NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Monday 22 June 2015

RAHSIA BISNIS YAHUDI



Saya telah membaca buku: ‘Rahsia Bisnis Yahudi’ yang ditulis oleh Anton Arif Ramadan dan dieditorkan oleh Dr. Hassan Nor dan ‘Amirah Anas Anuar. Ia diterbitkan oleh S.A. Majeed & Co. Sdn. Bhd.. Edisi Bahasa Malaysia. (Tidak bertarikh).

Sesungguhnya buku tersebut amat bernilai bagi mereka yang ingin belajar dan mengenali 1MDB, mengambil pelajaran daripada bisnis orang Yahudi supaya tidak kena patuk kedua kalinya dalam lubang yang sama.

Buku tersebut telah dibahagikan kepada empat bab.

Bab pertama mencatatkan tentang Sejarah Bangsa Yahudi. Bab kedua  menekankan tentang Pusat Perniagaan Yahudi. Bab ketiga Strategi-Strategi Usahawaan Yahudi menguasai perniagaan-perniagaan yang penting dan bab terakhir Raja-Raja Perniagaan Yahudi. Fokus penulis menumpukan kepada enam tokoh besar yang banyak menyumbang kepada kelangsungan bangsa Yahudi di muka bumi dalam abad ini.

Dalam pendahuluan buku tersebut, Anton Arif Ramadan, mengungkapkan tentang wang; kekuatan dan pengaruhnya yang luar biasa. Motivasi tentang perniagaan, kepelbagaian aktiviti perniagaan menurut geografi, pengolahan komoditi dari sesebuah kawasan dijenamakan semula di kawasan yang lain melipatgandakan keuntungannya, penguasaan ekonomi global, peranan bangsa Yahudi memiliki hegemoni perniagaan penting dan sistem riba yang menguasai bank konvensional.

Dalam satu tulisannya, Anton Arif Ramadan, menukilkan dalam muka surat 78 berbunyi:

“Berdasarkan hasil penyelidikan, diungkapkan bahawa sebuah kelompok bank besar di Amerika Syarikat turut memberikan bantuan kepada empat penjahat politik kelas dunia untuk memindahkan dan mencuci dana sekitar $380 juta dengan perincian … ”  dan seterusnya  sila baca buku tersebut.

Pada keseluruhan buku: ‘Rahsia Bisnis Yahudi’, penulis telah mempersembahkan bahan kajian ilmiah terutamanya kepada pembaca yang menceburi perniagaan global. Perniagaan itu pula bukan sahaja melibatkan operasinya dalam negara tetapi yang penting apabila perniagaan tersebut merancang untuk merentas sempadan dan membina empayar di luar negara.

Tahniah kepada Anton Arif Ramadan kerana telah dapat mempersembahkan suatu penulisan terbaik untuk dikongsi maklumatnya. Semoga kebaikan-kebaikan  yang telah dinyatakan itu untuk pengetahuan umum hanya Allah s.w.t. sahaja yang akan membalasnya.

Jazakumullah Khairan Kathiran.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”