NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Wednesday 24 June 2015

SEMANGAT BADAR



Saya berhasrat menulis artikel dengan tajuk ‘Semangat Badar’. Walau bagaimanapun, setelah saya melayari sesawang terdapat pautan-pautan berkaitan tajuk tersebut. Sebagai semangat bersama untuk menjulang martabat umat dikemukakan artikel berikut untuk tatapan bersama: ‘Semangat Badar - Suara Mahasiswa Suara Keramat. Terima kasih kepada Zhuliana bte Ambok Dalek telah menulis mengenai tajuk di atas.

Sebenarnya perjuangan untuk menegakkan Islam tidak akan lekan ditelan zaman sebab itu  kerap diperingatkan kepada golongan dajal dan berkomplot melakukan kefasadan-kefasadan  di muka bumi supaya tidak berkelakuan sumbang terutamanya Amerika Syarikat jangan menggangu privasi orang lain.

Tolong jangan menyedut duit-duit amanah bangsa kerana jika anak-anak bangsa bangkit sukar untuk dihentikan sebagaimana pejuang-pejuang Daulah Islamiyah yang suatu ketika dahulu diperas ugut oleh Amerika Syarikat telah bangkit menjulang umat ini. Mereka adalah ibarat bah yang sukar untuk dihentikan.

Mereka bangkit kerana keyakinan kepada Allah s.w.t., hasil penderitaan kerana dirampas tanah air mereka, hasil mahsul dibawa lari, pemain-pemain import dihantar di kawasan mereka, sanak saudara adik beradik di bom mati dibunuh, dipenjarakan dan diperangkap untuk didajalkan.

Maka, apabila mereka golongan dajal telah diperingatkan tetapi berterusan melakukan kedajalan, apabila jatuh hukum makan tiada ampunan bagimu lagi.

Allahu Akhbar.


-------------------


Semangat Badar - Suara Mahasiswa Suara Keramat
August 6, 2011 at 6:53pm

Peristiwa Badar Al-Kubra, yang merupakan peperangan pertama bagi umat Islam. Tanggal 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah adalah satu peristiwa yang cukup penting kerana peristiwa tersebut menjadi penentu sama ada yang hak akan berada di atas kebatilan atau yang batil akan berada di atas yang hak.

Antara semangat Badar yang perlu kita contohi selaku golongan pemuda ialah dua orang tentera Badar Kubra yang dikenali sebagai Muaz Bin Amru r.a (14 tahun) dan Muawwidz bin Afra' r.a (13 tahun). Mereka merupakan yang terlalu muda di kalangan mujahiddin Badar Kubra ketika itu sudahpun mempunyai jiwa juang yang tinggi. Keduanya memiliki semangat yang kental dan bergegas menyertai kaum muslimin yang berangkat menuju ke Lembah Badar.

Meskipun usia mereka yang masih muda belia, tetapi cita-cita mereka jauh lebih hebat dan lebih besar daripada cita-cita pemuda yang lain, terutamanya jika dibandingkan dengan pemuda dizaman sekarang.

Telah berkata Abdul Rahman Bin Auf r.a: "Pada Perang Badar, aku berada ditengah-tengah barisan para mujahiddin, ketika aku menoleh, ternyata di sebelah kanan dan kiriku adalah dua orang anak muda belia, seolah-olah aku tidak mampu menjamin mereka akan selamat dalam keadaan itu"

Salah seorang anak muda itu bertanyakan kepada Abdul Rahman Bin Auf r.a:

"Wahai pakcik, manakah yang bernama Abu Jahal?" Soalan yang ditujukan kepada Abdul Rahman Bin Auf r.a  itu ialah Muaz Bin Amru r.a. Muaz Bin Amru r.a berasal dari kalangan Ansar dan anak muda ini tidak pernah sama sekali melihat Abu Jahal sebelum itu.

Abdul Rahman Bin Auf r.a berkata kepada anak muda tersebut:

 "Wahai anak saudaraku, apa yang hendak kamu lakukan terhadapnya (Abu Jahal)?"

Lalu berkata Muaz Bin Amru r.a:

"Aku mendapat khabar berita bahawa Abu Jahal adalah orang yang pernah mencaci-maki Rasulullah s.a.w. Jika aku melihat Abu Jahal, mata aku tidak akan berkedip memandang matanya hingga salah seorang diantara kami dahulu tewas  (gugur)"

Abdul Rahman Bin Auf r.a merasa takjub dengan semangat yang dilontarkan oleh anak muda tersebut.

Diceritakan oleh Muaz Bin Amru r.a:

"Aku melihat Abu Jahal (ketika berperang) dalam satu kepungan, maka aku pahatkan cita-cita untuk mendapatkan Abu Jahal, apabila ruang terbuka, segera aku menyerbu dan melibasnya dengan satu libasan yang memutuskan separuh betisnya".

Tentunya taruhannya itu ditebus dengan darah kerana pohon kejayaan dan kemuliaan tidak akan tumbuh berkembang selain darah-darah para mujahiddin dan syuhada.

Berkata Muaz Bin Amru r.a.:

"Ketika itu, anak Abu Jahal iaitu Ikrimah menetakku di bahagian bahu sehingga terputus sebelah tanganku, lalu tanganku berjuntaian dengan kulit disisiku, aku tidak menghiraukan apa yang terjadi dan meneruskan berperang.

 "Tatkala semakin sukar pergerakanku, maka aku letakkan kakiku di atas tanganku (yang hampir putus), kemudian aku menginjakkannya dengan kaki, lalu menariknya hingga tanganku terputus".

Demikian semangat Badar yang perlu kita tauladani dan menjadikan satu semangat dalam memperjuangkan hak mahasiswa. Perang Badar yang dikenali  sebagai peristiwa penting yang menjadi penentu tertegaknya atau jatuhnya Islam dan juga menentukan sama ada yang hak atau yang batil akan meraih kemenangan.

Oleh itu, tanamkan semangat Badar dalam diri kalian supaya dapat meleburkan  jiwa-jiwa durjana yang ada di Bumi Allah ini. Yakin janji Allah dan nusroh Allah. Hadapi tribulasi dengan tenang tetapi bukan tenang dengan tidak berbuat apa-apa. Ingat! tribulasi yang kalian sedang hadapi di Bumi Mesir bukan satu rekaan semata!

Saidina Ali Karamallahu Wajha pernah menukilkan:

"Kebenaran yang tidak bersistematik akan dikalahkan dengan kebatilan yang bersistematik"

Maka jelas disini, terang lagi bersuluh, strategi itu penting, sepertimana tauladan yang dapat di rakam dalam peristiwa perang Badar adalah bertitik tolak daripada terhasilnya musyawarah di antara Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Kesan daripada tindakan tersebut, terbukti keimanan para sahabat yang telah menyatakan iltizam mereka untuk bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w. Walaupun menyedari bahaya yang menanti, namun dek ketenangan iman yang ada, mereka terus mara ke medan perjuangan.

Adakah kita tidak mahu menjadi seperti Muaz Bin Amru r.a?. Ayuh sahabat, sempena Ramadhan bulan jihad ini, kita realisasikan semangat Badar. Kita tampilkan roh-roh jihad yang ada dalam diri kita.Paling minimum sumbangkan diri kalian dalam istiqomah membaca doa qunut Nazilah.

Firman Allah swt yang bermaksud :


 A200


"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." [ Al-Quran, surah Ali-Imran ayat 200 ]

5 elemen kritikal dan problematik yang sedia terhidang bagi meneruskan survival seorang pejuang kebenaran :


1 - Orang mukmin yang dengki kepadanya
2 - Orang munafik yang membencinya
3 - Orang kafir yang mahu memeranginya
4 - Syaitan yang hendak menyesatkannya
5 - Nafsu yang sentiasa bertarung dengannya


Justeru itu, seorang mahasiswa yang dilabel sebagai faktor sokongan atau sekunder haruslah melaksanakan  tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh, berkorban, dan serius selaku seorang yang berjiwa intelektual. Lawan tetap lawan. Suara mahasiswa, suara keramat.





















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”