NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Saturday 27 June 2015

UGUT ‘BELASAH’: RAKYAT JOHOR BANGKIT PERTAHAN TMJ



Ugut ‘Belasah’: Rakyat Johor Bangkit Pertahan TMJ


Posted on June 14, 2015 by Editorial|

Nazri_Aziz

Ketua Pemuda MIC Johor, S Deva menggesa Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dikenakan tindakan disiplin kerana menggertak untuk “belasah” Putera Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang mengkritik politik negara.

Beliau berkata, pihaknya bimbang budaya biadap itu akan menular di kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang lain jika tiada tindakan tegas diambil.

Katanya, Nazri sepatutnya menunjukkan contoh ikutan yang baik kepada rakyat supaya menghormati institusi diraja dan bukannya bertindak seperti ketua kumpulan kongsi gelap dengan mengeluarkan kata-kata ugutan kepada Tunku Ismail.

“Pemuda MIC Johor mahu kepimpinan BN Pusat mengenakan tindakan disiplin kepada Datuk Seri Nazri.

“Ini selari dengan semangat BN yang sentiasa mendokong prinsip Rukun Negara yang salah satu daripadanya adalah Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.

“Pemuda MIC bimbang, sekiranya tiada tindakan diambil terhadap kebiadapan Datuk Seri Nazri ini, budaya menghina dan bersikap biadap terhadap Institusi Diraja di Malaysia akan menular di kalangan para pemimpin BN,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, Nazri juga perlu dipecat daripada jawatan Kabinet kerana gagal dalam program Tahun Melawat Malaysia tahun lalu apabila hanya mampu mencatat kemasukan pelancong sebanyak 27.4 juta pelancong sedangkan sasarannya adalah sebanyak 28 juta pelancong.

“Ini pun sudah jelas membuktikan beliau gagal menguruskan kementeriannya dengan baik.

“Negara kita memerlukan pemimpin yang bijak serta mampu mengurus tadbir dengan baik dan bukannya hanya tahu bercakap seperti nyaringnya ‘tin kosong’,” katanya.

Katanya, Nazri perlu menarik balik kenyataan biadapnya itu dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Tunku Ismail dengan segera.

Katanya, sikap Nazri itu membuatkan imej perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak terus tercalar.

“Pemuda MIC Johor berikrar akan sentiasa berdiri teguh di belakang Institusi Diraja Johor dan tidak akan membenarkannya dihina dan dicaci seperti apa yang dilakukan Datuk Seri Nazri Aziz pada hari ini.

“Kami semua adalah anak Johor dan ingatlah hanya Johor yang mengenali Johor,” katanya.

Sementara itu laman Facebook pasukan bola sepak Johor tampil mempertahankan Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Dalam posting Facebook hari ini, pasukan itu memetik empat orang rakyat Johor dari pelbagai kaum memberitahu Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz untuk menarik balik kritikan terhadap putera sultan itu.

Mohd Fadzli Roy Jamil dipetik sebagai menyatakan bahawa Nazri tidak mempunyai hak untuk menghalang putera itu bercakap apa yang beliau fikirkan walaupun dalam hal politik.

Tema yang sama telah diulang sebut oleh tiga individu yang lain.

Laman Facebook pasukan bola sepak Johor sering dilihat sebagai jurucakap rasmi bagi putera raja itu, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Johor.

Nazri semalam memberi amaran kepada Tunku Ismail supaya menjauhi politik jika tidak mahu “dibelasah” apabila mengkritik Najib yang tidak muncul dalam program “Nothing To Hide” bersama bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu.

Tunku Ismail pada 5 Jun lalu memuat naik status di laman Facebook ‘Johor Southern Tigers’ membidas Najib tidak muncul di khalayak umum menjawab persoalan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana mahu menyembunyikan banyak perkara.


Komen itu dimuat naik baginda beberapa jam selepas forum yang dianjurkan SukaGuam itu dibatalkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar atas faktor keselamatan.‎







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”