NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Friday 12 June 2015

ILUSI-ILUSI KEDUNGUAN BERSAMA MH370



Pejuang-pejuang Daulah Islamiyah pernah mengingatkan dan memberi pesanan supaya jangan mendajal dan bersekutu dengan kesyirikan.


Manusia jika terlebih cerdik akan mendungu diri mereka sendiri kerana kedajalan mendahului kebenaran khayalan-khayalan, ilusi-ilusi, ucapan-ucapan, tindakan-tindakan dan perlakuan kesyaitanan merentasi sempadan untuk mengaut harta benda milik orang lain yang tidak dibenarkan dimiliki oleh dirinya.

Walau bagaimanapun golongan dajal tidak memikirkan tentang halal haram tentang sesuatu perkara sama ada; hartanah-hartanah, aset-aset atau apa juga yang boleh dinisbahkan sebagai sesuatu barangan yang mempunyai nilai kerana bagi mereka sapu ambil.

Pejuang-pejuang Daulah Islamiyah pernah mengingatkan dan memberi pesanan supaya jangan mendajal dan bersekutu dengan kesyirikan.

Maka terimalah hukum-hukum yang wajar diterima kerana senentiasa mendendang lagukan irama-irama keiblisan untuk merampas harta-harta milik orang lain.

Manusia-manusia yang membisik-bisik tentang penipuan itu selayaknya digelar dengan gelaran-gelaran yang menghinakan.

Dalam teori kedajalan, apabila sesuatu percubaan tidak berkesan untuk tujuan penipuan akan dicubanya lagi dengan kaedah-kaedah yang lain pula bagi tujuan mendungu-dungu dirinya sendiri. Teori-teori yang tidak berpaksikan kewarasan benar wajar dinyatakan dengan bisikan-bisikan:

“Kapal terbang diangkut ke lautan dalam di selatan Laut Hindi terperosok dicelah-celah kedajalan kerana terjunam menegak 90 darjah bersama ilusi-ilusi kehidupan supaya difikirkan oleh golongan dungu-dungu ia adalah suatu kebenaran atau MH370 berpusing-pusing seperti gasing lalu menjunam dan mendarat dicelah-celah kehidupan mendajal.”

Hukuman-hukum adalah layak bagi mereka yang bersekutu bersama dajal.

Tolonglah menjadi manusia yang diingati sepanjang zaman.

Allahu Akhbar.


---------------------------


Pesawat MH370 menjunam secara menegak?


12 Jun 2015 12:35 AM

Penyelidik percaya MH370 menjunam ke dalam Lautan Hindi secara menegak dari bahagian kepala yang membuatkan jet itu kekal utuh tanpa mengakibatkan sebarang serpihan. AGENSI

DOHA 11 Jun – Teori terbaharu mendedahkan bahawa juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang secara misteri sejak Mac tahun lalu, dipercayai bertindak menjunamkan kapal terbang itu secara menegak ke dalam laut bagi memastikan pengangkutan itu selamat.

Teori terbaharu oleh sepasukan ahli matematik itu merumuskan bahawa, jet Boeing 777 yang membawa 239 penumpang tersebut dijunamkan ke dalam air pada sudut 90 darjah selepas menganalisis beberapa siri simulasi komputer.

Menurut mereka, hanya dengan cara itu, pesawat berkenaan berada dalam keadaan kekal utuh, sekali gus menjelaskan mengapa tiada serpihan, mahupun minyak dari jet itu ditemukan sejak kehilangannya lebih setahun lalu.

Ahli matematik, Goong Chen yang mengetuai pasukan penyelidikan itu berkata, saat-saat akhir sebenar MH370 kemungkinan besar akan terus menjadi misteri sehingga satu hari nanti apabila kotak hitam jet tersebut ditemukan dan maklumat yang terkandung di dalam kotak terbabit dibongkar.

“Ahli forensik turut memberi sokongan yang kuat bahawa pesawat itu menjunam ke dalam laut secara menegak,’’ katanya, sebagaimana dilaporkan portal Mail Online.

Penyelidik dilapor menggunakan sebuah komputer besar bagi menguji lima senario pendaratan termasuk meluncur di dalam air, sepertimana yang dilakukan oleh Kapten Chesley Sullenberger apabila beliau mendaratkan jet US Airways dengan selamat di Sungai Hudson dalam satu peristiwa yang dikenali sebagai ‘keajaiban Hudson’.

Bagaimanapun, senario itu ditolak kerana MH370 secara umum akan mengakibatkan ombak besar setinggi beberapa meter yang secara mudah memusnahkan jet itu, sekali gus meninggalkan serpihan.

Pasukan penyelidik dari Universiti Texas A&M di Qatar itu berkata, senario yang mungkin paling munasabah adalah kemasukan ke dalam air secara menegak atau curam kerana cara berkenaan akan mengakibatkan kurangnya rintangan, sama seperti cara seorang penerjun memasuki air dengan percikan air yang sedikit.

Senario itu membolehkan jet terbabit kekal sempurna sebelum tenggelam di dasar Lautan Hindi.

Teori itu didedahkan seminggu selepas harapan keluarga penumpang pesawat MH370 untuk menemukan pesawat itu berkecai setelah pihak berkuasa mengumumkan bahawa mereka hampir putus asa dalam mencari jet tersebut.

Pakar penyelamat berkata, operasi mencari itu tidak akan dilanjutkan di luar zon pencarian semasa di selatan Lautan Hindi, walaupun mereka sebelum ini berjanji akan berbuat demikian.










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”