White House, Washington DC, Amerika Syarikat
diceroboh oleh warganya sendiri akibat daripada pergolakan-pergolakan dalaman
yang menekan jiwanya. Perkara sebenar hanya diketahui apabila pihak Polis
mendapat maklumat hasil siasatan daripada individu yang menceroboh itu. Itu pun
jika laporannya telus. Penceroboh-penceroboh seumpama itu akan terus berlaku
pada masa-masa akan datang kerana fikiran, perasaan dan tindakan
individu-individu yang melakukannya itu adalah berbeza-beza.
Sebelum itu, White House, pernah diceroboh
juga oleh rakyatnya. Amerika Syarikat pernah diperingatkan bahawa jika
penyerangan WTC Washington DC pada 11 September 2001 dilakukan oleh rakyatnya
sendiri, maka, apa juga bentuk dan maksud penyerang akan juga berlaku pada masa
akan datang dengan menyerang dan apa sahaja boleh diserang akan dilakukan
lagi oleh rakyat Amerika Syarikat sendiri. Kerana jiwa mereka tertekan. Maka jangan salahkan pihak lain
untuk mengalih perhatian dalam sesuatu isu.
Lalu dengan mengelak masalah dalaman negara, maka
Amerika Syarikat mengarahkan tenteranya, menceroboh negara-negara tertentu
kerana mengelak dilabelkan pengganas yang dilakukan oleh rakyatnya sendiri. Bagi
mengelak labelan-labelan dan persepsi-persepsi tersebut, maka pencerobohan
dilakukan kepada negara-negara miskin bagi mewajarkan supaya
pertuduhan-pertuduhan dan label-label pengganasan kepada Amerika Syarikat dan
rakyatnya terhakis dan hilang daripada
analisis-analisis pakar-pakar strategik, sebagaimana Amerika Syarikat pernah
melabelkan bahawa Rusia terlibat dalam penembakan MH17 dengan alasan Rusia membekalkan peluru berpandu antara bumi ke
udara ( anti pesawat ) kepada pihak pemisah Donetsk.
Jika andaian tersebut diterima pakai, maka,
kita juga boleh mengandaikan bahawa Amerika Syarikat melakukan pengganasan
kerana menyediakan tempat tinggal, kapal-kapal terbang dan latihan-latihan
penerbangan kepada penyerang-penyerang yang beroperasi di Amerika Syarikat. Setelah itu merancang menyerang WTC, Washington DC pada 11 September 2001.
Boleh juga diandaikan bahawa penceroboh White
House yang dilakukan oleh rakyat Amerika Syarikat sendiri kerana ia mengetahui
selok-belok lokasi dan kawalan keselamatan bangunan tersebut sebab itu ia
berani menceroboh.
Adakah disebabkan oleh rakyat Amerika
Syarikat sendiri menceroboh bangunannya sendiri maka kita menyatakan ia adalah
pengganas yang sedang mengganas? Atau ia menerima arahan daripada
kumpulan-kumpulan dilabel sebagai pengganas oleh Amerika Syarikat walaupun
tidak dibuktikan secara objektif? Atau mungkinkah Amerika Syarikat akan
mencipta ilusi-ilusi baru untuk menghalalkan niat-niat yang busuk yang akhirnya
merugikan dirinya sendiri?
Amerika Syarikat mesti mengimbas kembali
kejayaan-kejayaannya dalam bentuk diplomasi yang menjanjikan kondusif yang
saling menguntungkan kedua belah pihak. Amerika Syarikat untung, pihak yang berurusan dengannya juga untung.
Amerika Syarikat mesti keluar dari kepompong
menceroboh, mendajal dan membunuh orang lain untuk merai sesuatu keuntungan. Orang lain pun nak hidup. Apabila Amerika Syarikat melakukan semua itu orang lain akan bertindak balas.
Pemerintah Amerika Syarikat mungkin selamat tetapi bagaimana pula dengan nasib tentera yang dihantar di medan peperangan dan agen-agen pengintipan yang berada di lokasi peperangan?
Biarkan mereka mati, asalkan pemerintah selamat, begitukah?
Adakah dijamin keselamatan pesawat-pesawat pejuang yang berligar-ligar di ruang udara wilayah Daulah Islamiyah apabila ditembak dengan menggunakan peluru berpandu anti pesawat?
Sebagi ketua PBB, Amerika Syarikat mesti mengorak langkah kehadapan sebelum terlambat. Terlajak mengerahkan tentera di wilayah Daulah Islamiyah boleh diundurkan, terlajak tindakan ambil ingatan.
Pemerintah Amerika Syarikat mungkin selamat tetapi bagaimana pula dengan nasib tentera yang dihantar di medan peperangan dan agen-agen pengintipan yang berada di lokasi peperangan?
Biarkan mereka mati, asalkan pemerintah selamat, begitukah?
Adakah dijamin keselamatan pesawat-pesawat pejuang yang berligar-ligar di ruang udara wilayah Daulah Islamiyah apabila ditembak dengan menggunakan peluru berpandu anti pesawat?
Sebagi ketua PBB, Amerika Syarikat mesti mengorak langkah kehadapan sebelum terlambat. Terlajak mengerahkan tentera di wilayah Daulah Islamiyah boleh diundurkan, terlajak tindakan ambil ingatan.
No comments:
Post a Comment