NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Monday 29 June 2015

PENCEROBOHAN KE ATAS MAHKAMAH SYARIAH



Pencerobohan ke atas mahkamah syariah

OLEH MAISARAH SHEIKH RAHIM (PENGARANG@UTUSAN.COM.MY)  |  11 November 2014 2:11 AM

Datuk Seri Jamil Khir Baharom Datuk
Jamil Khir Baharom

KUALA LUMPUR 10 Nov. - Perbicaraan kes berkaitan Enakmen Jenayah Syariah di mahkamah sivil dilihat sebagai satu usaha pencerobohan terancang terhadap mahkamah syariah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) berkata, dalam konteks itu, langkah untuk memperkasakan mahkamah syariah perlu dipergiatkan agar cubaan untuk mengheret isu-isu agama ke mahkamah sivil tidak berulang.

“Kita lihat sejak akhir-akhir ini ada usaha untuk mengheret isu-isu agama untuk dibawa ke mahkamah sivil yang sepatutnya hal-hal agama diselesaikan dan dibincangkan di mahkamah syariah.

“Kita juga berpandangan bahawa ada usaha pencerobohan terancang terhadap mahkamah syariah, namun kerajaan akan sentiasa mempertahankan dalam apa keadaan sekalipun demi kepenti­ngan mahkamah syariah termasuk produk-produk berkaitan Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Muzakarah Penasihat Syariah Kewa­ngan Islam 2014 di sini hari ini.

Dua hari lalu, Hakim Datuk Mohd. Hishamudin Mohd. Yunus yang mengetuai panel tiga hakim Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan yang memperuntukkan hukuman terhadap golongan lelaki Islam berpakaian wanita di tempat awam adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Berikutan itu, pelbagai pihak tampil menyatakan pandangan termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan keputusan mahkamah tersebut itu sebagai mengejutkan dan luar biasa.

Bagaimanapun kata Muhyiddin, keputusan itu perlu dihormati dan terserah kepada Peguam Negara, majlis agama Islam dan jabatan agama Islam negeri untuk mengambil tindakan selanjutnya.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”