditutup ianya boleh mengakibatkan kerugian yang besar kepada syarikat dan juga
negara, ianya bukan macam menutup stesen pam minyak.
Adakah dengan menyekat kemasukan para ekskutif dan pengurusan PETRONAS
dari Semenanjung memasuki Sarawak dapat
menyelesaikan masalah tuntutan royalti? Bagaimana dengan nasib pekerja tempatan
yang bekerja dengan PETRONAS adakah mereka dapat jaminan dapat pekerjaan
selepas PETRONAS diberhentikan operasi di Sarawak ?
Dia perlu berfikiran luar kotak dan jangan terlalu emosi dalam menuntut sesuatu
perkara.
PETRONAS bukanlah sebuah syarikat persendirian yang boleh membuat
keputusan sendiri tanpa campur tangan dari kerajaan pusat dan setiap keputusan
yang melibat polisi PETRONAS perlu mendapat kelulusan dan kebenaran dari
kerajaan Malaysia .
Sepatutnya rundingan yang melibatkan royalti ini perlu dibincangkan
diantara kerajaan pusat dengan kerajaan Sarawak
bukannya dengan pihak pengurusan PETRONAS. Pihak pengurusan PETRONAS tidak akan
mampu menunaikan hasrat kerajaan Sarawak sepenuhnya dalam tuntutan royalti
sebab ianya adalah milik penuh kerajaan Malaysia dimana Perdana Menteri
yang bertanggungjawab dalam memberi keputusan yang melibatkan hak negara
bukannya pihak pengurusan PETRONAS.
Mungkin pihak PETRONAS boleh memberi kontrak kepada syarikat tempatan
tapi kalau melibatkan pemberian royalti sudah tentu ianya boleh menjejaskan
pendapatan serta pembelanjaan operasi PETRONAS. Hampir separuh dari hasil
PETRONAS ada ditangan kerajaan persekutuan maka kerajaan Sarawak
boleh menuntut lebih dari bajet setiap tahun yang setara dengan peratus royalty
tanpa menjejaskan bajet operasi PETRONAS.
45% daripada bajet kerajaan pusat bergantung kepada dividen PETRONAS
maka mungkin dari situ kerajaan pusat boleh menggunakan bajet yang sudah diberi
oleh PETRONAS kepada kerajaan pusat untuk pembangunan Sarawak
tanpa menjejaskan pembelanjaan operasi PETRONAS.
Dalam pendekatan yang lebih drastik, Chong juga mencadangkan BN negeri
menyertai Pakatan Rakyat (PR) kebangsaan untuk membentuk kerajaan persekutuan.
Beliau berkata, Pakatan, dengan 86 Ahli Parlimen, tambah dengan satu daripada
Parti Sosialis Malaysia (PSM), boleh membentuk kerajaan dengan majoriti mudah
112 Ahli Parlimen jika 25 Ahli Parlimen BN di negeri ini melompat kapal.
Kalau di Sarawak, Dap sudah pun memutuskan hubungan dengan PR Sarawak bagaimana pula dia boleh mengajak PR peringkat
kebangsaan bergabung dengan BN Sarawak untuk kerajaan perpaduan. Adakah dia
mempunyai agenda sendiri disebabkan dia gagal mempengaruhi PR Sarawak untuk
mencapai agenda dia?
Adakah dia ingin bersama BN Sarawak kerana sudah tidak mampu melawan
musuh politiknya maka dia perlu sertai pihak lawan demi mencapai cita-citanya
yang mungkin sukar dicapai sekiranya dia terus bersama PR. Itu urusan Chong dan
partinya, kita tidak mahu mencampuri urusan dalaman mereka, terserah dengan
ahli dan penyokong mereka menilai keinginan beliau untuk membentuk kerajaan
perpaduan dengan BN.
PAS tetap istiqamah dalam memperjuangkan kebajikan dan hak rakyat tanpa
mengira bangsa dan agama. Ada
masanya kita bersetuju untuk tidak bersetuju dalam sesuatu perkara yang
melibatkan kepentingan rakyat dan negara.
Kerajaan Sarawak perlu telus dan memberi keutamaan kepada penduduk
Sarawak yang tidak mempunyai tempat tinggal dengan memberi hakmilik tanah serta
lot tanah untuk mereka yang tidak memiliki tempat tinggal bukannya hanya
memberi keutamaan kepada pemaju dan pelabur asing yang hanya mementingkan
keuntungan semata-mata.
Setiap rakyat Sarawak sepatutnya
diberi tempat tinggal yang lebih baik bukannya tinggal di pelupusan sampah
seperti pendatang asing. Sarawak yang mempunyai keluasan tanah sebesar
semenanjung Malaysia mampu
menampung keperluan tempat tinggal untuk seluruh rakyat Sarawak .
Kita mengesa agar kerajaan Sarawak
dibawah pemimpinan Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem terus komited untuk
memberi tumpuan kepada kebajikan semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan
fahaman politik. Jangan hanya buat gimik apabila dekat waktu dengan pilihanraya
tetapi selepas mencapai kemenangan masih lagi ada rakyat Sarawak
yang hidup dalam kesempitan dan tiada tempat tinggal yang tetap hanya menumpang
di tanah kerajaan. Harap perkara ini mendapat perhatian dari kerajaan Sarawak kalau mereka masih lagi mahu diberi peluang
sekali lagi untuk memerintah.
Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak
No comments:
Post a Comment