NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Tuesday 23 June 2015

PENYELUDUPAN JONGKONG EMAS MELALUI AIRASIA



46 penumpang AirAsia antara ditahan seludup jongkong emas
23 Jun 2015 5:01 PM


NEW DELHI 23 Jun - Empat puluh lima penumpang AirAsia adalah antara 56 orang yang ditahan oleh pihak berkuasa India di Lapangan Terbang Antarabangsa Visakhapatnam di Andhra Pradesh, dan daripada itu, mereka merampas 62 kilogram(kg) jongkong emas bernilai 17 crore rupee (RM9.94 juta), menurut akhbar Times of India.

Ia tidak jelas sama ada rakyat Malaysia adalah antara mereka yang ditahan.

Menurut akhbar itu, bertindak atas maklumat awam, pegawai-pegawai Direktorat Risikan Hasil (DRI) di Chennai, dalam satu operasi khas pada malam Ahad, bergerak ke lapangan terbang antarabangsa yang baru ditauliahkan dan menjalankan pemeriksaan teliti ke atas dua penerbangan dari Kuala Lumpur dan satu dari Singapura.

Pada mulanya, para pegawai memeriksa 20 penumpang penerbangan AirAsia yang membawa banyak barang-barang elektronik, dan menemui jongkong emas tersembunyi di dalam barangan itu, menurut akhbar harian itu.

Pemeriksaan ke atas 10 penumpang penerbangan Silk Air dari Singapura juga menemui jongkong emas dalam barangan elektronik mereka.

Pemeriksaan ke atas 25 penumpang AirAsia dalam penerbangan kedua dari Kuala Lumpur juga mendedahkan penyeludupan jongkong emas.

Menurut akhbar itu, ramai di antara mereka yang ditahan ialah mereka yang kerap melancong dan kebanyakan mereka bertindak sebagai 'kurier'.

Akhbar harian itu memetik pegawai DRI sebagai berkata, mereka yang ditahan semata-mata sebagai "pembawa" dan tugas mereka berakhir dengan penyerahan emas kepada seseorang di luar lapangan terbang.

"Mereka terbabit dalam perniagaan itu semata-mata kerana wang. Bergantung kepada kuantiti, pembawa terbabit akan dibayar, kata akhbar itu memetik kenyataan pihak berkuasa DRI. – BERNAMA











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”