NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Sunday 7 June 2015

BELANDA, RUSIA BERPADU MALAYSIA PULA TUNGGU ARAHAN SIAPA?



Belanda, Rusia berpadu mencari dalang penembak MH17, manakala Malaysia masih menunggu arahan Amerika Syarikat untuk tindakan selanjutnya kerana dua pesawat MAS didajalkan. Sebuah terperosok di Laut Hindi dan sebuah lagi ditembak di ruang udara Ukraine

Belanda ketika berlakunya penembakan MH17 banyak mendiamkan diri tergamam kerana mereka masih mengharapkan Amerika Syarikat dan sekutu NATO akan membantu mencari penyelesaian punca-punca penembakan itu.

Kenapakah mereka ditembak?

Apakah motif modus operandinya?

Mengapakah mesti memilih pesawat MAS majoritinya  insan-insan tersayang daripada Belanda?

Tidak cukupkah menyorok MH370 kemudian diilusi-ilusikan terperosok di lautan dalan di selatan Laut Hindi?

Mungkinkah jin-jin Laut Hindi menyedut duit-duit sehingga 1MDB menjulang keuntungannya?

Begitukah?

Ketika semua pesawat  awam melalui kawasan tersebut bebas daripada penembakan tetapi mensasarkan pesawat MAS. Hebat mainan dajal.

Selepas peristiwa penembakan MH17, Belanda lebih mengikut telunjuk pihak penyiasat antarabangsa yang menyiasat punca penembakan  itu. Setelah penyiasatan selesai, laporan tidak didedahkan. Apabila diasak oleh Rusia tentang kelambatan mengeluarkan laporan siasatan MH17 baharulah dikeluarkan laporan penyiasatan tentang penembakan MH17. Rusia bersuara kerana ia adalah salah sebuah anggota yang terlibat dalam penyiasatan tersebut.

Walaupun Rusia salah sebuah anggota penyiasat tetapi ia tidak mendahului mengeluarkan kenyataan tentang penembakan tersebut berbeza dengan Amerika Syarikat, awal-awal lagi ia telah menuduh Rusia terlibat dalam penembakan itu dengan alasan, Rusia membekalkan sistem peluru berpandu BUK kepada pihak pemisah. Rusia menafikan penglibatan mereka dalam membekalkan peluru berpandu anti pesawat itu.

Mengapakah Amerika Syarikat melakukan tuduhan mendahului penyiasatan tentang penembakan MH17 itu?

Ia ada hubung kait dengan cengkaman Crimea oleh Rusia.

Kenapakah pula sikap senyap dan berdiam diri Belanda yang sebelum itu lebih kepada penyelesaian diplomasi secara rakan Eropah dan berharap Amerika Syarikat dapat menangani pembelaan-pembelaan kepada mangsa-mangsa penembakan MH17 termasuklah Malaysia turut senyap kerana Amerika Syarikat mengeluarkan kenyataan mendahului penyiasataan?

Walau bagaimanapun, MH370 terperosok di selatan lautan dalam di Laut Hindi. Hebat ‘think-tank’ persekongkolan golongan dajal.

Agak-agaknya bilakah Belanda mula berubah sikap? Secara teorinya, ia bermula apabila pegawai penyiasat Belanda yang menganggotai Jawatankuasa pasukan penyiasatan penembakan MH17 dipecat daripada menganggotai pasukan penyiasatan itu, dengan alasan mendedahkan gambar-gambar tragedi penembakan MH17 yang masih dalam penyiasatan dan laporan penuh tentang penembakan MH17 akan hanya didedahkan kepada umum pada Oktober 2015.

Hari ini, 7 Jun 2015, Ahad, ketika pertemuan pemimpin-pemimpin ( G7 ) di Jerman untuk menghadiri sidang kelompok negara-negara maju, sebelumnya dikenali dengan nama  ( G8 ) tetapi Rusia kemudian dikeluarkan.

Selepas setahun sebelas bulan, Belanda senada dengan Rusia  supaya dalang penembak MH17 dihukum.

Maka,

“Berpakatlah dengan manusia yang takut kepada Allah s.w.t. tolong jangan bersekongkol dengan dajal yang mendajal, akhirnya MH370 terperosok di lautan dalam di Laut Hindi dan jin-jin pula menyedut duit-duit sehingga 1MDB menjulang aktivitinya.”

Allahu Akhbar.








 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”