NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Thursday 11 June 2015

AHLI POLITIK TIDAK WAJAR BERADA DALAM LEMBAGA PENGARAH



Ahli politik tidak wajar berada dalam lembaga pengarah

12 Mei 2015 1:41 AM

KUALA LUMPUR 11 Mei – Ahli politik tidak wajar memegang sebarang jawatan di dalam lembaga pengarah sesebuah syarikat terutama syarikat senaraian awam (PLC) bagi mengelak wujudnya percanggahan kepentingan.
  
LYA RAHMAN menyampaikan ucapan sewaktu menjadi panel dalam Persidangan Tadbir Urus: Keseimbangan Antara Amalan dan Peraturan di Kuala Lumpur, semalam.
Pengarah Urusan Perkhidmatan Korporat Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Berhad (MSWG), Lya Rahman berkata, penyertaan ahli politik dalam lembaga pengarah syarikat boleh menimbulkan kebimbangan kerana kedudukan mereka secara tidak langsung dikhuatiri mempengaruhi keputusan dibuat oleh lembaga pengarah.

“Kami melihat ahli politik yang masih memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Menteri Besar tidak perlu dilantik untuk memegang jawatan dalam mana-mana kerusi lembaga pengarah.
  
“Ini bukan sahaja akan mewujudkan situasi percanggahan konflik kepentingan atau mendominasi keputusan Pengerusi tetapi turut melibatkan soal pengurusan masa,” katanya ketika ditemui selepas menjadi ahli panel pada persidangan ‘Tadbir Urus: Kese­imbangan Antara Amalan dan Peraturan’ di sini hari ini.

Pada sesi itu, Ketua Dasar Asia Pasifik, Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA), Chiew Chun Wee bertindak sebagai moderator dan turut disertai Ketua Undang-undang, Pematuhan dan Setiausaha Syarikat, Telekom Malaysia Berhad, Idrus Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif Aberdeen Asset Management, Gerald Ambrose dan Ketua Perunding Risiko KPMG Malaysia, Lee Min On.
  
Bagaimanapun, menurut Lya, perkara itu tidak menjadi masalah sekiranya ahli politik yang dilantik dalam lembaga pengarah sudah bersara daripada karier politik mereka.

“Ini juga sama seperti penjawat awam yang telah bersara dan dilantik memegang kerusi lembaga pengarah dengan bersandarkan kepada kelayakan yang mereka ada,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Malaysia masih memerlukan lebih masa untuk memberi peluang kepada golongan wanita berada di peringkat pengurusan tertinggi.

Berdasarkan Laporan Tadbir Urus Korporat Malaysia-ASEAN 2014 yang dikendalikan MSWG, ketika ini hanya terdapat 11.7 peratus wanita memegang jawatan di kelompok pembuat dasar dan jumlah itu masih jauh daripada sasaran 30 peratus yang perlu dicapai pada tahun depan.

Bagaimanapun, Lya meminta supaya PLC mengambil kira keupayaan golongan wanita untuk berada dalam kerusi lembaga pengarah dan bukan membuat pelantikan tersebut berasaskan merit semata-mata untuk mencapai sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Sebenarnya, adalah penting untuk melahirkan lebih ramai wanita yang berkebolehan untuk berada dalam lembaga pengarah dan bukan sekadar meletakkan satu angka untuk dicapai dalam tempoh masa tertentu,” katanya.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”