Berlaku suatu peristiwa yang
diketahui oleh umat manusia tetapi disembunyikan
fakta-faktanya kerana Allah s.w.t. telah
menggelapkan hati, akal dan perasaan dengan pelbagai sebab yang
mereka itu apabila mati akan dimakan oleh ulat-ulat dan
cacing-cacing. Cacing-cacing dan ulat-ulat pula suka kepada dajal-dajal itu.
Mereka pula hanya memerhati kulit-kulit membusuk dimamah sedikit demi sedikit akhirnya hilang ditelan bumi. Kejadian tersebut berlaku kerana dikalangan cacing-cacing dan ulat-ulat itu telah kenyang.
Mereka pula hanya memerhati kulit-kulit membusuk dimamah sedikit demi sedikit akhirnya hilang ditelan bumi. Kejadian tersebut berlaku kerana dikalangan cacing-cacing dan ulat-ulat itu telah kenyang.
Maka berlaku dialog antara dua makhluk tentang keduniaan bagi peringatan kepada manusia yang suka diperingatkan supaya jangan berbohong dan menipu kanak-kanak sekolah rendah.
Dialog tersebut antara ulat dan cacing:
Dialog tersebut antara ulat dan cacing:
Ulat: Cing, aku dengar ada satu benda bernama MH370 hilang tanpa dikesan
menurut orang-orang dungu, betulkah perkhabaran itu?
Cacing: Lat-lat, saya juga mendengar perkhabaran itu kerana dajal-dajal yang
dilaknat oleh Allah s.w.t. degil, mereka bukan sahaja degil tetapi turut menyapu dan menarik bersamanya
golongan-golongan yang bersekongkol dengan mereka. Saya berharap supaya
cerita-cerita manusia itu tidak tempias
mengenai kampong kita.
Ulat: Saya pun berdoa seperti awak Cing. Kita berharap golangan dajal
bertaubatlah, impaknya amat berat. Satu lagi Cing, saya juga dengar cerita tentang MH370 dihimpit oleh jin-jin Laut Hindi. Jika di daratan jadi makanan suku-sakat
kitalah ya.
Cacing: Tapi mereka masih hidup macam mana suku-sakat nak makan.
Ulat: Maksud saya kalau mati. Lupa pula ya, mereka ditindih oleh jin-jin Laut
Hinda ya?
Cacing: Betul.
Ulat: Saya dengar ada pencarian untuk fasa baru?
Cacing: Benar.
Ulat: Apa bendanya Laut Hindi dan MH370 itu?
Cacing: Laut Hindi itu nama tempat manakala MH370 nama barang. Di Laut Hindi
itu jin-jin berkubang. Mereka dihalau dari kawasan-kawasan peperangan dan sebahagian lagi kawasan tempat tinggal mereka telah dilakukan pembangunan-bangunan,
akhirnya mereka membawa diri dan berhijrah di kawasan tersebut. Barangkali jin-jin itu berdendam kerana kawasan penempatan-penempatan mereka diceroboh itu
menjadikan MH370 menjadi mangsa dan dipenjarakan oleh mereka. Kawasan jin-jin itu aman tetapi
kabur bagi pencarian-pencarian barang-barang yang tercicir. Sebab itulah MH370
ditindih rapat oleh jin-jin sehingga
sukar bagi pencarian fasa lamanya. Jin-jin itu pula mempunyai rangkaian berkomunikasi dengan MH-MH yang lain-lain tetapi sukar bagi manusia yang tidak mengetahuinya.
Ulat: Apa pula MH-MH itu?
Cacing: Kawan-kawan dialah. MH-MH itu suku-sakat MH370. Lat-lat, awak tak faham lagikah tentang MH-MH itu? Seantero alam faham tentang mereka. Cerita-ceritanya, komplot, zaman
kegemilangannya dan bagaimana ia menuju ke zaman keruntuhannya. Panjang
ceritanya, ia memerlukan pencerahan
secara telus dan kepada golongan-golongan yang berhasrat memercu kegemilangan
bangsanya wajar mencari jalan mengatasi dan jangan biarkan ia terikat dengan polisi-polisi yang dikenakan kepadanya. Biar ia bebas membuat keputusan kelangsungan hidupnya. Budak-budak sekolah rendah zaman ini pun telah faham berkaitan
cerita MH370. Sebabnya, mudah untuk mereka mendapat maklumat, hanya menekan komputer atau telefon bimbit yang berada dihujung jari itu. Tekan huruf-huruf dan susun menjadi
perkataan dan ayat, kemudian tekanlah untuk mencari pautan-pautan yang
dikehendaki. Jika maklumat itu wujud, maka akan terpampanglah, sebaliknya jika maklumat itu disekat atau dikeluarkan dari halaman-halamannya, sudah tentulah pudar maklumatnya.
Cacing: Sebab aku tak faham itulah, aku bertanya apa bendanya MH370 itu?
Ulat: Bagus-bagus suka bertanya.
Cacing: Itulah suasana hidup Lat-lat. Engkau ini masih tidurkah, atau mamai
atau nak masuk golongan dilaknat oleh Allah s.w.t. itu kerana kegelisahan
kanak-kanak sekolah rendah sensitif dengan persekitaran?
Ulat: Kurang arif Cing, kerana barangkali banyak sangat makan makanan subahat. Kalau dikatakan haram sudah tentulah aib akibatnya.
Cacing: Beginilah Lat-lat, jika inginkan kepastian, tentang perkara-perkara
itu sebagai perbandingannya: dua jenis
benda yang serupa tetapi berbeza sifatnya setelah melalui perubahan seperti telur penyu yang belum
dimasak dengan telur penyu yang telah dimasak. Telur itu diletakkan di atas
dapur, telah dibersihkan tapi belum dibubuh air. Tiba-tiba seorang sahabat datang
bertandang ke rumah dan mendekati dapur terlihat telur penyu itu sambil
bertanya ke pada tuan rumah. Bolehkah makan telur penyu ini? Tuan rumah pun
menjawab: Boleh. Maka kawan itu pun ambil sebiji telur penyu lalu mengopek dan menelannya. Kata kawan itu
sedap. Telur penyu yang kawan makan mentah-mentah itu jarang kedengaran dimakan sebelum dimasak. jika makan mentah-mentah juga mungkin kawan itu tidak perasan bahawa telur itu belum dimasak. Perkara itu
dihubungkaitkan antara realiti perbezaan MH370 dengan MH-MH itu.
Ulat: Sukar juga dijelaskan MH370 itu ya, kerana mereka yang mengetahuinya menyembunyikan
fakta-faktanya. Akhirnya Laut Hindi tempat jin-jin dijadikan jin hitam
halimunanlah ya.
Cacing: Lat-lat kenapa dikatakan jin-jin dijadikan jin hitam?
Ulat: Kalau dahulu dikatakan dijadikan kambing hitam. Kini
kita ubah kepada jin hitam. Takkanlah jin itu kita sebut sebagai kambing. Jika kita melihat senario MH370 pada 8 Mac 2014 (Sabtu) dikhabarkan terbang
pada 12.41 pagi. Dan pada 1.07 pagi hilang dari pengawasan radar (selepas 26 minit berlepas). Dalam versi
yang lain terbang pada pukul 12.41 pagi
hilang dari pengawasan radar selepas 49 minit berlalu iaitu pada 1.30 pagi hilang
dari pengawasan radar ketika dalam pengawasan berparas tinggi. Tetapi kabur bersama orang celik yang bersumpah menjadi buta sebelum dibutakan sebenarnya oleh Allah s.w.t.. Itulah dunia alaf baru setelah berlalunya alaf lama. Ia bukan sahaja hilang dari pengawasan radar negara
tetapi tiada langsung diintip oleh radar-radar Singapura ,
Thailand , Vietnam dan Filipina, termasuklah radar Indonesia kerana terbang waktu malam ketika musim jerebu. Tetapi kalau
ia memasuki perairan Laut China Selatan, radar-radar China pasti dapat mengesannya. Selepas
pukul 7.24 pagi setelah sarapan, diberitakan bahawa MH370 hilang. Ia hilang
kerana tidak menemui kliennya di Beijing
yang dijadualkan mendarat 6.30 pagi. Selepas 7 jam berlalu dengan ‘angin
sepoi-sepoi bahasa’ tanpa angin ribut mengganas dikejutkan tentang kehilangan
MH370. Ketika hamba-hamba Allah ada yang sedang salat, membaca Al-Quran, berzikir, salat-salat sunat, qiamulail, belajar, membaca, merenung, memikir, memikir menjulang umat, bekerja, bersenam, pergi pasar, sarapan, sedang tidur dan
pelbagai aktiviti peribadi oleh individu-individu. Tetapi pada waktu yang sama
golongan-golongan dajal melakukan komplot mereka dengan komunikasi berkesan dan rangkaian canggih mereka. Kerana pada petang Jumaat, beberapa jam sebelum kejadian ada kes berkaitan liwat dibicarakan di mahkamah. Orang-orang beriman mengethui kesan akibat tempiasan liwat itu. Heboh seantero alam berkaitan perkara
tersebut. Pada pukul 11.00 pagi kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak MAS menceritakan kronologi ringkas kejadian kehilangan MH370. Pada pukul 2.40 petang kenyataan rasmi dari pemangku Menteri Pengangkutan. Pada satu peringkat
penceritaan tentang kehilangan MH370 berlaku pelbagai versi yang berubah-ubah
sebagaimana setiap saat berlaku perubahan-perubahan dari semasa ke semasa. Pada
suatu peringkat pencerita-pencerita yang hadir dengan pelbagai teori-teori,
menyampaikan maklumat-maklumat secara spontan, ada yang menyampaikan sambil senyum, ada
yang membaca skrip, ada yang teragak-agak berdialog, ada yang bacaan matanya
tidak berkerdip, ada yang mukanya kelihatan kurang tidur, ada yang memek
mulutnya terkatup, ada yang serba salah, ada yang lakunan-lakunan mereka
diketahui oleh orang yang mengetahuinya.
Cacing: Siapakah golongan yang mengetahui peistiwa-peristiwa itu?
Ulat: Ramai
Cacing: Tahu nama-nama mereka?
Ulat: Ramai dan memang ramai. Antaranya PM, mantan pemangku Menteri Pengangkutan, CEO
MAS, MKN
Cacing: Bagaimana hendak memuktamadkan kisah-kisah yang berpanjangan itu?
Ulat: Sukar untuk dijawab.
Cacing: Isyarat-isyaratnya?
Ulat: Pencarian fasa baru.
Cacing: Fasa lama pula bagaimana?
Ulat: Anggaplah ‘Jasamu Dikenang’.
Cacing: Laparlah?
Ulat: Jom makan.
Cacing: Dimana?
Cacing: Dimana?
Ulat: Pandai-pandailah hidup.
No comments:
Post a Comment