NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Wednesday 17 June 2015

MT ORKIM HARMONY MENGIRINGI DAJAL MH370



Video: Doakan Keselamatan Semua Anak Kapal – PM


Posted on June 14, 2015 by Editorial|

Kuala Lumpur – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak hari ini meluahkan rasa kecewa berhubung insiden malang yang menimpa negara sekali lagi.

Ini berikutan sebuah kapal tangki milik Malaysia yang hilang bersama 22 anak kapal yang lain.

Menerusi status beliau di laman sosial Twitter sebentar tadi, Najib turut mendoakan agar keselamatan kesemua anak kapal terjamin dan kerajaan akan memastikan supaya insiden kehilangan kapal tangki ini dapat diselesaikan dengan segera.

Katanya, kerajaan akan menyalurkan segala bantuan dalam operasi mencari.

Sementara itu Pengarah Operasi Wilayah Maritim Selatan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Pertama Maritim Ibrahim Mohamad berkata operasi mencari sebuah kapal tangki membawa petrol yang dilaporkan hilang di kedudukan 30 batu nautika timur Tanjung Sedili, Kota Tinggi pada Khamis diteruskan pagi ini meliputi kawasan pencarian seluas 20,000 kilometer persegi.

Menurutnya kawasan pencarian melibatkan Tanjung Penawar hingga ke Mersing seterusnya melangkaui sempadan perairan Malaysia dan negara jiran.

“Kapal MT ORKIM HARMONY sejenis kapal tangki yang berdaftar di Malaysia itu membawa muatan petrol RON95 anggaran 6,000 tan metrik dalam pelayaran dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan.

“Laporan kehilangan kapal telah dibuat oleh syarikat kapal tersebut Orkim Ship Management Sdn Bhd pada pukul 6.30 pagi 12 Jun lepas,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Katanya terdapat 22 kru berumur antara 20 hingga 64 tahun dalam kapal itu terdiri daripada 16 warganegara Malaysia, lima warganegara Indonesia dan seorang warganegara Myanmar.

Ibrahim berkata pihaknya turut memanjangkan maklumat berkenaan kepada pihak berkuasa Singapura iaitu Singapore Police Coast Guard (SPCG) dan juga pihak berkuasa Indonesia Badan SAR Nasional (BASARNAS) serta Badan Keamanan Laut Republik Indonesia (BAKAMLARI).

Selain itu, maklumat kehilangan kapal berkenaan turut dimaklumkan melalui Nevtext kepada kapal-kapal lain dalam pelayaran bagi membantu mengesan kapal tersebut, katanya.

“Sehingga kini belum ada sebarang maklumat penemuan MT ORKIM HARMONY. Usaha mencari dan menyelamat kapal tersebut masih diteruskan dan pemantauan juga dilaksana oleh aset-aset APMM di perairan Sabah dan Sarawak,” katanya.

Sebaik menerima laporan kehilangan tersebut, APMM Wilayah Maritim Selatan telah melancarkan operasi pencarian melibatkan sebuah helikopter, tigakapal dan bot selain turut mendapat bantuan dua buah kapal Tentera Laut Diraja Malaysia.









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”