Remaja-remaja
Hong Kong mula membanjiri jalan-jalan kota rayanya bagi menyatakan
kebersamaan mereka dengan peguam-peguam dan golongan-golongan dewasa
yang pernah melakukan aksi demontrasi di tepi-tepi jalan laluan pejalan kaki
sampai di hadapan pejabat pentadbir Hong Kong. Memandangkan desakan,
asakan dan keluhan-keluhan golongan-golongan dewasa itu tidak
mendapat sambutan dan dipandang hambar, tidak dikisahkan oleh pihak
pentadbir Hong Kong kerana polisi-polisi dan dasar-dasar pentadbiran
Hong Kong terikat dengan pihak pusat di Tanah Besar China. Maka
golongan dewasa pun kecewa.
Telah menjadi polisi bahawa negeri-negeri dalam persekutuan China terikat dengan polisi-polisi kerajaan pusat yang mereka telah fahami kerana penyelarasan pentadbirannya melalui arahan pusat.
Telah menjadi polisi bahawa negeri-negeri dalam persekutuan China terikat dengan polisi-polisi kerajaan pusat yang mereka telah fahami kerana penyelarasan pentadbirannya melalui arahan pusat.
Walau
bagaimanapun kekecewaan mereka itu terubat apabila remaja-remaja Hong
Kong itu atas nama pelajar-pelajar turun ke lapangan mula berhimpun.
Walaupun jumlah pelajar-pelajar itu pada asalnya sedikit,
memandangkan pihak pentadbir Hong Kong bersifat demokrasi membiarkan
sahaja pelajar-pelajar itu meluahkan pandangan mereka sebagai
pelajar-pelajar yang sedang meningkat kematangannya. Bilangan sedikit
itu sehari ke sehari semakin bertambah.
Berbondong-bondongnya
ahli-ahli perhimpunan itu adalah adat kerana ada sesuatu yang
diperhatikan. Jangankan budak-budak muda, kanak-kanak pun apabila
melihat sesuatu perhimpunan ia akan bergegas kearah tersebut kerana
seronok adanya perkumpulan-perkumpulan itu. Kalau dapat ia berusaha
berada di hadapan sekali. Itulah perhimpunan. Sebaliknya golongan
dewasa suka menyorok-nyorok di belakang. Kalau boleh dibelakang
sekali sambil bersembang, makan minum dan menghisap rokok
Melalui
kebebasan demokrasi itu, golongan dewasa pula beraksi di belakang
mereka yang pernah terasa kecewa kerana bantahan mereka beberapa
minggu yang lalu tidak mendapat respons daripada pihak eksekutif Hong
Kong. Budak-budak muda pula bila dibisik-bisikkan maka akan mudahlah
darah mudanya bangkit, bertindak balas, aktif pergerakannya.
Pemuda-pemuda
yang sedikit itu, kini bertambah ramai seperti ada satu gerakan pendesak
yang berada dibelakang mereka, mendepankan remaja-remaja itu
dibarisan hadapan bagi menghadapi dan menunjukkan tidak bersetuju
dengan polisi-polisi yang dibuat oleh penguatkuasa-penguatkuasa dari
tanah besar.
Pulau
Hong Kong yang dahulunya harmonis, aman dengan kegiatan-kegiatan
perekonomiannya, kini mula mengubah aktiviti-aktiviti kehidupan
remaja-remajanya atas nama pelajar-pelajar berkampung di jalanan di
jantung kota metropolitan Hong Kong, dan melumpuhkan kota itu. Kini kota itu koma.
Sebagai
tanda sokongan kepada pelajar-pelajar itu, maka, mantan pentadbir
yang pernah mengawal Hong Kong beratus tahun, British menyuarakan
ketidakselesaan mereka dengan dasar-dasar yang diselia dan
diperkenalkan oleh tanah besar. Negara-negara yang turut menunjukkan
simpatinya; Amerika Syarikat, Taiwan dan negara–negara Eropah atas
nama EU - Kesatuan Eropah.
Ibarat
seorang peniaga atau peminjam barangan, apabila ia telah menjual dan
menyerahkan balik barang-barang yang telah dipinjam itu maka tidak
berbangkit lagi tentang peraturan, polisi pembelian dan penyerahannya
kerana ia telah menjadi hak mutlak, milik sempurn pemegang barangan
itu. Tak perlu lagi penjual dan peminjam mengungkit semula tentang
barangan yang telah dijual atau diserah balik itu.
Jika
berhasrat juga, menyokong pelajar-pelajar itu maka Hong Kong
menjanjikan suatu medan pertempuran baru untuk pihak-pihak
keselamatan dan pelajar-pelajar yang dihasut berkampung di
jalan-jalan raya sehingga menghalang ekonomi di kawasan persekitaran
perhimpunan.
Untuk
melengkapkan permainan dajal-dajal, maka dihebahkan dan disebarkan
tayangan-tayangan demontrasi melalui media massa sebagai tanda
sokongan daripada beberapa negara-negara yang warganegara/penduduk
asal Hong Kong berada di sana dengan jumlah yang boleh dihitung
dengan jari dan dikecilkan skop liputannya supaya penonjolan
sepanduk-sepanduk itu nampak keresahan para demontrasi,
seolah-olahnya penduduk Hong Kong telah hilang kebebasannya kerana
dicengkam oleh tanah besar, berbeza dengan yang berlaku sebelum
penyerahan balik pulau itu kepada China pada 1 Julai 1991.
Pelajar-pelajar
dan golongan-golongan dewasa yang berada di merata tempat, diandaikan
berlaku perundingan antara pihak pentadbiran Hong Kong dengan
pelajar-pelajar itu dan dapat menamatkan pertikaian tersebut maka
dalam tempoh beberapa hari lagi jantung Hong Kong akan berfungsi
semula dan aktiviti ekonominya berjalan seperti sedia kala. Maka
itulah yang dihajati oleh semua pihak.
Walau
bagaimanapun, seandainya penghasut-penghasut berperanan menyihir
telinga-telinga dan akal-akal pelajar-pelajar itu di samping menolak
mereka pula ke depan, maka sukar untuk dimuktamadkan perhimpunan
mereka, kerana perhimpunan itu seperti suatu pesta. Makan minum
mereka pula ada pihak yang bermurah hati menyumbang secara sukarela.
Jangankan seminggu tidak makan, sehari pun jika pelajar-pelajar itu
tidak makan akan terasa kelaparan, maka pastinya berlakulah mogok
lapar kerana tidak makan seharian.
Sebagai
sokongan kepada abang-abang dewasa, pakcik-pakcik dan bapa-bapa yang
mengasak mereka supaya berbaris di jalan-jalan raya menunjukkan
protes kepada polisi-polisis tanah besar yang dianggap tidak
menguntungkan penduduk Hong Kong khususnya kepada peguam-peguam,
golongan-golongan dewasa dan masa depan pelajar-pelajar, dan amnya,
kepada bayi-bayi yang masih dalam kandungan ibu-ibu, belum
dilahirkan.
Bagi
menjayakan ketidakpuasan hati itu bentang-bentangnya adalah
pelajar-pelajar.
Kita
nantikan kesudahannya.
No comments:
Post a Comment