NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Friday 10 October 2014

BAJET 2015 MESRA INSAN



Bajet 2015 diharap menjanjikan seribu kemesraan tanpa adanya aksi-aksi dajal untuk mensabotaj ekonomi negara kerana apabila berlaku perkomplotan dajal maka duit-duit yang sepatutnya digunakan untuk Membangun Modal Insan terhalang akibat duit-duit yang telah dibajetkan itu terpaksa dialihkan kepada menangani masalah-masalah yang berlaku.

Namun, manusia hanya merancang sesuatu perkara tetapi ada kalanya perancangan mereka berjaya kerana dilakukan dengan tulus ikhlas, atau terbantut ditengah jalan atas halangan diluar jangkaan dan gagal sebelum memulakan kerana dirancang secara semberono.


Antara yang boleh membantu Membangun Modal Insan masyarakat, ialah:-

1. Memperkukuhkan kefahaman masyarakat Malaysia berkaitan rukun Iman, rukun Islam, rukun Ihsan dan rukun Negara supaya mereka dapat menjiwai rukun-rukun tersebut.

2. Memperkukuhkan ekonomi domestik terutamanya yang melibatkan masyarakat peringkat pertengahan dan bawahan dengan asas-asas perdagangan, pertanian dan kemahiran.

3. Menyusun semula perlantikan perjawatan semasa politik yang bertindih supaya lebih berkesan dalam melakukan penjimatan bajet dengan melihat kepada nisbah populasi penduduk.

4. Memberi keutamaan kepada projek-projek mega yang memberi pulangan segera, manakala pelaksanaan projek-projek mega pulangan jangka panjang dilaksanakan mengikut fasa-fasa supaya lambakan peruntukan tidak terarah ke sana.

5. Menghadirkan ilmuan-ilmuan Islam dalam jawatankuasa-jawatankuasa pembuat dasar sesuatu perancangan.


Antara yang membantutkan Membangun Modal Insan dan merudum martabat umat, ialah:-

1. Perlakuan dajal menyorok MH370 yang sehingga kini belum ditemui, sedangkan duit-duit yang sepatutnya digunakan untuk Membangun Modal Insan terpaksa difaraid-faraidkan untuk tujuan pencarian.

2. Martabat negara merudum kerana pencarian MH370 seperti melalui 'jalan-jalan sukar' kerana dajal masih berbisik-bisik mencari penyelesaiannya.

3. Jika episod-episod yang mendukacitakan dalam pencarian MH370 masih buntu, maka masyarakat senentiasa memerhati gelagat-gelagat dan pergerakan-pergerakan pemimpin-pemimpin negara terutamanya yang dikenal pasti senentiasa memberi pandangan dalam pencarian MH370.

4. Meyakinkan masyarakat bahawa dajal-dajal yang beraksi dalam pengganasan Lahad Datu, penculikan-penculikan, pengodaman ATM, pengganasan merompak kem tentera, melakukan pemisahan wilayah sehingga berbulan-bulan perintah berkurung tidak berlaku lagi selepas pembentangan bajet 2015.

5. Wahai dajal-dajal, jangan terlambat. Taubat nasuhalah ya.





















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”