NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Tuesday 23 June 2015

PARLIMEN DISERANG BERSEKUTU DENGAN AMERIKA SYARIKAT



Pejuang Taliban mula menyerang Parlimen Afghan, antara sasaran-sasaran yang boleh mendatangkan impak igauan kepada mereka yang telah ditetapkan. Susulan daripada penyerangan itu pejuang-pejuang Taliban dilihat sedang mempertingkatkan keupayaan mereka bukan sahaja menembusi kawasan-kawasan dikawal ketat kerana faktor keselamatan tetapi yang amat penting telah menyerang bangunan Parlimen ketika Yang Berhormat Yang Berhormat sedang khusyuk membincangkan tentang kepentingan negara bangsa. Serangan itu disasarkan kepada individu-individu yang bersumpah setia bersekongkol dengan kedajalan Amerika Syarikat tetapi tempiasnya juga turut mengenai individu-individu yang berhampiran termasuk mereka yang berada di ‘far far away’ terhidu oleh bahang-bahangnya kerana dibisik-bisik oleh kedajalan.

Pemain-pemain import ditatang dan pemain-pemain watan dibuang, tolong jangan lakukan kerana MAS memiliki aset yang banyak.

Mana-mana individu yang bersekongkol dengan Amerika Syarikat mendajal membunuh manusia tidak berdosa maka akan bangkit dari kalangan mereka insan-insan yang tidak takut kepada kematian, maka adalah diperingatkan supaya jangan bersekongkol dengan golongan dajal memperosokkan MH370 di selatan laut dalam di Laut Hindi.

Tolong bebaskan MH370.

Tolong selesaikan MH17.

Tolong jangan meniru-niru kelakuan dajal sama ada berkaitan kem tentera dirompak dalam tempoh 5 minit, atau Pengganasan Lahad Datu membunuh prajurit negara, atau ATM digodam wang tunai RM30 juta disedut memasuki karung ajaib, atau penculikan nenek tua, atau IS-IS dicekup sedang berjoging menuju Gunung Nuang dan MT Orkim Harmony halimunan dikaburi zaman.

Tolong menjadi manusia ikhlas kepada Allah s.w.t. terutamanya ketika berada dalam bulan yang diberkati ini. Jangan sampai manusia cerdik disumpah menjadi dungu-dungu.

Salam Ramadan al-Mubarak.


-------------------


Taliban serang Parlimen Afghan
Semua suspek ditembak mati, ahli Parlimen selamat

23 Jun 2015 12:24 AM

Anggota keselamatan, memeriksa mayat anggota militan Taliban yang ditembak mati selepas menyerang bangunan Parlimen Afghanistan, sementara (gambar atas) memaparkan suasana dalam Dewan Parlimen yang diselubungi asap sejurus serangan dilancarkan di Kabul, semalam. REUTERS

KABUL 22 Jun - Seorang wanita dan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun maut apabila tujuh anggota militan Taliban, menyerang bangunan Parlimen Afghanistan hari ini, sehingga mengakibatkan ahli Parlimen bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Insiden tersebut turut disiarkan secara langsung, menunjukkan keadaan huru-hara ketika kejadian berlaku.

Bagaimanapun, semua suspek berjaya dibunuh pihak berkuasa.

Laman web International Bussiness Times melaporkan, semua anggota militan termasuk seorang pengebom berani mati maut dalam serangan itu yang turut mengakibatkan sekurang-kurangnya 31 orang awam cedera.

Serangan bermula apabila pengebom berani mati yang menaiki sebuah kereta, merempuh pintu pagar bangunan Parlimen.

Baki enam lagi anggota militan yang berada di dalam sebuah bangunan berhampiran Parlimen, dibunuh selepas berbalas tembakan selama hampir dua jam dengan pasukan keselamatan.

Menurut sumber, serangan dilancarkan ketika Presiden, Mohammad Ashraf Ghani memperkenalkan calon untuk jawatan Menteri Pertahanan kepada anggota Parlimen.

“Serangan ini jelas menunjukkan bagaimana pasukan perisik dan jabatan keselamatan gagal melaksanakan tugas dengan berkesan,” kata anggota Parlimen, Farhad Sediqi.

Menurut sumber, serangan merupakan sebahagian daripada tindakan ganas Taliban yang dikenali sebagai ‘peperangan mengejut’, ketika kumpulan militan itu terus mengorak langkah menawan beberapa kawasan di utara negara ini seperti di daerah Dasht-e-Archi dan Chardara.

Ketua Polis Kabul, Ebadullah Karimi berkata, Senator dan anggota Dewan Negara selamat daripada serangan tersebut. – AFP/AGENSI

















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”