Dajal masih lagi melakukan aksi-aksi mereka bukan sahaja melari MH370
dan menembak MH17, merompak kem tentera dalam tempoh 5 minit
melarikan pelbagai senjata selori, menculik dan kini merompak ATM
dipelbagai bank atas nama penggodaman dengan menggunakan virus yang
mengetahui kod-kodnya kerana ia suatu perjudian yang hadir
‘perunding-perunding kewangan’ bersedia mengorek-gorek wang-wang
yang boleh dikorek sehingga licin sebagaimana seorang lelaki berambut dan berjanggut apabila mencukur kepala dan janggutnya licin
bersinar-sinar kepalanya dan menjadi remaja wajahnya. Nasib baik
ATM-ATM itu hanya boleh menanggung ratusan ribu duit-duit tunai, jika
ia boleh menyedut wang-wang tunai daripada peti-peti besi itu nescaya
disedutnya semua wang-wang tunai itu seperti puting beliung menyedut
mangsa-mangsa yang berhampiran dengannya.
Kini berligar-ligar difikiran; adakah peristiwa penggodaman ATM-ATM
itu ada kaitan dengan pecah masuk mesin-mesin ATM itu? Ataukah
penggodaman itu sama dengan pecah masuk? Ataukah penggodaman itu
angkara virus dan pecah masuk itu angkara manusia? Ataukah kedua-dua
istilah tersebut adalah sama? Barangkali, kerana virus diaktifkan
oleh manusia. Sama seperti Ebola diaktifkan sebelum pencerobohan
Israel ke atas Gaza, Palestin.
Ataukah peristiwa-peristiwa menggodam mesin ATM-ATM itu ada
petunjuk tentang sesuatu maksud?
Mungkinkah Kondusif ekonomi tergugat, maka cetakan-cetakan wang-wang
tunai baru perlu disegerakan kerana cetakan nombor-nombor wang tunai di
ATM-ATM ditutup oleh virus, kaburlah nombor-nombor itu?
Hebat dajal-dajal itu.
Para dajal tidak nampak duit-duit hitam, kerana duduk di kawasan
gelap. Jika mereka nampak pun telah difaraid-faraidkan. Nampaknya,
hebat juga komplot dajal-dajal yang boleh menghilangkan duit tanpa
dikesan tetapi jangan berkomplot dengan melarikan pesawat MH370 dan
menembak hancur pesawat MH17, kerana kisah MH-MH itu diketahui oleh
orang yang mengetahui ceritanya, cumanya belum didedahkan lagi. Bila
tiba masanya, akan terdedah juga sebagaimana penzina-zina betina akan
buncit perutnya kemudian pelaku-pelakunya akan didedahkan.
Ataukah berlaku suatu pembersihan bagi menyatakan bahawa kewangan
telah digodam dengan jumlah-jumlah yang boleh dinyatakan dengan
angka-angka, barangkali dajal-dajal akan mengira-gira seperti
berikut:-
Angka asal Angka tambahan disahkan.
RM1 RM10
RM10 RM100
RM100 RM1000
RM1000 RM10000
RM10000 RM100000
RM100000 RM1000000
RM1000000 RM10000000
RM10000000 RM100000000
RM100000000 RM1000000000
RM1000000000 RM10000000000
Dan boleh ditulis angka-angka seterusnya. Dajal-dajal jangan terlebih
tulis angka-angka itu, nanti insan mulia berkata: tak logik.
Persoalannya, mengapakah modus operandinya berlaku dalam keadaan
individu-individu sebelah-menyebelah ATM-ATM mengeluarkan wang-wang
gaji dan simpanan mereka dilakukan pada siang hari? Individu-indivudu
yang melihat dajal-dajal itu terbelalak mata mereka melihat wang-wang tunai
mencurah-curah keluar seperti air hujan turun dari langit mengalir ke
dalam sungai memenuhi ampangan sama seperti ATM-ATM dikorek habis
oleh dajal-dajal itu?
Agak-agaknya dajal-dajal itu membawa
karung-karungkah atau beg-begkah?
Ada beberapa persoalan wajar diberi perhatian untuk percambahan
minda, antaranya:-
- Perompak ATM hanya memilih melakukannya beberapa buah mesin ATM-ATM terpilih dalam tempoh beberapa hari, semasa orang ramai tidak berurusan dengan ATM-ATM itu. Perompak-perompak ATM-ATM itu adalah golongan-golongan profesional yang mengetahui kod-kod virus berkaitan yang memamah duit-duit itu.
- Kod-kot ATM-ATM yang sedia ada itu memberi isyarat bahawa sama ada penggunaannya masih relevan atau tidak, atau virus-virus itu khusus menculik memberitahu supaya lakukan perubahan sempena penyusunan bank-bank dan bajet 2015, untuk rancangan masa hadapan.
- Siapakah sebenarnya dajal-dajal itu? Suka diulangi, jika tragedi MH17 dan MH370 ada dajalnya tetapi belum disabitkan kerana masih dikabur-kaburkan. Barangkali juga dajal-dajal menggodam ATM-ATM itu belajar dari pengalaman MH-MH, pengganasan Lahad Datu, penculikan-penculikan, dan rampasan kem tentera membawa lari senjata selori dalam tempoh 5 minit. Itu adalah dajal-dajal yang memberi masalah kepada kehidupan harmoni di negara ini, kerana dajal dan dajal bersekongkol.
No comments:
Post a Comment