NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Wednesday 24 June 2015

JANGAN CAMPUR HAL POLITIK, KATA NAZRI PADA TENGKU MAHKOTA JOHOR



Video: Jangan Campur Hal Politik, Kata Nazri Pada Tengku Mahkota Johor
Posted on June 13, 2015 by Editorial|

Nazri Aziz

Kuala Lumpur – Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz membidas kenyataan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sambil memintanya agar tidak campur tangan dalam urusan politik negara.

Menurut Nazri tindakan anakanda Sultan Johor itu yang mengeluarkan kenyataan berhubung isu-isu politik negara akan menyebabkan beliau dikecam.

“Saya rasa beliau harus menjauhkan diri daripada politik. Jika tidak, beliau juga akan dapat benda yang sama. Kita akan whack (belasah) dia.

“Raja-raja dan keluarga diraja ini berada di atas undang-undang. Kalau dia (Tunku Ismail) mahu menjadi ahli politik, jadi dia perlu beritahu. Kemudian kita boleh menjawab balik.

“Kamu memegang jawatan penting di negeri… kalau kerajaan “belasah” kamu balik, jangan marah,” katanya dalam sidang media di Universiti Malaya hari ini.

Nazri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tunku Ismail awal bulan ini berhubung ketidakhadiran Najib dalam program dialog Nothing2Hide.

Tunku Ismail pada 5 Jun lalu berkata, orang yang ingin menyembunyikan segala-galanya tentu sekali tidak akan muncul dipercayai merujuk kepada tindakan Perdana Menteri untuk tidak hadir dalam sesi dialog dengan NGO di Kuala Lumpur atas alasan keselamatan.

Kenyataan itu mengejutkan banyak pihak dan dikongsi meluas di Internet, terutamanya di media sosial.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”