NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Sunday 21 June 2015

PELIK DITERJEMAH MENJADI REALITI



Saya mengamati  tulisan saudara Abdullah Ngah dengan tajuk:  ‘Ada yang rasa pelik, tidaklah pelik’ sehingga  dalam beberapa para tulisan beliau saya tersenyum sendiri kepada ulasan-ulasan kritis itu tentang cerita-cerita semalam yang belum selesai walaupun Muktamar Tahunan PAS ke-61 yang telah berlalu ditelan zaman.

Itupun jika para pembaca dapat mengikuti tulisan saudara Abdullah Ngah dengan lapang dada walaupun pangkat-pangkat yang diusahakan itu pudar untuk mengekal dan mencapainya kembali, hilang. Begitulah realiti kehidupan.

Berbeza dengan perancangan dajal menyorok MH370 sukar menyongsong dan memuktamadkan   cerita-ceritanya kerana terperosok di lautan dalam di selatan Laut Hindi kerana satelit-satelit China dan Rusia  senentiasa menghalakan fokusnya di kawasan-kawasan  yang terhidu pergerakan-pergerakan kapal bersiar-siar di kawasan bergelora dan aliran arusnya pula deras termasuk memprovokasikan MT Orkim Harmony halimunan, tidak mengoyangkan kedudukan satelit-satelit milik China dan Rusia menetapkan tumpuan fokusnya.

Maka harapan MH370 terperosok di Laut Hindi itu nampaknya lambat lagi pencerahannya kerana satelit-satelit diletakkan dalam keadaan ‘standby’ dan statik, fokusnya lautan Hindi. Ia juga kerana jin-jin Lautan Hinda suka menyedut-yedut duit mengenakan tol. Seperti konsesi tol-tol, lagi lama lagi bagus untung atas angin.

Asakan-asakan rakan-rakan DAP yang tidak melihat kegeligaan yang dipegang oleh pimpinan PAS barangkali mengulangi kawan-kawan yang kurang diundi semasa muktamar tahunan tempoh hari. DAP melihat melalui statistik, perancangan dan strategik  tetapi pimpinan PAS yang diketuai oleh Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang memegang kegeligaan. Nasib baik zaman ini binatang bernama Naga telah pupus, jika tidak mereka akan berdatangan berligar-ligar bermain-main dengan geliga yang dipegang oleh pimpinan PAS.

Terpulanglah kepada DAP sama ada ingin bersama geliga-geliga itu lagi kerana ada peribahasa berbunyi: ‘Patah tumbuh hilang berganti.’

Demikian juga RUU Hudud yang disepakat antara PAS dengan BN melalui UMNO masih mengharapkan ikrar tersebut. PAS masih memberi ruang kepada ikrar-ikrar ikhlas yang dipersetujui bersama.

Tolong  jangan mengkhianati ikrar nanti tergelincir menurut langkah-langkah  syaitan.   

Persoalanya, siapakah yang akan bersama-sama meniti laluan ketelusan bersama PAS kerana tiada penawaran keuntungan ketika ini tetapi jika penguasaan ekonomi telah dicengkam maka semua akan menikmatinya termasuk mereka yang akan merentas sempadan.

Ambil peluang yang terbentang itu, kerana ahli-ahli PAS belum menunjukkan sikap memaksimumkan potensi mereka. Mereka lebih beralah daripada bertindak balas.









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”