NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Wednesday, 8 October 2014

ATM DIGODAM PEMANTAU DAJAL


Apakah hubungkait tarikh 27 September, 2014, antara perlakuan mengodam mesin ATM di Malaysia sehingga berjuta-juta ringgit wang tunai hilang disedut oleh dajal dengan letusan semburan debu gunung Ontake di Jepun membunuh pendaki gunung seramai 43 orang? Adakah dajal mengetahui peristiwa yang berlaku di Gunung Ontake itu? Atau mereka mengetahuinya selepas berlalunya tarikh kelam yang diselubungi oleh banyak persoalan?
Melimpah ruahnya timbunan wang tunai di ATM kerana pada tarikh tersebut pihak majikan telah mengkreditkan gaji pekerja-pekerja mereka.

Wang-wang dalam akaun-akaun mereka tidak terganggu. Pada bila-bila masa mereka boleh mengeluarkan wang hasil kerja mereka yang telah dilaksanakan dalam tempoh sebulan.
Menurut laporan media, pihak berkuasa telah mengenal pasti individu yang terlibat mengodam ATM (suspek) tetapi sehingga catatan ini direkodkan, suspek-suspek yang dikenal pasti itu belum lagi dijejaki. Mungkin mereka juga halimunan seperti dajal-dajal perancang angka-angka kehilangan ‘wang amanah’ yang mengodam ATM-ATM itu. Hebat.
Jika di negara-negara maju ( Malaysia juga termasuk negara maju ) pelbagai peralatan, pengawasan keselamatan dan agen-agen pemantauan pengintipan beroperasi 24 jam di lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi menerima impak dari kegiatan-kegiatan yang dianggap memudaratkan ketenteraman awam dan mendatangkan kerisauan kepada orang awam apabila ia berlaku.
Apabila lokasi-lokasi tersebut telah dikenal pasti, maka adalah wajar kawasan-kawasan yang diletakkan mesin ATM-ATM di sana diletakkan dengan amaran-amaran melalui skala-skala warna-warna atau nombor-nombor dan peranti-peranti yang boleh memberi isyarat amaran awal tentang aktiviti-aktiviti yang mencurigakan terutamanya yang boleh memudaratkan orang awam yang berada di lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti itu, jika nak berawas.
Lokasi-lokasi itu pula bukan sahaja diawasi oleh alat-alat penggera, sistem imbasan, sentuhan laser dan CCTV tetapi ia juga dihadirkan di sana agen-agen pemantauan pengintipan yang boleh memberi maklumat tentang isyarat yang tepat, betul dan mengikut piawaian operasinya.
Dalam keadaan ATM-ATM yang kompleks; perbankan yang diseragamkan, diguna pakai bersama dan diselaraskan operasi-operasinya, protokol-protokolnya dan pengawasan-pengawasan kewangannya adalah suatu yang sukar untuk diselongkar oleh orang luar yang ‘mungkin’ pernah bertugas dan membangunkan sistem bank-bank ATM itu, jika diambil kira pengeluaran tunai melalui ATM oleh dajal-dajal itu.
Seandainya berlaku juga melalui pemindahan-pemindahan akaun melalui/daripada satu akaun ke satu akaun lain pun, dapat dikesan dan diawasi kerana setiap perbankan mempunyai kod-kod rahsia dan sulit kecuali dilakukan oleh persekongkolan pegawai-pegawai yang mengawasi urusan-urusan pemindahan kewangan tersebut melakukannya. Jika itu berlaku tiada apa yang boleh dibanggakan dengan kecemerlangan negara ini tetapi semakin merudum dan lebih teruk daripada negara-negara miskin. Mungkin benarlah perlukan motivasi untuk di sini lahirnya sebuah cinta.
Dalam era globalisasi, sistem perbankan yang berlaku di mana-mana sahaja, risiko-risko, sekuriti-sekuriti, awasan-awasan dan ‘kebarangkalian-kebarangkalian’, ia dipantau setiap saat. Sewajarnya pecah masuk dan pengodaman kepada mesin-mesin ATM-ATM itu tidak berbangkit lagi.
Negara-negara yang jauh ketinggalan daripada negara maju kurang berlaku dajal-dajal bergiat aktif melakukan aktiviti-aktiviti menceroboh ATM sehingga mengeluarkan wang tunai berjuta-juta terutamanya dengan jumlah nilaian seperti ringgit dan dollar Amerika.
Dalam masa yang sama, dilokasi-lokasi terpilih mesin ATM tanpa pengesanan dengan alasan diserang oleh virus, seperti Afrika Barat diserang oleh Ebola. Jika dilakukan pada masa cuti umum, lagi menarik untuk dianalisis terutamanya cuti yang panjang. Seperti yang pernah berlaku kepada sebuah bank di Cheras dua puluh tahun yang lalu.
Sebaliknya di negara-negara yang mudah dipulas telinga-telinga mesin-mesin ATM itu ramai ‘mesin-mesin terkaku kerana disenyapkan oleh kerahsiaan yang telah ditandatangani oleh mesin-mesin ATM’ yang mereka beraksi sebagai pemberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan-pelanggannya, walaupun duit-duit pelanggan-pelanggannya tidak terlibat dikeluarkan kerana risikonya ditanggung oleh bank itu sendiri.
Persoalannya adalah; apakah instrumen-instrumen dan protokol-protokol yang diguna pakai oleh bank-bank yang mengguna sama ATM-ATM di negara ini? Mengapakah sistem sekuriti yang diguna pakai oleh bank-bank yang ATMnya tidak terlibat dengan pecah masuk itu terkaku, sama ada terlena dalam pengawasan 24 jam oleh dajal atau mata mengantuk kerana berjaga malam? Ataukah virus yang berlaku pada hari itu hanya dikhususkan kepada ATM-ATM yang terbabit sahaja tetapi tidak pula kepada ATM yang lain? Seperti virus Ebola menyerang khusus untuk membunuh orang Afrika Barat dan virus itu pula hanya boleh dicegah dan dibunuh dengan penghantaran 3,000 tentera Amerika Syarikat di kawasan tersebut. Itukah penanda arasnya?
Bank-bank yang hebat ( semua bank-bank di Malaysia memang hebat ) memiliki sistem pengawasan yang terbaik setiap detik dipantau pengawasannya sama ada menyamai pengawasan bank pusat, pihak sekuriti, LHDN, Polis, bursa saham dan pasaran saham, indeks pertukaran nilai kewangan atau sistem banknya terkini, dapat meramalkan nilai turun naik potensi kewangan semasa untuk masa hadapan.
Maka pengisyiharaan duit-duit tunai disedut itu akhirnya akan dihapuskira untuk memuktamadkan virus-virus khusus kepada ATM-ATM yang terbabit sahaja seperti virus Ebola menyerang manusia sahaja terutamanya di Afrika Barat. Kita berharap dajal-dajal itu tidak akan terkena Ebola, kerana virus-viru Ebola suka dengan virus-virus lain dan ia mudah terhidu bergerak kearah pasangannya melalui udara mengejar dajal-dajal yang menyentuh duit-duit yang disedut menggunakan virus-virus tersebut bergabung mereka itu. Akhirnya memusnahkan dajal-dajal yang suka mendajal.
Jika harta itu milik kita, diawasi 24 jam, bagamanakah kita mengawasinya mengelak daripada dajal?
Pengeluaran wang tunai oleh orang ramai di ATM-ATM pula alhamdulillah berlaku secara normal kerana virus-virus itu takut dengan insan-insan mulia sebagaimana virus Ebola takut dengan tentera Amerika Syarikat.
Kalau dajal memang tetap dajal. Kerana ia belum bertaubat lagi.









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”